BlogList Malaysia

28 December 2010

Sejarah Hitam Perak Akan Berulang Di Selangor.. Terima Kasih Raja Melayu.

Keputusan muktamad

SHAH ALAM – Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani menegaskan pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor adalah muktamad.

Menurutnya, keputusan itu dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Pada pandangan saya, keputusan itu ‘confirm’ kerana Tuanku telah berkenan melantik beliau,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi bagi mengulas kenyataan Sekretariat Akhbar Menteri Besar Selangor mengenai cadangan pelantikan Mohd Khusrin oleh Ketua Setiausaha Negara tidak pernah dimaklumkan kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibarhim.

Mohamad Munir berkata, dalam Perlembagaan Negeri Selangor, kuasa pelantikan itu dibuat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. - sinar

3 Komen :

Anonymous ,  December 28, 2010 at 3:39 PM  

Tak kira siapa dan apa kedudukan dalam masyarakat - hakim?KSN?mahu pun Sultan.Kalau dianugerahkan dengan pelbagai projek mewah dan inbuhan yang lumayan - depa boleh dibeli oleh UMNO.Kekalutan diPerak adalah sebaik contoh.

perompak harta rakyat ,  December 28, 2010 at 7:04 PM  

aku cadangkan MB arahkan Khusrin tak dibenarkan masuk dalam pejabat....

apatah lagi masuk dalam bangunan SUK....

macam yg diorang buat kat YB Nizar masa kes Perak dulu....

lagi 1, kalau biawak UMNO ni masuk jugak dalam office.... MB Selangor buat surat Pekeliling arahkan SEMUA kakitangan SUK agar TIDAK melaksanakan apa-apa perintah yg dikeluarkan oleh Barua UMNO ni....

harap sesapa boleh panjangkan pendapat aku kat MB atau setiausaha dia....

Anonymous ,  December 28, 2010 at 9:27 PM  

Yang saya tahu perkenan Baginda Sultan memerlukan nasihat dari Menteri Besar. Jika MB belum beri nasihat berkaitan sesuatu perkara, bagaimana sesuatu itu boleh diperkenankan? Adakah nasihat orang di Putrajaya telah digunapakai di dalam kes ini?

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas