BlogList Malaysia

27 December 2011

Ibrahim Ali: Anwar gunakan rakyat demi kepentingan diri

KUALA LUMPUR, 27 Dis – Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menganggap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan rakyat demi kepentingan diri dalam kes perbicaraan tuduhan liwatnya terhadap Saiful Bahari.

Menurut Presiden Perkasa ini lagi, ketua pembangkang itu seolah-olah memperlekehkan sistem perundangan negara dengan melancarkan perhimpunan pada 9 Januari ini-ketika keputusan kes perbicaraan tuduhannya meliwat Saiful akan diumumkan mahkamah.

“Ini kerja menghasut ... menghina sistem kehakiman dan perundangan negara, dan mencabar keluhuran Perlembagaan Negara, Anwar (gambar) ingat dia bersih?,” tegasnya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Perkasa di Kampung Bharu di sini.


“Ini kerja menghasut ... menghina sistem kehakiman dan perundangan negara, dan mencabar keluhuran Perlembagaan Negara, Anwar (gambar) ingat dia bersih?,” tegasnya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Perkasa di Kampung Bharu di sini.

“Keputusan belum dibuat, tetapi mereka sudah merancang untuk bertindak seolah-olah hukuman sudah dijatuhkan atas nama kuasa rakyat, mereka akan gerakkan perhimpunan besar-besaran itu,” tambahnya lagi.

Menurut Ibrahim, perbicaraan kes liwat tersebut sudah dijalankan secara terbuka dengan memanggil pakar-pakar daripada luar negara, namun pembangkang masih menuduh terdapat konspirasi dalam perbicaraan berkenaan.

“Mereka nak macam mana lagi, mereka katakan itu adalah konspirasi, pelbagai tuduhan mereka lemparkan kepada sistem perundangan negara,” katanya dan menyifatkan tindakan menganjurkan perhimpunan tersebut merupakan penghinaan terhadap sistem kehakiman negara dan akan merugikan banyak pihak.

“Justeru, Perkasa mendesak kerajaan dan pihak keselamatan menggerakkan seluruh tenaga bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini daripada berlaku dalam perhimpunan yang dirancang mereka.

“Mereka hanya tahu menghuru-harakan negara, peniaga-peniaga akan mengalami kerugian, akan berlaku kerosakan harta benda awamdan kecedaraan dalam perhimpunan tersebut,” jelasnya lagi dan menganggap tujuan mereka itu hanya ingin memburukkan nama negara di mata dunia.

Pihaknya turut mendesak penganjur menunggu dan memberi peluang untuk badan kehakiman negara menjalankan tugas mereka daripada terus menghukum dan menimbulkan kekacauan.

“Perkasa dengan ini menyeru kepada semua pihak agar tidak menyertai perhimpunan yang dicadangkan terbabit sekiranya mereka cintakan tanah air ini, dan cintakan keamanan negara yang wujud sejak merdeka ini,” katanya lagi.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas