BlogList Malaysia

18 October 2011

Sindiket pemberian IC palsu kemungkinan wujud

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP) mendakwa kes 240 warga asing di Astana Dugang Country Resort dekat Putrajaya pada 12 Oktober lalu menguatkan lagi kemungkinan wujudnya sindiket pemberian kad pengenalan palsu kepada warga asing.

Bendaharinya Mohd Adram Musa berkata, kejadian itu sama seperti yang berlaku di Paya Jaras, Selangor pada 8 Mac lalu apabila penduduk Kampung Kubu Gajah dapat menghidu ada sindiket permohonan Mykad untuk warga asing dan penduduk tetap di kawasan itu.

Merujuk kepada laporan polis salah seorang saksi kejadian, hasil serbuan pihak polis, ketua kampung dan beberapa orang jawatankuasa kampung, tiga lelaki berketurunan Kemboja berjaya ditahan, manakala sebuah beg dan dua fail yang mengandungi dokumen berkaitan turut dirampas.


Mohd Adram berkata ketika diperiksa ketiga-tiga lelaki Kemboja berkenaan mempunyai kad pengenalan biru; mempunyai nama seperti penduduk Melayu tempatan dan beralamat di Pekan, Pahang serta Kota Bharu, Kelantan.

“Polis juga memaklumkan hasil siasatan mendapati tiada kes,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Pas di sini hari ini.

Namun beliau berkata hasil semakan melalui sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pihaknya mendapati data dua lelaki Kemboja berkenaan tiada dalam rekod.

Dua status

Sehubungan itu beliau menggesa pihak polis menjawab dua status berkenaan, sama ada kad pengenalan lelaki Kemboja itu palsu atau tidak.

“Memang wujud (sindiket) IC palsu di negara ini, dan kejadian di Astana Dugang Country Resort itu mungkin sebahagian daripada modus operandi mereka,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan betapa mudahnya kerajaan memberikan taraf kerakyatan apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dalam Parlimen menyatakan sejumlah 27,293 warga asing memperolehi kerakyatan sepanjang tahun 2008 sehingga 2011.

Begitu juga program pemutihan ’6P’ apabila 1.32 juta pendatang asing tanpa izin (PATI) telah direkodkan yang didakwanya sama banyak dengan jumlah penduduk Terengganu, katanya.

“Bagaimana Malaysia boleh mempunyai begitu banyak warga asing sedangkan ada ramai pasukan dan anggota keselamatan yang sepatutnya mengawal.

“Semakin banyak kenyataan yang dikeluarkan seolah-olah mengecam tindakan DPP. Kita bukan bagi maklumat kosong, kita ada bukti dan mahu ia disiasat,” katanya.

Free Malaysia Today

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas