BlogList Malaysia

05 October 2010

Ke Mana Raja Petra Selepas Ini?

Banyak yang telah diperkatakan tentang amaran RPK terhadap Anwar iaitu kononnya dia tidak akan menyokong PKR jika parti itu gagal memenuhi janjinya kepada rakyat. Ada yang berkata bahawa ini hanyalah satu lagi drama Tamil dari RPK, Anwar dan PKR. Ada yang berkata bahawa RPK mula memalingkan muka dari PKR dengan harapan dia akan dilayan dengan lebih baik dan longgar oleh pihak berkuasa dan undang-undang Malaysia bila pulang nanti.

Ada yang melihat kenyataan RPK itu sebagai usaha untuk mengalihkan perhatian ramai dari pemilihan parti PKR yang paling memalukan dalam sejarah. Ada yang berkata bahawa RPK benar-benar insaf dan serius memikirkan tentang memperbaiki hubungan dengan kerajaan Malaysia. Sebagai seorang yagn mempunyai hubungan rapat dengan ‘rangkaian’ RPK, penulis melihat kenyataan RPK sebagai pengesahan kesalahannya.

Dengan membuat kenyataan tersebut, RPK secara langsung mengakui bahawa dia adalah alat Anwar dan PKR dan juga semua musuh-musuh negara. Dia juga secara tidak langsung mengakui bahawa semua atau sebahagian dari pihak-pihak ini telah menajanya semata-mata untuk mencemarkan imej dan reputasi negara serta Perdana Menteri.


RPK sebenarnya cuba memberi gambaran yang dia sanggup berpaling tadah kepada BN bila-bila masa dengan alasan PKR telah hilang kredibiliti. Dengan itu, RPK berharap dapat menonjolkan imej yang bersih dan mulia sebagai seorang pencari kebenaran. Kerajaan tidak akan terpedaya dengan helah ini, walaupun pengikut setia RPK iaitu para Melayu liberal yang bodoh, pasti percaya kepadanya.

Setiap kali kita bercakap tentang RPK atau dengan RPK, kita jangan sekali-kali lupa yang dia bermasalah mental. Dia sentiasa ingin menjadi perhatian ramai dan bila dia berjaya, dia akan hilang dalam khayalan, tenggelam dalam imaginasi, cerita-cerita dan skrip yang ditulisnya. Dia bangga dengan segala pembohongannya dan gembira melihat kesannya terhadap hidup orang lain dan juga negara. Dia bangga kerana dapat menyusahkan hidup ramai orang di dunia ini.

Penulis tidak pasti kenapa RPK tiba-tiba ingin pulang tetapi dari apa yang penulis dengar ia adalah kerana dia ingin bertaubat. Tetapi penulis tidak melihat RPK sebagai seorang yang mampu bertaubat. Dia terlalu tidak waras untuk mampu melakukan atau merasakan sesuatu yang berperikemanusiaan. Penulis juga tidak percaya yang rayuan anaknya agar dia pulang, dapat menyentuh hatinya.

RPK adalah seorang yang ego, yang mana menjadikannya tidak begitu bijak. Seorang yang ego sentiasa membodohkan diri sendiri, itu sudah pasti. RPK bukan jenis yang meminta maaf, mengakui kesalahan dan sebagainya. Jika RPK benar-benar akan pulang dan berpaling tadah dari Anwar dan PKR, ia semestinya kerana dia mempunyai masalah dengan ‘penaja’ atau ‘ketua’nya dan tidak ada tempat untuk mengadu untuk mendapatkan wang lumayan.

Atau mungkin RPK cuba untuk menyertai UMNO dan kerajaan sebagai agen bermuka dua. Dia ingin mencuba nasib untuk menulis atau menipu bagi kedua-dua belah pihak, mendapatkan maklumat bagi kedua-dua belah pihak dan pastinya penajaan dari kedua-dua belah pihak juga.

Apa lagi yang boleh dijangka dari seorang yang tidak punya pekerjaan? Bagaimana dia boleh menyara isterinya yang hodoh dan gaya hidup mereka yang mewah jika dia berhenti menipu? Dia tidak akan berhenti menipu, itu pasti. Jadi, apapun yang dilakukannya adalah dengan niat yang jahat sekadar ingin mendapatkan wang untuk meneruskan gaya hidupnya sekarang. Jika RPK benar-benar pulang ke Malaysia, dia tidak harus diberi peluang kedua.

Dia adalah antara kes manusia yang tiada harapan, manusia yang rosak dan jiwa yang hilang. Jika dia tidak pulang dan kita tidak dapat membawanya ke mahkamah, biarkanlah saja. Biarkan dia mereput di luar negara. Siapa peduli?

Oleh Farrah Deebah

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas