BlogList Malaysia

27 December 2010

Umno Merampas Kuasa Secara Senyap Di selangor

Baru beberapa jam pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri Selangor diumumkan, kerajaan negeri mengeluarkan kenyataan bahawa perkara itu belum muktamad.

Menurut kenyataan daripada Pejabat Menteri Besar Selangor, cadangan melantik ketua pengarah Jabatan Agama Islam Selangor ke jawatan itu tidak pernah dimaklumkan oleh ketua setiausaha negara kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Justeru itu, menteri besar telah menghantar surat kepada DYMM Sultan Selangor memaklum bahawa beliau tidak dihubungi tentang cadangan tersebut," demikian menurut kenyataan itu.

Pagi tadi, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan pelantikan Khusrin ke jawatan itu berkuatkuasa 1 Januari.


Mohd Sidek dilaporkan berkata, pelantikan itu dikatakan mendapat perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menurut kenyataan pejabat Khalid awal petang ini pula, selepas sesi temuduga, panel yang ditubuhkan kerajaan negeri sebelum ini memilih tiga nama yang difikirkan sesuai untuk menjawat jawatan tersebut.

"Menteri besar kemudiannya telah menghantar tiga nama tersebut kepada DYMM Tuanku Sultan untuk mendapat perkenan.

"Sehubungan itu, menteri besar akan mengadap DYMM Tuanku Sultan pada 29 Disember 2010 (Rabu depan)," kata kenyataan itu.

Setakat ini, tidak pasti sama ada Khusrin antara tiga nama yang dicadangkan kerajaan negeri kepada Sultan Selangor.

4 Komen :

Anonymous ,  December 27, 2010 at 7:31 PM  

Kena halang si celaka ini, ambil pengajaran Kerajaan PR Perak bila gagal mengatasi Setiausaha Kerajaan yang akhirnya menghancurkan kerajaan rakyat.

Anonymous ,  December 27, 2010 at 8:13 PM  

pengarah jabatan agama islam selangor berkepala komunis jangan biarkan beliau main peranan sehingga kerajaan selangor pula jatuh seperti keraan pr perak.

Anonymous ,  December 27, 2010 at 8:25 PM  

Sebaik-baik nya perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri mestilah mendapat perundingan dan persetujuan daripada kerajaan negeri supaya perjalanan pentadbiran negeri berjalan dgn lancar tanpa gangguan spt apa yang telah berlaku pada kerajaan negeri Perak. Kita tidak rela keadaan kucar-kacir berlaku di Selangor.

Anonymous ,  December 27, 2010 at 10:20 PM  

Jika Khusrin dilantik juga sebagai SU Kerajaan Negeri Selangor,tanpa pengetahuan dan rundingan dengan MB Selangor,adalah menjadi hak MB Selangor tidak menerima Khusrin sekiranya Khusrin datang kepejabat MB untuk "lapor diri".Semua ini adalah "arahan" dari Najib kepada Setiausha Kerajaan Persekutuan untuk memporakperandakan Negeri Selangor,sebagai mana Najib lakukan diPerak,menggunakan Sultan Perak.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas