BlogList Malaysia

24 October 2011

Fitnah Ramas Buah Dada - Dr. Novandri Akan Disaman Oleh Ibu Mangsa


Ibu kepada gadis muda yang gambarnya digunakan oleh blog puak-puak umporno yang menfitnah anak ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meramas buah dada teman sekelasnya berkata beliau akan menimbangkan semua pilihan dalam melindungi kepentingan anak perempuannya.

Ini, termasuk mengambil tindakan undang-undang terhadap puak-puak yang menyebarkan khabar angin ke atas anak gadisnya Anya Ann Corke, yang berusia 21 tahun, kata ibunya, Mei Sun.



"Sebagai ibu bapa Anya, saya akan semak pilihan yang ada untuk melindunginya daripada gangguan seumpama ini," katanya yang dipetik dalam akhbar South China Morning Post hari ini.

Anya, yang satu ketika dulu adalah juara catur satu Hong Kong kini menuntut di Amerika Syarikat. Beliau didakwa oleh penulis blog pro-Umno telah dicabul oleh anak remaja Lim dan akibat itu terpaksa dipindahkan dari sekolah SMK Heng Ee.

Ketua Menteri itu juga didakwa telah membayar wang pampasan kira-kira RM200,000 kepada ibu bapa Anya untuk menutup skandal berkenaan.


Anya, Lim dan pengetua SMK Heng Ee semuanya telah menafikan kejadian berkenaan.

Bagi Lim, celaan itu bertujuan memusnahkan kerjaya politiknya yang sekaligus cubaan meranapkan kehidupan anak remajanya yang dianggap “cukup keji dari segi moral dan tidak bertamadun”.

Anya, pelajar tahun ketiga di sebuah kolej berkata beliau tidak pernah melawat Malaysia selama tujuh tahun lalu dan juga tidak pernah berjumpa ataupun mengenali nama-nama orang yang yang disebutkan dalam blog berkenaan.

“Saya juga nafikan bahawa pernah secara fizikal diserang dalam apa-apa cara sekalipun,”katanya.

SiasahKini

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas