BlogList Malaysia

20 September 2010

Peh.. Powernya Perkasa Nie..

Perkasa desak Najib pecat Setiausaha Agung Umno

Susulan ‘perang kenyataan’ berhubung isu kontroversi Umno dan BN perlu menjauhkan diri daripada Perkasa, pertubuhan bukan kerajaan orang Melayu itu kini mahu Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dipecat daripada jawatan setiausaha agung Umno dan BN.

Gesaan itu dibuat oleh Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali yang mendakwa Presidennya Datuk Ibrahim Ali sudah tentu telah memecat beliau jika membuat kenyataan yang menjatuhkan imej badan berusia dua tahun itu.

“Saya setiausaha agung agung Perkasa kalau buat kenyataan menyusahkan Perkasa, sudah tentu Presiden saya Datuk Ibrahim Ali akan pecat saya serta-merta.

“Tak tahulah Presiden Umno (Datuk Seri Najib Razak) kalau dia masih nak simpan setiausaha agung macam ini,” kata Syed Hassan berpendapat kenyataan Tengku Adnan bahawa BN memutuskan untuk menjauhkan Perkasa bukan kecil telah menjejakan imej perikatan itu dan juga Umno.

“Ini bukan hal kecil boleh dimaafkan pada saya.

“Membabitkan kredibliti Umno, memalukan. mudah nafikan kenyataan yang telah dibuat,” kata Syed Hassan dalam satu kenyataan dikeluarkan.


Dalam reaksi kepada The Malaysian Insider, Tengku Adnan menafikan rakan-rakannya dari BN pernah mengambil keputusan awal bulan ini untuk menjauhkan diri daripada Perkasa atas alasan pertubuhan bukan kerajaan itu menghakis sokongan mereka.

Penafian beliau itu muncul sehari selepas kenyataan Najib, yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN, kelmarin bahawa Umno tidak mahu mencetuskan konflik dengan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan meskipun pemimpin-pemimpin Umno termasuk beliau menolak Perkasa

Lebih seminggu lalu, Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN dilaporkan bahawa rakan-rakannya dalam BN telah bersetuju bahawa menjauhkan perikatan itu daripada Perkasa adalah langkah terbaik untuk mengatasi sokongan bukan Melayu kepada BN yang didakwa semakin merosot.

Sokongan itu antara lain merosot kerana bukan Melayu melihat Umno menjalin kerjasama dengan Perkasa.

Tengku Adnan pernah menafikan Umno ada kerjasama dengan Perkasa ataupun menyokong perjuangan Perkasa.

Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider sebelum ini beliau juga memberitahu bahawa Umno tidak akan menyokong Perkasa dalam pilihan raya umum akan datang.

Tengku Adnan menekankan bahawa BN tidak menjauhkan diri daripada Perkasa.

Jelas Tengku Adnan, beliau hanya memberitahu bahawa tindakan Perkasa sejak kebelakangan ini memperlekehkan peluang BN dalam pilihan raya umum akan datang dengan mensabotaj soal keharmonian kaum di kalagan komponen perikatan itu.

Tengku Adnan juga menekankan tentang apa yang dikatakan oleh Najib sambil berkata, Umno dan BN tidak harus menjauhkan diri daripada mana-mana NGO tetapi sewajarnya membimbing mereka dengan dasar-dasar BN.

2 Komen :

azman kamarul September 20, 2010 at 9:53 PM  

Jangan panik....puak-puak perkasa, pekida ni hanya main silap mata saja.

DALAM PILIHANRAYA PUAK-PUAK NI YANG BERTUNGKUS LUMUS SIANG MALAM MEMENANGKAN UMNO.......INI SEMUA CERITA KARTUN SAJA!!!

Anonymous ,  September 21, 2010 at 10:05 PM  

Komen Tg Nan terhadap Perkasa adalah berasas dan meminta UMNO jauhi Pekasa. Kerana Perkasa adalah sebuah Badan NGO yang tidak ada hala tuju, dalam keadaan terdesak bos nya dengan lantang tujuannya mempertahankan hak2 Melayu tidak dirampas dan dikikis. Jadi selama ini, UMNO tak mempertahankan hak2 tersebut, kena ada perkasa. Secara tidak langsung Perkasa memang betul perlekehkan UMNO. Sayang seribu kali sayang banyak ahli UMNO yang dah hilang ingatan dan dah lupa, tetapi jangan jadi orang yang mudah lupa. UMNO berpaksikan semangat perjuangan yang lebih setengah abad. Adakah hak2 Melayu itu dah hilang atau akan hilang? sehinggakan Perkasa kena ambil alih tugas UMNO!!!!!!!!!!!
Perkasa kata bukan parti politik, tetapi dok kacau UMNO dan kompenan BN, kenapa????. Adakah Perkasa itu diturunkan oleh tuhan untuk selamatkan MALAYSIA???????????
kalau kita semua warga Malaysia mahukan MALAYSIA SEBUAH NEGARA YANG AMAN, DAMAI, BERSATU - TOLAK PERKASA HIDUP HIDUP.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas