03 January 2011

Karam Singh Walia Hina Melayu

Seorang wartawan terkenal sebuah stesen televisyen swasta terpaksa melalui detik mencemaskan akibat dikepung sekumpulan lelaki yang marah dengan tindakannya yang didakwa mengeluarkan kata-kata berunsur penghinaan terhadap orang Melayu.

Dalam kejadian di sebuah restoran di Klang dekat sini beberapa hari lalu, wartawan yang sering muncul di kaca televisyen dengan laporan isu alam sekitar itu mengaku telah mengeluarkan beberapa perkataan yang boleh membangkitkan isu perkauman.

Antaranya wartawan itu mengaku ada menyebut orang Melayu bukan berasal dari Malaysia atau Indonesia serta tidak pintar.

Dia yang dipercayai mengeluarkan perkataan tersebut ketika dalam keadaan mabuk mengakui telah tersalah cakap hingga boleh menimbulkan salah tafsiran.

Berikutan itu, dia memohon maaf daripada kumpulan lelaki berkenaan serta seluruh masyarakat Melayu di negara ini.

Wartawan tersebut sebelum ini menarik perhatian orang ramai dengan pendedahan berani berhubung isu pencemaran alam sekitar.


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas