BN dan UMNO tak akan buat sesuatu yang merugikan depa. Sebelum depa keluagkan apa-apa isu atau strategi, depa akan kaji. Depa ada 'think tank'. depa ada pakar saraf. Tapi depa tak tunjuk dah hebahkan sapa jawatankuasa gerak saraf depa. Depa hantag orang-orang depa menyusup masuk dalam kem-kem pembangkang. Strategi depa licik. Depa buat kajian dan buat tindakan secara halus.
Berbeza dengan kita. Dalam setiap pilihanraya, kita syog sangat nak dedahkan dan hebahkan sapa yang jadi AJK Gerak Saraf. Tag Nama terpampang di dada. Kalau boleh nak buat banner besag-besag nak habag kat orang mengatakan kita ni 'Geng Gerak Saraf'...Rasa bangga dan hebat. Kalau diizinkan kita nak habag biag semua orang tau yg kita ni orang penting dan join geng gerak saraf. Kalau boleh jugak kita nak boh Tag Nama biag sama besag dengan badan kita.
Itulah bodohnya kita. Dungunya kita. mangkoknya kita. Lama saja dalam politik, tapi terlalu jauh kebelakang dalam berpolitik. Masih rtak cerdik dan bertindak secara primitif dan kuno. Dunia dah lama berkembang dengan IT. Tapi kebanyakan pemimpin kita masih ramai yang buta IT.
Satu lagi yang jadi senjata makan tuan ialah apabila pantang disua microfon dan ditanya oleh pemberita. Pantang hulog microfon kira nak jawab saja. masa jawab tu bukannya ingat pun bahawa itu satu perangkap yang akan makan diri. Jawab dengan confident, tapi rupa-rupanya makan diri. Banyak kali juga aku tengok Presiden PAS dan Setiausaha Agung PAS dengan rasa bangganya menjawab soalan dari wartawan. Penuh kesungguhan, rupa-rupanya jawapan yang diberi adalah jawapan bodoh yang akhirnya makan dan perangkap diri.
Sama juga dengan YB Mahfuz Omar, seronok sangat nak jawab soalan wartawan. Penuh yakin dan rasa puas bila dapat microfon. Rupa-rupanya semuanya makan diri. Agaknya beberapa pemimpin ni gila microfon nak jadi glamour kot. Maklumla muka boleh masuk TV3 suku, TV9,TV7 dan Astro Awani. Tapi tulah perangkap yang sebenagnya dipasang oleh UMNO dan BN.
Tapi apakan daya kerana kebanyakan pemimpin kita ni gila nak bercakap dan pantang dapat microfon dan nak jadi glamour. Maka lama kelamaan jadilah pemimpin-pemimpin ni bahan ujikaji oleh UMNO dan bahan eksperimen untruk jatuhkan pembangkang. Selagi perangani dan gila microfon tak berubah di kalangan pemimpin PAS, maka selagi itulah BN dan UMNO akan terus tersenyum dan berjalan dengan gagah untuk tumbangkan PAKATAN RAKYAT.
Hampa tunggui tengoklah cakap aku ni.....................
kedahlanie
30 November 2009
KEBANYAKAN PEMIMPIN PAS GILA MICROFON REPORTER
Selangor anjur forum pertahan keputusan larang sertai BTN
Selangor akan menganjurkan satu forum khas mengenai Biro Tata Negara (BTN) bagi membolehkan masyarakat umum menilai sendiri kewajaran langkah kerajaan negeri melarang penyertaan dalam program anjuran biro itu.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau mengambil langkah itu susulan kritikan daripada menteri-menteri Barisan Nasional yang mempertahankan program dan kursus BTN.
“Bekas peserta, pensyarah dan pihak lain (yang berkaitan) akan dijemput untuk berkongsi pengalaman mereka,” kata beliau di sini hari ini.
Kata beliau, sekiranya kerajaan pusat cuba mengharamkan forum ini, ia bermakna memang ada sesuatu yang tidak kena.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan persidangan sntarabangsa mengenai ‘Urban Regeneration’ di sini hari ini, beliau berpuas hati kerana ketika ini rata-rata kalangan orang ramai mulai membincangkan mengenai kualiti dan nilai kursus-kursus BTN.
Katanya, beliau tidak pernah membantah sebarang program yang bertujuan menyemai semangat nasionalis dan patriotik di kalangan rakyat.
“Apa yang kami pertikaikan ialah kandungan serta penyampaian program BTN ini, dan sejak akhir-akhir ini kandungannya dikatakan mulai berat sebelah, di samping tidak mencapai objektif untuk menyatukan seluruh rakyat Malaysia,” katanya.
Beliau berkata sudah tiba masanya, bukan hanya silibus BTN sahaja yang didedahkan kepada umum, malah latar belakang seperti kelayakan para pensyarah kursus itu sendiri perlu diumumkan kepada orang ramai.
Rabu lalu Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Sumber Manusia Selangor Dr. Halimah Ali berkata petugas kerajaan negeri Selangor serta para pelajar institusi pengajian milik kerajaan negeri tidak dibenarkan menjalani kursus-kursus BTN berkuat kuasa serta merta.
Langkah itu diambil selepas kerajaan negeri melihat kursus berkenaan sebagai satu proses doktrinisasi oleh kerajaan Barisan Nasional bagi mewujudkan rasa benci terhadap pembangkang.
Tindakan itu mengundang reaksi Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin, serta lain-lain menteri seperti Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang tampil mempertahankan kursus BTN itu.
Umno Busuk Hingga Ke Ususnya
Ketika semua media menyuluh apa yang berlaku dalam PAS, Tun Dr Mahathir menulis dalam blognya bahawa seorang bekas pemimpin kanan Umno bercadang untuk menyokong PAS kerana "Umno busuk hingga ke ususnya."
"Umno busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi," kata bekas pemimpin kanan Umno itu kepada Mahathir sebagaimana yang ditulis beliau dalam blognya.
"Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong Umno. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.
" Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab Umno tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli Umno juga," tulis Mahathir lagi.
Berikut adalah tulisan penuh Mahathir dalam blognya Chedet yang disiarkan pada 30 November 2009 jam 12:07 tengahari.
1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).
2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.
3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.
4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.
5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.
6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.
7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.
8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.
9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.
10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.
11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.
12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.
13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.
Sekretariat Parlimen Kota Raja
Ahli qaryah bantah JAIS batalkan tauliah Khalid Samad!
TiDAK berpuas hati dengan pembatalan tauliah sementara ke atas Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, sekumpulan ahli qaryah masjid dan surau di Shah Alam menghantar memorandum kepada Majlis Agama Islam Selangor (JAIS).
Jurucakapnya, Ismahali Ismail, 46, meminta JAIS menjelaskan secara profesional sebab-musabab Khalid dilarang menyampaikan khutbah Jumaah, kuliah dan tazkirah di kawasan Parlimen yang diwakilinya sendiri.
“Kalau penarikan (tauliah) itu disebabkan penyampaian (khutbah) YB Khalid tak mantap, jelaskan secara profesional di mana kelemahannya sebab YB Khalid membaca teks khutbah yang disediakan JAIS sendiri,” jelasnya.
Beliau yang juga seorang usahawan korporat menjelaskan bahawa beberapa masjid utama dan surau di sekitar Parlimen Shah Alam masih memohon YB Khalid menyampaikan khudbah dan ceramah agama belakangan ini, namun ada halangan daripada pihak tertentu dalam JAIS sendiri.
“Banyak surau dan masjid sendiri minta YB Khalid beri khutbah dan ceramah, tetapi dihalang pihak tertentu atas alasan tauliah sementaranya ditarik (balik),” jelasnya lagi.
“Sebagai wakil rakyat kita, tentu kita nak dengar khutbah daripadanya…sekarang banyak masalah sosial, sudah tentulah kita memerlukan seorang pemimpin masyarakat yang lantang dan profesional seperti beliau (Khalid).”
Beliau mendakwa JAIS seolah-olah tidak jujur menjelaskan kedudukan isu penarikan tauliah tersebut.
“Setahun sejak tahun lepas, tidak ada masalah…tiba-tiba ditarik balik atas alasan keselamatan dan (Polis) Bukit Aman tak mahu jelaskannya bila dihubungi,” jelasnya.
Baru-baru ini, Polis kata tidak ada apa-apa masalah lagi. Cuma, bila dirujuk kembali kepada Pengerusi JAIS, Datuk (Mohammed) Khusrin (Hj. Munawi), dia terluah kata khutbah Khalid tak mantap.”
Bercakap dalam suatu sidang media yang sama, Pemuda PAS Shah Alam, Ahmad Sayuti Basiron meminta JAIS tidak menyalahgunakan kuasa mengeluarkan tauliah agama kepada para pendakwah Islam.
“Kita tak nafi tauliah itu perlu, cuma kita tidak mahu tauliah itu disalahgunakan seperti yang dikenakan ke atas Khalid tanpa suatu sebab,” jelasnya.
“(JAIS perlu) jelaskanlah di mana Khalid salah dalam penyampaian khutbah dan dakwah di masjid-masjid serta surau-surau…kalau JAIS jujur kita sendiri boleh sokong keputusan ini.”
Beliau yang juga Ahli Majlis Majlis BandarRaya Shah Alam (MBSA) dan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 19 Bukit Julutong, berharap JAIS menilai semula tindakannya menarik tauliah sementara untuk menyampaikan khutbah dan ceramah agama daripada Khalid demi kepentingan Islam dan umatnya.
Seramai 1013 ahli qaryah masjid dan surau seluruh Shah Alam telah menurunkan tandatangan dalam memorandum tersebut sebagai membantah tindakan JAIS ke atas Khalid Samad.
Tindakan ini menjadi salah satu lagi protes rakyat ke atas JAIS, setelah kes penangkapan bekas Mufti Perlis Dr. Mohd Asri Zainal Abidin sebelum ini disebabkan menyampaikan dakwah tanpa mempunyai tauliah. -END
——————–
Nota tak penting: Pemberi khutbah (Khalid Samad) atau teks khutbah yang dikeluarkan JAIS sebenarnya tak mantap. Sila tanya Ketua Dewan Ulama’ PAS Selangor Mohd Zain Abdul Rahman sebab beliau lepak dalam Jawatankuasa Teks Khutbah JAiS. - zainulfaqar
Mais bincang isu tarik balik tauliah Khalid
Status tauliah mengajar agama ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa tauliah Majlis Agama Islam Selangor (Mais) pada Khamis ini.
Pembantu wakil rakyat PAS itu Mohd Jamil Abd Rahim berkata, jaminan tersebut diberikan oleh Ahmad Zaki Arsyad, ketua penolong pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah ketika mereka bertemu di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hari ini.
Mohd Jamil bersama sekumpulan ahli kariah Shah Alam menyerahkan memorandum kepada jabatan agama negeri bagi membantah tindakannya menarik balik tauliah mengajar agama kepada Khalid tahun lepas.
Dalam surat Jais bertarikh 10 Julai 2008, Khalid diberikan tauliah sementara mengikut kategori D1 (boleh mengajar atau berceramah) dan D2 (mengajar fardu ain dan berkitab).
Kebenaran itu bagaimanapun dibatalkan pada 28 Oktober tahun itu susulan tapisan keselamatan polis Selangor yang mendapati Khalid mempunyai "rekod jenayah".
Rekod jenayah itu bagaimanapun tidak dijelaskan oleh Jais dan juga polis negeri.
Pengarah Jais Datuk Mohamed Khusrin awal bulan ini dilaporkan berkata tauliah Khalid ditarik dengan alasan pemimpin PAS Shah Alam itu "tidak sesuai membaca khutbah."
Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Mohd Jamil berkata memorandum berkenaan yang disokong dengan lebih 1,000 tandatangan ahli-ahli kariah di kawasan parlimen tersebut bertujuan membantah kenyataan Mohamed Khusrin tersebut.
Ketika dihubung kemudian untuk penjelasan, Ahmad Zaki berkata keputusan berhubung tauliah Jais kepada Khalid mungkin akan dapat diketahui seawal-awalnya pertengahan Disember.
"Untuk kes-kes biasa, mungkin keputusan dapat diberitahu (kepada pemohon tauliah) seawal dua minggu (selepas mesyuarat jawatankuasa).
"Tapi kes ini istimewa sedikit," katanya, yang akan membawa isu tersebut kepada mesyuarat Mais.
"Saya cuma boleh usulkan, tetapi bergantung kepada mesyuarat sama ada hendak bincang atau tidak."
Ahmad Zaki menjelaskan, mesyuarat jawatankuasa itu yang dianggotai tujuh orang, termasuk ketua polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar, akan memutuskan sama ada untuk mengekalkan keputusan sedia ada atau memanggil wakil rakyat PAS itu untuk menjalani temuduga semula.
"Sebabnya ada pihak yang merayu supaya penarikan tauliah dikekalkan dan ada yang merayu supaya (Khalid) diberikan tauliah,” katanya.
Kerajaan Akur BTN Tidak Selari Dengan 1 Malaysia
Kabinet bersetuju merombak sukatan program kontroversi Biro Tatanegara, yang dipertikaikan Pakatan Rakyat, supaya sejajar dengan slogan 1Malaysia.
Bercakap kepada media di Parlimen hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata keputusan jemaah menteri itu dibuat bagi menjadikan kursus itu lebih merangkumi pelbagai kaum dan tidak menjadinya sumber perpecahan.
"Jadi saya bersetuju ia sewajarnya dirombak agar kurikulumnya selari dengan konsep 1Malaysia kerana kita telah membelanjakan terlalu banyak wang (untuk menjayakannya)," katanya.
Tambahnya, beliau percaya arahan untuk merombak kursus BTN telah disampaikan kepada ketua setiausaha negara.
Kerajaan Selangor minggu lalu memutuskan untuk melarang kakitangannya dan pelajar di pusat pengajian tinggi miliknya daripada menyertai sebarang program anjuran biro bawah Jabatan Perdana Menteri itu.
Ia berhujah program BTN menyebarkan sentimen perkauman dan menyuntik kepentingan politik BN dalam program-programmnya. - mkini
Ketua Audit Negara Mengesahkan Zambry Kadir Memang Bangang
Laporan Ketua Odit Negara yang didedahkan oleh Pengerusi DAP Perak Dato Ngeh Khoo Ham membuktikan betapa dalam isu pembelian 16 kereta Toyota Cambry oleh Pakatan Rakyat tempohari adalah suatu langkah yang dikira bijak belanja
Pendedahan Ketua Odit Negara menampakan betapa 'bangang'nya gerombolan UBN yang mulut celupar mempertikaian pembelian kereta tersebut.Baca seterusnya berikut :
IPOH, Nov 29 – DAP Perak mendesak pentadbiran UBN Mentri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mendedahkan status kumpulan kereta Toyota Camry yang pernah digunakan oleh pentadbiran Pakatan Rakyat sebagai kereta rasmi mereka.
Datuk Ngeh Koo Ham (gambar), bekas exco kanan Pakatan Rakyat, menggesa Zambry memberitahu rakyat apa yang telah berlaku dengan kereta-kereta tersebut, samada exco kerajaan UBN kembali menggunakan kereta Perdana V6 yang lama walaupun kos penyelenggaraannya sangat tinggi.
“Adakah mereka menggunakan kereta lama dulu? Apa dah jadi dengan Toyota Camry?Kalau mereka fikir mereka menjimatkan wang rakyat dengan menggunakan kereta lama, mereka adalah silap!”
“Mereka sebenarnya membelanjakan lebih banyak wang,” katanya sewaktu sidang media selepas merasmikan konvensyen DAP ke-15 disini hari ini.
Ngeh mendedahkan laporan Ketua Odit baru-baru ini, penyelenggaraan Perdana V6 yang lama itu menelan belanja RM1.3juta dan sudah terlalu uzur bagi kegunaan sebenarnya.
“Laporan Ketua Odit Negara hanya mempunyai satu komplen keatas Pakatan Rakyat iaitu, kita patut menukar kereta tersebut lebih awal lagi.” kata Ngeh.
Semasa pentadbiran PR, kereta Perdana V6 yang digunakan bekas UBN telah digantikan dengan 16 buah Toyota Camry.
Pembelian tersebut menjadi pertikaian UBN, menudh PR membazir wang rakyat kerana membeli kereta baru, selain merungut tentang harganya, puak UBN merungut kerana ianya bukan kereta buatan negara sendiri.
Kerajaan PR telah menafikan tohmahan tersebut dengan dakwaan bekas kerajaan UBN telah membazir lebih banyak wang keatas kos penyelewnggaraan kereta Perdana V6 tersebut.
“Menurut laporan Ketua Odit Negara , kereta-kereta tersebut harus digunakan sebaik-baiknya untuk selama lebih kurang 4 tahun dan tidak melebihi perjalanan 100,000 kilometres
“ Walau bagaimana pun, ada antaranya kereta (Perdana) , mencapai tahap lebih daripada 400,000 kilometres,” kata Ngeh.
Beliau menambah pembelian Toyota Camry dengan harga RM97,000 sebuah adalah lebih berhemah daripada membelanjakan RM1.3juta kos penyelenggaraan kereta lama Perdana V6.
“Saya menyeru Zambry supaya berhenti bermain politik. Dengan menjual kereta-kereta baru tersebut, akan menyebabkan kerajaan mengalami kerugian. Adakah mereka menggunakan kereta lama itu? Berapa banyak mereka bazirkan untuk kos penyelenggaraan?” Tanya Ngeh.
Adalah difahamkan, kerajaan UBN, melalui satu perjanjian dengan exco negeri , bersetuju mengekalkan 3 daripada 16 Toyota Camry, bagi kegunaan Setia Usaha Kerajaan, Penasihat Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri.
Dua belas daripada baki13 kenderaan tersebut telah dijual , sementara baki sebuah itu telah ada pembelinya yang sedang menunggu kelulusan pinjaman oleh sebuah bank.
Menurut satu sumber, kereta-kereta tersebut dijual dengan harga anggaran lebih kurang RM150,000 sebuah.
Sumber : Malaysia Insider..
Awas Apabila Utusan Malaysia Sokong Nik Abduh
Utusan Malaysia, lidah utama kepada Umno memberikan sokongan kuatnya kepada Nik Abduh yang juga anak kepada MB Kelantan, Nik Aziz. Menurut Awang Selamat, Nik Abduh merupakan bintang baru kepada PAS yang mempunyai karisma. Sokongan kuat yang diberikan oleh Awang Selamat kepada Nik Abduh mempunyai “makna” mendalam bagi orang-orang yang faham akan permainan politik. Sila baca dibawah:
Antara Husam dan Nik Abduh
PERKEMBANGAN politik Pas terutama di Kelantan makin panas sehingga menyebabkan cengkaman politik Menteri Besar, Nik Aziz Nik Mat goyah.
Kes siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap menantu beliau, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Ir. Mohd. Ariff Fahmi Abdul Rahman atas tuduhan rasuah, membawa episod baru apabila beliau diarahkan melepaskan jawatan. Dalam sebuah laman blog, Mohd. Ariff Fahmi dan isterinya yang juga anak Nik Aziz, dikecam teruk.
Belum pun reda isu tersebut dan isu penajaan haji kepada Nik Aziz oleh sebuah syarikat yang dikatakan mempunyai kontrak di Kelantan, tercetus pula pergeseran antara Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Husam Musa dan anak kepada Nik Aziz, Nik Abduh yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat.
Husam dalam satu laporan media menyatakan beliau ‘diserang’ menerusi kritikan anak Nik Aziz. ‘‘Jika dijawab (serangan itu) nampak pula macam saya bergaduh dengan keluarga Tok Guru. Jadi saya bersabar,” katanya. Beberapa hari sebelum kenyataan itu, berdasarkan sumber dalaman Pas Kelantan, Husam dilaporkan mahu melepaskan jawatan tetapi beliau menafikan laporan tersebut.
Nik Abduh pula menyuarakan simpati terhadap bapanya yang menjadi mangsa permainan politik yang sengaja dirancang, yang sesetengah pemerhati mengaitkannya dengan proksi pemimpin tertentu.
Menurut Nik Abduh, berita peletakan jawatan seorang pemimpin Pas yang dianggap kesayangan bapanya telah kedengaran lebih awal. Walaupun tidak menyebut nama, ia jelas merujuk kepada Husam. Apa maknanya? Yang pasti, pergeseran itu menambah kekusutan Nik Aziz terutama sejak isu cadangannya memanggil muktamar agung luar biasa bagi membersihkan parti itu daripada beberapa kerat pemimpin pro Presiden Pas, Hadi Awang ditolak. Ia digantikan dengan seminar yang akhirnya mengundang kritikan balas perwakilan.
Siapakah yang Nik Aziz mahu memihak sama ada Husam, yang merupakan ayam tambatan politiknya atau anak beliau sendiri yang juga mempunyai karisma? Pendirian kedua-duanya berhubung sama ada wajarkah Nik Aziz berundur atau terus kekal, juga berbeza. Husam mencadangkan agar Nik Aziz mempertahankan kerusi DUN dan turut bertanding kerusi Parlimen pada pilihan raya akan datang bagi membolehkannya menjadi Perdana Menteri. Nik Abduh pula lantang mengingatkan agar tiada mana-mana pihak cuba menghalang bapanya daripada berundur suatu hari nanti.
Awang nampak ada kebijaksanaan dan keberanian Nik Abduh dalam komen dan tindak-tanduknya. Sebelum ini, beliau pernah membuat pendedahan bahawa bapanya telah menerima salah nasihat dan mendapat gambaran tidak betul daripada golongan tertentu, yang dikaitkan oleh pemerhati dengan puak Erdogan.
Awang melihat Nik Abduh bintang baru yang boleh menjadi sandaran Pas. Beliau tidak hipokrit. Lebih penting, beliau tidak terikat dengan pengaruh luar, yang imej itu tebal kepada Husam.
Di dalam politik, jika musuh menyokong seseorang, bererti individu tersebut melakukan perkara-perkara yang menguntungkan musuh. Jika seseorang itu dibenci oleh musuh, ertinya beliau sedang melaksanakan sesuatu yang merugikan musuh.
29 November 2009
"Kolonel Mat" tu Adalah Task Force 2010
Kalau nak sebut Task Force 2010 (TF2010), orang kampung susah nak ingat. Sebab perkataan dia bukan perkataan inggeris yang orang kampung biasa terdedah. Dan meman semenjak august tahun 2009 lagi kita sudah tahu pergerakan TF2010 memang mengarah kepada menjatuhkan Tok Guru. Dan sememangnya nama Arifahmi telah disebut oleh mereka berulang-ulang kali.
Segala penyiasatan dari SPRM ini dimulakan oleh pihak2 JPM atas respon kepada tindakan Tok Guru mempersoalkan serta meminta 3 orang agen perpaduang di Pusat dibersihkan sama sekali.
Dan yang amat mereka takut adalah agen utama mereka, yakni di Selangor itu, terkorban dahulu. Ini kerana beliau adalah komponen kepada perancangan mereka yang paling utama kerana tanpa beliau perancangan TF2010 akan menemui kegagalan.
BAgaimana mereka boleh menambah sokongan mereka di kalangan perwakilan dan pimpinan2 PAS Kawasan kalau tanpa "pengeras". Dan "pengeras" itu hanya boleh datang dari wakil Selangor mereka.
Demi melemahkan usaha membuang wakil Selangor TF2010, maka isu Arifahmi ini DIPERCEPATKAN meletupnya. Jadi, diharap orang akan melupakan isu pembersihan geng perpaduang dari PAS Pusat.
Sekarang nampaknya seperti Tok Guru berada dalam keadaan bertahan. Apa yang diharapkan oleh TF2010 dan geng Perpaduang adalah supaya isu kejahatan geng Perpaduang tidak lagi diingati oleh para perwakilan dan ahli PAS.
Bagi saya, Tok Guru mesti naikkan kembali isu pembersihan Geng Perpaduang ini demi menyelamatkan PAS.
Kemelut Kelantan dan "geng Perapaduang" di PAS Pusat adalah sepupu sepipit. Mereka adalah saling terkait dan kaitan mereka terletak di Jabatan Perdana Menteri.
Ia bukan isu yang berpisah antara satu sama lain. Maka Tok Guru tidak boleh menjadi lemah semangat atas isu PMBK ini. Ini kerana "target" utama TF2010 adalah di PAS PUsat dan bukannya Kelantan.
Kelantan adalah satu "diversion" semata-mata. Yang paling utama adalah menyelamatkan 3 agen Perpaduang yang telah dinamakan oleh Tok Guru dalam entri blog beliau tempohari.
Jangan hilang hala tuju, wahai Tok Guru. Pembersihan geng Perpaduang di PAS Pusat wajib diteruskan demi mengagalkan perancangan UMNO dan Barisan Najis.
Juga, artikel dari Kickdefella itu bagus kerana tujuannya untuk melindungi imej arwah bapanya. Tapi saya yakin, Tok Guru tiada niat untuk menamakan bapa Kickdefella sebagai dalang di belakang konspirasi ini.
Wallahualam bissawab
Tulang Besi
Kolonel Mat - TGNA Ternyata Seorang Ahli Politik Yang Hebat
Kiasan TGNA rupanya menjerat dan menampilkan kedunguan Hishamudin Tun Husin. Patut la selama menjadi menteri pelajaran tiada apa yang dibuatnya melainkan menukar kementerian pendidikan kembali menjadi kementerian pelajaran, langkah kebelakang yang sekian lama ditinggalkan.
Hishamudin menonjolkan kedunguannya den gan membuat ulasan bahawa kolonel Mat yang disifatkan TGNA sebagai masalah dalaman. Samada memang dungu atau cuba mendungukan rakyat , Hishamudin ternyata silap dalam telahan dan "kesimpulan politiknya". secara jelas saya yakin Hishamudin tidak akan sanggup membuat ulasan sebegitu jika beliau membaca penuh kenyataan TGNA sekalipun dari Utusan Malaysia yang sememangnya agen BN.
Ternyata kenyataan terbaru TGNA melahirkan polemik baru tentang siapa "Kolonel Mat". Lontaran nama ini sekaligus melahirkan teka teki dan "game" baru tentang siapa "kolonel Mat". Macam macam telahan dan ulasan di buat. Ternyata kehebatan TGNA sekali lagi melalikan dan menimbulkan kepala kepala bengong di persada politik negara...
Syed Azidi ketika dihubungi Mingguan Malaysia berkata, persoalan mengenai siapa ‘Kolonel Mat’ perlu dirungkai oleh Nik Abdul Aziz sendiri kerana tiada siapa yang mengetahui individu terbabit kerana ia muncul secara tiba-tiba.
“Seperti yang saya tulis dalam blog, ‘Kolonel Mat’ yang saya kenali ialah arwah ayah saya tetapi mungkin apa yang dikatakan oleh tok guru (Nik Abdul Aziz) adalah individu yang berbeza.
“Artikel itu ditulis sebab sebagai anak bekas tentera saya terasa kerana apa yang dikatakan oleh tok guru amat serius disebabkan ia satu cubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat.
“Saya tidak ambil ini sebagai peribadi tetapi saya rasa satu penghinaan kepada tentera atau bekas tentera, jadi tok guru kena jelaskan dan pada masa yang sama Menteri Pertahanan kena siasat,” katanya.(kickdafela)
KUALA TERENGGANU: Nama 'Kolonel Mat' yang disebut oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai dalang dalam konspirasi untuk menjatuhkannya, membuktikan memang ada unsur perpecahan dalam parti PAS itu.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata akhirnya PAS tidak dapat lagi menyembunyikan masalah dalaman yang berlaku walaupun ia seringkali dinafikan pimpinannya.
Katanya, walaupun mungkin nama 'Kolonel Mat' disebut Mursyidul Am PAS itu sebagai kiasan, ia secara jelas membuktikan adanya perpecahan dan permasalahan dalam parti itu yang disebabkan orang dalamnya sendiri.
"Sekarang jelas mereka sendiri telahpun menyatakan bahawa wujudnya perpecahan, wujud permasalahan, dan sebagainya. Orang ramai juga boleh lihat ianya tidak ada kena mengena dengan UMNO atau Barisan Nasional (BN) pun.
"Bagi saya mereka boleh menafikan (adanya perpecahan) tetapi tidak boleh menafikan selama-lamanya.
"Akhirnya keretakan, permasalahan yang seringkali mereka tuduh berpunca dari UMNO dan BN, hari ini timbul di dalam parti mereka sendiri, dan kesannya datang dari tindak tanduk ahlinya sendiri," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Nik Abdul Aziz Khamis lalu bahawa wujudnya konspirasi yang didalangi 'Kolonel Mat' untuk menjatuhkannya sebagai Menteri Besar dan kerajaan PAS Kelantan.
Peliknya Hishamudin yang mengakui ianya mungkin kiasan, tetapi mengalihkan pandangan bahawa ianya masalah dalaman dan tanda perpecahan PAS. Ternyata Hishamudin cuba membina persepsi bahawa ia bukan umNo yang dimaksud TGNA sekalipun hampir pasti, umNo lah yang dimaksdukan TGNA.
Sumber di sini
Doa TGNA Mustajab, Sebab Itu Umno Takut
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap mempertahankan bahawa tidak salah daripada segi agama Islam jika mendoakan seseorang itu dilaknat Tuhan jika mereka mempunyai niat jahat terhadap seseorang lain.
Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau sanggup berhadapan dengan ulama yang membidas serta mengkritik kenyataannya itu dan mengingatkan beliau bahawa perbuatan sedemikian adalah haram di sisi Islam.
Jumaat lepas, Nik Abdul Aziz berkata beliau akan berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Umno jika kerajaan pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan, yang disifatkan sebagai sesuatu yang tidak betul.
Menteri Besar Kelantan itu turut menjelaskan kenyataannya itu.
"Doa yang dimaksudkan itu (kepada Perdana Menteri) hanya meminta Allah memperbetulkan fikiran Perdana Menteri,(Datuk Seri Najib Tun Razak) iaitu beri (royalti) gas dan petrol kepada Kelantan, kalu tak beri juga, bermakna beliau berniat tak baik.
"Niat tak baik itulah yang saya minta dilaknatkan Tuhan tu...," katanya.
Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria, dalam laporan media hari ini dipetik sebagai berkata umat Islam sepatutnya berdoa dan memohon kepada Allah supaya memberikan hidayah, kesejahteraan serta keselamatan terhadap orang lain, terutama saudara seagama, bahkan kepada orang kafir. - BERNAMA
Isu BTN - Pemimpin Umno-BN Pamer Sikap Kebudakkan
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali menyifatkan Umno-Barisan Nasional kebudak-budakkan dan terlalu emosional atas pengharaman kerajaan negeri Selangor terhadap Biro Tata Negara (BTN).
Halimah turut mengalu-alukan Umno Selangor dan pihak berkuasa untuk menyiasat program intelektual Spies sekiranya mengandungi elemen yang tidak bermoral atau penyalahgunaan kuasa dan wang rakyat.
“Sekiranya Umno ingin pihak berkuasa menyiasat apa salahnya, sebab semua program Spies mengikuti prosedur kewangan dan juga melibatkan pelbagai pihak daripada pelbagai latar belakang, pelbagai lapisan masyarakat,” katanya.
Halimah berkata demikian ketika dihubungi TvSelangor diminta mengulas kenyataan Umno Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuang, Abdul Shukor Idrus yang mahu pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan tegas sekiranya berlaku penyalahgunaan wang kerajaan negeri melalui program intelektual Spies.
Kata Halimah lagi, program Spies adalah terbaik dianjurkan kepada mahasiswa dan penjawat awam kerajaan negeri kerana terbukti BTN tidak dapat memupuk semangat jatidiri walaupun sejak bertahun-tahun telah dilakukan.
“Spies ini adalah satu konsep pembangunan untuk menjadikan Selangor ini malhirkan tamadun unggul, jadi adalah keanak-anakkan dan terlalu emosi bagi umno yang tidak boleh menerima Spies, kita meletakkan satu langkah untuk mendidik penjawat awam dan mahasiswa dalam kerajaan negeri Selangor supaya meraka ini memahami dan menghayati elemen Spies ini,” katanya. Out
Menurut Halimah, kenyataan yang dikeluarkan Adun Kuang itu yang mengatakan Spies menyalahgunakan peruntukan kerajaan negeri dan mencapai kepentingan peribadi atau politik adalah tidak benar sama sekali.
“Adalah tidak wajar sekiranya mereka mengatakan Spies menyalahgunakan kuasa dan duit rakyat kerana sebenarnya kita mahu membina dan membangunkan rakyat negeri Selangor,” katanya.
Jelasnya lagi, dalam hal ini Umno sepatutnya lebih rasional dan menerima keputusan kerajaan negeri.
"Ia tidak langsung melibatkan politik, bukan seperit btn, apabila isu BTN di kemukakan kerajaan negeri Selangor, kepimpinan umno melatah, mengapa mereka terlalu emosional bila di bangkitkan tentang BTN, kita hanya berbicara tentang pengisian BTN, kalau tidak ada apa dalam BTN tu, mereka tidak harus melatah dan emosional," kata Halimah. -ATIQAH YAACOB
Selepas Selangor, Giliran P. Pinang Pula Haramkan BTN
Selang beberapa hari kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengambil keputusan melarang pegawainya mengikuti program Biro Tata Negara (BTN) hari ini kerajaan Pulau Pinang pula mengambil langkah sama.
Menurut Ketua Menteri Lim Guan Eng, beliau tidak nampak ada keperluan untuk pegawai kerajaan negeri berkenaan menjalani program tajaan Barisan Nasional itu yang disifatkannya sebagai propaganda politik semata.
Kata beliau program itu dianjurkan hanya untuk kepentingan BN bagi mempengaruhi pegawai kerajaan termasuk penuntut institusi pengajian tinggi awam atau swasta menyokong BN.
Guan Eng berkata berdasarkan maklumat yang diperolehi dari pegawai kerajaan yang pernah mengikuti program BTN ia tidak lebih dari saluran proses doktrinisasi BN bagi melahirkan fenomena perkauman yang melampau.
Beliau berkata kenyataan pemimpin Umno yang cuba menepis dakwaan keputusan kerajaan Selangor itu adalah semata-mata untuk mengaburi mata semua pihak terhadap BTN.
Pelan Umno Menawan Kelantan Sudah Mulai Bocor
PEKERJA bahawan yang sama di Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) pagi tadi menasihatkan pihak berwajib segera menyelesaikan isu yang dibangkitkan sebelum ini.
Pekerja dari Bahagian Penguatkuasaan tersebut mendakwa, pendedahan isu majikan enggan bayar gaji bekerja lebih masa (OT) oleh beberapa media sejak Khamis lalu mengakibatkan Umno Kelantan tidak selesa.
Ujarnya lagi, Umno Kelantan sedang mengumpulkan bukti penyelewengan berkaitan MPKB BRI, untuk digunakan dalam Pilihan Raya Umum ke13 (PRU13) kelak.
Beliau turun meminta semua pihak berfikir mengapa beberapa media arus perdana yang dilihat menyokong Umno, tidak melaporkan isu berkaitan MPKB BRI itu.
“Tak hairankah kita, Utusan, Berita Harian, TV3 (dan) TV1 tak laporkan isu berkaitan ini (MPKB BRI), sedangkan isu Nik Aziz dapat tajaan ke Makkah diputar (belit) besar-besar,” jelasnya melalui panggilan telefon.
“(Blog) Perisik Rakyat lapor, Malaysiakini lapor, (The) Malaysian Insider lapor, Harakahdaily lapor, semuanya bukan media (yang dilihat) sokong Umno.”
“Sebenarnya mereka tak mahu Tok Guru (Nik Aziz) tahu lebih banyak lagi isu seleweng (dalam) MPKB (BRI).”
“Kalau Tok Guru tahu, Tok Guru akan selesaikan (isu terbabit)…maka Umno tak ada isu untuk jatuhkan kerajaan negeri (dalam) PRU13 nanti.”
Dalam perkembangan berkaitan, beliau meminta wartawan menyiasat dua syarikat ‘misteri’ yang didakwanya banyak mendapat tender dari MPKB BRI secara rundingan langsung.
Kedua-dua syarikat yang dimaksudkan adalah Syarikat Sensa Times Sdn. Bhd. dan Syarikat Blue Lang Marketing & Management Sdn. Bhd.
Ujarnya lagi, beberapa aktiviti kedua-dua syarikat ‘misteri’ itu sudah menjadi rahsia umum yang dipertikai dalam kalangan pekerja MPKB BRI sendiri.
Beliau meminta wartawan bertanya sendiri dengan Exco Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Takiyuddin Hassan – yang juga bertanggungjawab ke atas halatuju PMBK BRI berhubung aktiviti kedua-dua syarikat ‘misteri’ terbabit.
Selain MPKB BRI, beliau mendakwa Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) turut terlibat menguruskan pengagihan beberapa tender secara rundingan langsung.
Tetapi, beliau enggan mengulas lanjut tentang peribadi Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) PMBK, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, yang juga menantu Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Saya tak mahu ulas tentang Haji Arif kerana saya sayang Tok Guru…saya tak mahu apa-apa terjadi ke atas Tok Guru,” ujarnya.
Dipercayai jika pihak berwajib tidak menyelesaikan beberapa isu berbangkit sekarang, PAS mungkin lebih sukar menanganinya pada musim PRU13 kelak. - zainulfaqar
Husam Tidak Pernah Mengugut TGNA
Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Datuk Husam Musa menegaskan beliau tidak pernah sama sekali mengugut untuk meletakkan jawatan di sebalik isu kontroversi yang menyelubungi negeri itu dan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Malah Exco Kerajaan Negeri itu menambah, beliau juga tidak pernah meminta Nik Aziz agar memecat seseorang termasuk menantunya Abdul Ariffahmi Abdul Rahman yang awal minggu ini telah diminta agar melepaskan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan.
Awal minggu ini beberapa akhbar arus perdana menyiarkan laporan Husam telah memberi kata dua kepada Nik Aziz sama ada memecat Ariffahmi atau beliau akan meletakkan semua jawatan dalam parti dan kerajaan negeri.
Beliau didakwa memberikan surat letak jawatan kepada Nik Aziz pada satu pertemuan pada 19 November lalu.
Husam telah pun menafikan berbuat demikian dalam blognya minggu lalu.
Dalam ulasannya hari ini, tegas Husam beliau juga tidak pernah bersandiwara apabila mengadakan pertemuan dengan Nik Aziz minggu lalu.
"Kalau boleh, Allah angkat saja kesakitan kita pada orang itu. Kalau sandiwara, masakan saya menghantar surat tuntutan saman kepada sebuah akhbar hanya berselang dua hari, terhadap sebuah akhbar mingguan masih dalam proses.
"Ringkasnya, tidak wujud sama sekali saya mengugut untuk meletak jawatan atau Tok Guru memecat orang itu dan ini. Tungguhlah perbicaraan kes ini nanti kalau masih ada yang ragu-ragu," kata Husam dalam rencana tulisannya dikeluarkan oleh Berita Minggu hari ini.
Kata Husam, selepas mengadakan pemeriksaan di Hospital Pakar Perdana pada 19 November lalu beliau telah mengadakan pertemuan dengan Nik Aziz untuk memaklumkan berhubung rawatan tersebut.
"Entah bagaimana ia sudah ditukar sebagai usaha saya mengugut Tok Guru dan sakit saya itu hanya satu sandiwara semata-mata.
"Yang lain pula membuat cerita cuti sakit adalah permulaan saya akan hilang jawatan," katanya lagi.
Husam, bekas Setiausaha Akhbar Nik Aziz menambah, walau apa juga akan berlaku, "insya-Allah saya akan terus setia dengan Tok Guru."
"Persetiaan kami dalam gerakan Islam adalah persetiaan dunia sampai akhirat.
"Keselamatan di padang Mahsyar nanti adalah hitungannya. Oleh kerana itu, nasihat yang benar adalah ramuan hubungan kami," kata beliau sambil menambah, dengan nasihat-menasihati, percaya-mempercayai yang belum luntur "saya yakin Tok Guru dan saya tiada masalah untuk saya mengambil langkah memberikan kata dua seperti yang didakwa."
Lagi pun, elokkah insan seusia saya memberi kata dua kepada pemimpin seusia Nik Aziz, soal Husam dalam rencana penuh itu.
Ujarnya, Nik Aziz juga tidak akan mengorbankan rekod pencapaiannya yang sudah memuncak.
"Apa lagi untuk mencemarkan reputasi tingginya sebagai orang yang tegas dan berprinsip," kata Husam yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan.
Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Petroleum Kelantan menulis bahawa fokus beliau sekarang ialah menyelesaikan soal wang royalti minyak yang menjadi pertikaian antara kerajaan negeri dan persekutuan.
"Inilah yang saya fikirkan hampir saban hari. Bolehkah misi ini saya jayakan dengan meletak jawatan?
"Apa sebab saya nak letak? Kalau orang mereka cerita dan ia cuba dihumbankan pada saya, adakah saya perlu hilang fokus kalau memang saya tak terbabit?
"Saya dikatakan menemui Tok Guru pada Selasa sedangkan hari itu saya berada di Parlimen mengikuti perbahasan mengenai royalti oleh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan dijawab oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz," katanya.
Perdana Menteri Pun Boleh Hilang Jawatan Apatah Lagi ADUN
PM Vanuatu Hilang Jawatan Kerana Tidak Hadir Sidang Parlimen
Di luar negara, PM pun hilang jawatan kerana langgar undang-undang parlimen.
Parlimen sesebuah negara itu begitu tinggi martabatnya...
Di Malaysia undang-undang macam sampah...
Parlimen macam pondok-pondok..
Kalau melibatkan kerajaan BN undang-undang dan dewan sendiri tidak dihormati...
Speaker tiada kuasa...
Hinggakan di Kota Siputeh sendiri pun boleh dipertikaikan kekosongan kerusi?!.
Inilah masalah bila Undang-undang 1Malaysia yang digunakan double standard
Undang-undang haprak!! :Author Faethal
Perdana Menteri sebuah negara di salah satu kepulauan Pasifik yang kecil, Vanuatu telah menanggung aib dan kehilangan pekerjaannya, selepas dia kehilangan kerusinya di parlimen kerana tidak menyerahkan surat tidak hadir kepada dewan.
Perdana Menteri Edward Natapei telah melanggar satu peraturan sebagai ahli parlimen di Vanuatu, dimana seorang ahli parlimen akan kehilangan kerusi jika mereka tidak hadir tiga kali berturut-turut di persidangan parlimen tanpa memberitahu speaker sebab ketiadaan mereka.
Apa yang perlu dilakukannya kerana urusan rasmi hanyalah dengan menyerahkan satu nota pemberitahuan yang bertandatangan untuk memaklumkan mengapa beliau tidak dapat hadir. Tetapi, kerana satu kesilapan yang disebut seorang penganalisis sebagai 'flabbergasting', pejabat Perdana Menteri terlepas pandang undang-undang ini - dan ini menyebabkan Natapei telah kehilangan kerusinya, dan negara Vanuatu berada di dalam krisis politik.
Kabinet Natapei dengan segera mengadakan persidangan tergempar, manakala Natapei yang sedang menghadiri sidang kemuncak Komanwel di Trinad dan Tobago segera pulang ke Vanuatu.
Vanuatu kini dipimpin oleh kerajaan sementara sehingga parlimen itu memilih seorang perdana menteri yang baru pada minggu depan.
Sumber : www.metro.co.uk
28 November 2009
Biawak Kickdefella Yang Disangka Rusa

Saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada blogger Kickdefella, Syed Azidi kerana telah berjaya mengeluarkan Abdul Ariffahmi dari PMBK, jika tidak ia akan terus menjadi bahan cerita dan umpan fitnah oleh pihak lawan. Saya tidak juga mengatakan Ariffahmi tidak berkelayakan untuk jawatan itu. Malahan Kickdefella juga tidak berkelayakan untuk mempersoalkan kelayakan Ariffahmi. Siapa Kickdefella untuk mempersoalkan orang yang diamanahkan oleh TGNA? Tetapi kenapakah dia begitu kemaruk membedil bukan hanya Ariffahmi tetapi dia turut membedil Tuan Guru Nik Aziz melalui titipan dalam blognya.
Malahan Kickdefella juga turut merosakkan imej YB Husam Musa. Jenis apakah manusia bernama Syed Azidi ini?
Jerangkung Bernyawa.
Andainya pada 10hb Nov 2009 Syed Azidi Syed Abdul Aziz tidak menerima surat penamatan kontrak perkhidmatan sebagai pengurus perhubungan koporat dengan PMBK, saya percaya titipannya tidaklah seburuk yang dititipkan sejak tarikh itu hingga kini.
Menitipkan pandangan atau nasihat untuk membetulkan suatu kesilapan adalah amat dituntut. Tetapi apabila apa yang dititipkan berasaskan kepada perasan amarah dan dendam, maka pada ketika itu syaitan dan iblis yang mengerakkan jari jemari. Oleh yang demikian kepada saudara Syed Azidi, pohon saya saudara harus bermuhasabah.
Titipan kickdefella sejak perkhidmatannya ditamatkan semakin menampakkan wajah sebenar beliau yang penuh dengan dendam!! Sifat seperti ini biasa, terlalu biasa dalam tubuh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu!!
YB Husam tidak salah, mungkin tersilap. Kredibilitinya tercalar kerana dia tersilap pandang. Kekadang kita juga tersilap pandang, biawak disangka rusa!
Dari Syadad bin Aus r.a., dari Rasulullah saw., bahwa beliau berkata, ‘Orang yang pandai adalah yang menghisab (menghaluasi) dirinya sendiri serta beramal untuk kehidupan sesudah kematian. Sedangkan orang yang lemah adalah yang mengikuti hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah swt. (Imam Turmudzi, ia berkata, ‘Hadits ini adalah hadits hasan’)
Sumber - kerajaan rakyat
Sebab Saya Dedahkan 'Rasuah' Pemimpin PAS
Penulis blog Tulang Besi yang awal bulan ini mendedahkan rakaman perbualan pemimpin PAS berkaitan dengan amalan sumpah bai’ah mempertahankan dirinya daripada kritikan segelintir pemimpin parti sambil menegaskan, beliau hanya bertindak demikian bagi mengelakkan komponen Pakatan Rakyat itu daripada dijahanamkan.
Tulang Besi atau nama sebenarnya Abdul Rahman Abdul Talib juga berkata, beliau sebenarnya berniat untuk menyelamatkan PAS dengan mendedahkan “pembohongan dan rasuah” di kalangan beberapa pemimpin parti itu.
Beliau mengakui banyak pihak yang memarahi apabila mendedahkan rakaman perbualan beberapa pemimpin PAS baru-baru ini, yang didakwa telah menjejaskan perpaduan dalam parti tersebut.
Isu amalan bai’ah menjadi debat hangat ekoran tindakan beliau mendedahkan rakaman perbualan, kira-kira empat minit lamanya, membabitkan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali.
Hasan yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor mengadakan pertemuan dengan sekumpulan blogger baru-baru ini.
The Malaysian Insider difahamkan pemimpin-pemimpin PAS terbabit sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang ke atas Abdul Rahman.
“Ramai yang memarahi saya, tuduh saya pemecah belah jemaah, tuduh saya pemecah rahsia jemaah, tuduh saya tiada akhlak jemaah hanya kerana saya mendedahkan pembohongan serta korupsi beberapa pemimpin-pemimpin PAS yang telah menjual maruah mereka pada Umno,” kata beliau dalam tulisan terbaru semalam di bawah tajuk “Musuh Saya Adalah Umno dan Task Force 2010, bukan PAS”.
Ia disertakan bersama satu lagi tulisan bertajuk “Peringatan Dari Saidina Umar Abdul Aziz kepada Seluruh Pemegang Jawatan Dalam PAS” yang merujuk kepada penggunaan kereta mewah oleh segelintir pemimpin parti itu.
Abdul Rahman menjelaskan apa yang beliau lakukan hanya usaha menggagalkan perancangan Umno untuk merosakkan dan memperkudakan PAS.
“Umno berjaya membeli serta mempergunakan beberapa pimpinan PAS dan saya menentang pimpinan PAS itu,” katanya.
Justeru tegas Abdul Rahman, usaha beliau tidak sama sekali bertujuan mahu melemahkan atau menjahanamkan PAS.
“Usaha saya adalah untuk menyelamatkan PAS dan saya bersyukur Allah SWT telah membantu saya sepanjang saya membuka blog ini,” katanya.
Abdul Rahman menambah, “saya telah pergi di hadapan Kaabah meminta ilham dari Allah sama ada saya patut meneruskan usaha saya atau tidak.”
“Alhamdulillah, ilham yang saya dapat itu positif menyuruh saya meneruskan usaha saya. Saya yakin Allah SWT akan memberikan bantuanNya kepada usaha saya lebih-lebih lagi saya tidak dapat satu sen pun daripada mana-mana pihak dalam melakukan perkara ini.
“Segala kos saya tanggung dengan rezeki yang saya dapat dari Allah, Tuhan Semesta Alam,” katanya lagi.
Dalam tulisan bertajuk “Peringatan Dari Saidina Umar Abdul Aziz kepada Seluruh Pemegang Jawatan Dalam PAS”, Abdul Rahman mendakwa beliau hairan bagaimana seorang Exco Pemuda Negeri yang baru dipilih kini boleh memiliki kereta baru Mercedez.
“Kalau tak pegang jawatan-jawatan ini, boleh ke dapat kereta-kereta mewah ini semua?” soal beliau.
“Dahulu saya pernah dimarahi oleh salah seorang Ahli Parlimen PKR sekarang ini kerana saya mempersoalkan “mana Ezam Mat Nor (bekas Ketua Pemuda Keadilan dan kini menyertai Umno semula) dapat duit membeli banglo di Shah Alam?”. Teruk saya kena marah masa tu. Na, sekarang ini sapa yang ‘eating humble pie’? Ahli Parlimen itu jumpa saya pun buat-buat tak nampak.
“Dalam PAS pun ada pemimpin yang tiba-tiba sahaja boleh pindah banglo. Kalau mampu pun kenapa nak pindah banglo. Imej pimpinan PAS adalah imej sederhana. Duit nak pakai banyak untuk perjuangan bukan untuk kemewahan,” katanya.
Sehubungan itu, Abdul Rahman menafikan beliau dibayar oleh Exco Kerajaan Negeri Datuk Husam Musa yang juga Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan.
“Lagi satu, ada orang kata saya dibayar Husam Musa. Saya nak bagitau gaji saya sebulan enam kali ganda elaun Husam Musa sebagai Exco. Macam mana Husam nak beli saya? Cuba jawab. Begitulah muhasabah saya sedikit sebanyak,” katanya.
Sudah Tiba Masanya Nik Aziz Berundur
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed berkata sudah tiba masanya Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berundur setelah hampir 20 tahun memerintah Kelantan.
Katanya ini memandangkan diri Mursyidul Am PAS itu kini diselubungi kemelut politik dan isu negatif yang melibatkan keluarganya.
Sehubungan itu, Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, menyarankan Nik Abdul Aziz menjelaskan pendirian berhubung kedudukannya sebagai Menteri Besar berikutan kemelut politik dalaman PAS yang sedang melanda parti itu sekarang.
"Menjelang akhir tahun ini, Nik Abdul Aziz perlu perjelaskan pendiriannya, kerana rakyat Kelantan tertunggu-tunggu, memandangkan beliau selalu uzur, dan khidmatnya begitu lama hampir 20 tahun dengan kerajaan negeri.
"Saya rasa khidmatnya selama 20 tahun sebagai Menteri Besar Kelantan sudah cukup sumbangannya kepada rakyat negeri ini," kata Mustapa kepada pemberita pada majlis rumah terbuka sempena Aidiladha di Darulfalah, dekat sini hari ini.
Lebih 3,000 masyarakat dalam Parlimen Jeli menghadiri rumah terbuka Mustapa, yang juga Anggota Parlimen Jeli.
Pada majlis itu, enam ekor lembu dikorbankan. BERNAMA
'Kolonel Mat' hanya kiasan
Nama 'Kolonel Mat' yang disebutkan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai dalang dalam konspirasi untuk menjatuhkannya hanyalah satu kiasan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tuku, Fatah Harun yang juga besan dan mempunyai hubungan rapat dengan Nik Abdul Aziz berkata, daripada ucapan tersebut, Mursyidul Am Pas itu tidak menolak atau mengakui bahawa konspirasi tersebut benar-benar wujud.
Katanya, ia sengaja dilemparkan kepada orang ramai supaya ia tidak dipersoalkan lagi sama ada wujud atau tidak perancangan untuk menjatuhkannya.
"Tok guru (Nik Abdul Aziz) banyak ilmu mantik...banyak perbandingan kalau tak belajar tak boleh baca maksud dia, simbolik saja tu...lagi pun orang Kelantan banyak simbolik.
"Sebagai contoh, kita malas hendak dengar orang yang cakap banyak, orang Kelantan akan kata, mu gi ghoyat dekat Che Pa (awak pergi beri tahu Che Pa). Sebenarnya, tidak siapa tahu siapa Che Pa tetapi ia hanya alasan untuk mengelak daripada terus mendengar orang itu bercakap.
"Begitu juga dengan tok guru, dia tidak mahu dengar orang bercakap pasal jatuh menjatuh ini sebab itu dia sebut Kolonel Mat nak jatuhkan dia, maksudnya lepas ini dia tidak mahu orang tanya lagi pasal itu, sebab itu awak (wartawan) jumpa tok guru pagi tadi, beliau tidak ulas lagi," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Nik Abdul Aziz bahawa wujudnya konspirasi yang didalangi 'Kolonel Mat' untuk menjatuhkannya sebagai Menteri Besar dan Kerajaan Pas Kelantan.
Dakwaan tersebut dibuat ketika beliau menyampaikan ucapan pada Majlis Penghayatan Hari Wukuf di Pusat Tarbiyah Islmiah Kelantan (Putik) di sini semalam tetapi ketika ditemui pemberita di rumahnya pagi ini, Nik Abdul Aziz enggan mengulas lanjut dan menjelaskan ia sahih.
Fatah yang turut hadir pada majlis tersebut dan mendengar ucapan itu berkata, beliau tidak percaya ada orang dalam parti itu ingin menjatuhkan pemimpin kanan mereka tetapi tidak menolak kemungkinan wujud konspirasi untuk menjatuhkan orang-orang kanan Nik Abdul Aziz.
"Tidak mungkin ada orang hendak jatuhkan tok guru tetapi kalau ada orang nak jatuhkan orang kanannya mungkin ada, biasalah dalam politik tidak mesti sehati sejiwa semuanya.
"Kalau pun benar wujud konspirasi nak jatuhkan orang kanan Nik Aziz, saya minta jangan dedahkan kerana ia akan memberi kesan buruk kepada parti," katanya.
Sementara itu, Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, beliau tidak pernah mendengar nama 'Kolonel Mat' seperti yang disebutkan itu.
"Ini kali pertama saya dengar, saya tidak tahu wujud atau tidak orang ini," katanya.
Konspirasi Jatuhkan TGNA
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa, konspirasi untuk menjatuhkannya daripada jawatan Menteri Besar dan dalam Pas sudah lama dilakukan oleh pihak tertentu.
Malah beliau yang juga Mursyidul Am Pas percaya, seorang bekas pegawai tentera terbabit di sebalik konspirasi tersebut.
Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan dalang di sebalik konspirasi tersebut tetapi hanya menamakan seseorang yang hanya dikenali sebagai 'Kolonel Mat'.
"Usaha ini bukan baru, usaha selama-lamanya. Kita parti serupa berniaga...buka kedai A hendak jatuh kedai B dan kedai B hendak jatuh kedai A.
"Saya bawa parti Islam, kita ada Ibrahim Libya, kena bunuh dan masa 13 Mei dulu ramai tok guru kena Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), ini cerita lama. Saya sebut nama semalam (Kolonel Mat) pasal ini barang sah dan sahih," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini hari ini.
Bagaimanapun beliau enggan mengulas lebih lanjut mengenai polemik yang timbul termasuk isu siapa bakal penggantinya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar mengenai dakwaannya semalam bahawa ada konspirasi untuk menjatuhkannya sebagai Menteri Besar dan daripada kerajaan Pas Kelantan.
Dakwaan tersebut dibuat ketika beliau menyampaikan ucapan pada Majlis Penghayatan Hari Wukuf di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) di sini semalam.
Sebelum ini, timbul pelbagai polemik dalam Pas Kelantan bermula dengan isu Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) diikuti dakwaan Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa bahawa wujud konspirasi untuk melaga-lagakannya dengan Nik Abdul Aziz.
Beberapa hari selepas itu, Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah pula meminta Nik Abdul Aziz menamakan bakal penggantinya agar tidak timbul kekalutan dalam kerajaan negeri terbabit.
Pada masa yang sama, anak kepada Nik Abdul Aziz, Nik Abduh yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Pusat meminta supaya tidak ada pihak yang menyekat bapanya daripada meletakkan jawatan.
Kenyataan Nik Abduh itu dilihat sebagai menyerang balas pihak tertentu yang dikatakan sengaja menggunakan media arus perdana untuk mendapat pengiktirafan daripada Nik Abdul Aziz bagi meraih sokongan ahli Pas.
Pengganti MB Kelantan - Hentikan Kenyataan Di Media
Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak sepatutnya ditekan untuk menamakan penggantinya dan semua kenyataan pemimpin PAS mengenai perkara itu mesti dihentikan, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.
"Jangan paksa Tuan Guru mencadangkan penggantinya. Beliau tentu mempunyai perkiraan, perhitungan dan kebijaksanaan sendiri untuk memilih masa yang sesuai untuk mencadangkan siapa penggantinya," kata beliau.
Mahfuz menyifatkan tindakan berbalas-balas kenyataan mengenai perkara itu secara terbuka di dalam media memberi tekanan kepada Tuan Guru menamakan penggantinya sebagai Menteri Besar Kelantan.
Walaupun tindakan menyuarakan pandangan mengenai perkara itu adalah hak demokratik masing-masing, kata beliau, tetapi berbalas-balas kenyataan sesama sendiri mengenai perkara itu secara terbuka di dalam media boleh mengakibatkan implikasi yang lain.
"Lebih dari itu, semua pihak jangan membelakangi tertib organisasi di dalam PAS.
"Dari segi peraturan berorganisasi di dalam PAS, Tuan Guru atas sifatnya sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan boleh mencadangkan nama penggantinya kepada dan di dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat untuk dipertimbangkan.
"Begitu juga, ahli-ahli mesyuarat yang lain di dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat juga boleh mengemukakan cadangan untuk dipertimbangkan.
"Tetapi, dari segi kaedah berjemaah di dalam PAS, keputusan mengenai perkara itu hanya boleh dibuat di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sebagai badan eksekutif yang dipilih oleh muktamar," katanya.
Bagaimanapun, kata Mahfuz, pandangan dan hasrat Tuan Guru sebagai pemegang jawatan itu kini dan lebih dari itu sebagai Mursyidul Am biasanya diberi keutamaan untuk dipertimbangkan oleh mesyuarat tersebut.
Mahfuz juga menjelaskan, setiap kali PAS mendapat kerusi majoriti di mana-mana negeri selepas pilihan raya, nama orang yang mendapat kepercayaan parti untuk menjadi Menteri Besar di kemukakan oleh Presiden PAS kepada Sultan negeri yang berkenaan.
"Presiden PAS pula mengemukakan nama tersebut kepada Sultan yang berkenaan setelah dipersetujui oleh mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat,"kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Mahfuz meminta semua pihak agar memberikan kepercayaan kepada Tuan Guru untuk memilih masa yang sesuai bagi mencadangkan penggantinya sebagai Menteri Besar Kelantan dan juga kepada mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat untuk mempertimbangkan cadangan beliau dan membuat keputusan mengenainya.
"Saya yakin semuanya akan berjalan dengan lancar mengikut tertib berjemaah dan berorganisasi di dalam PAS," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Hadiah Untuk Pemimpin PAS
"Hadiah Adalah Rasuah" - Saidina Umar Abdul Aziz
Oleh kerana PAS adalah partai Islam, maka rujukkan kita tidak lain dan tidak bukan adalah para Khulafa Ar Rasyidin serta Saidina Umar Abdul Aziz, Khalifah Islam yang kelima. Dalam permasaalahan menerima atau mendapat hadiah dari orang di luar, di bawah dinukilkan sebuah kisah dari Saidina Umar Abdul Aziz. Saidina Umar Abdul Aziz memberikan kita apa hukumnya menerima hadiah setelah kita memegang jawatan yang penting yang melibatkan amanah rakyat.
Kisah saya dapati dari buku berjudul "Kisah-Kisah Islam Anti Korupsi" tulisan Nasiruddin Al Barabassi.
Terjemahannya dari Bahasa Indonesia adalah seperti berikut:
"Khalifah Umar Abdul Aziz pernah mengatakan kepada pembantunya 'Apakah kita mempunyai buah epal? Buah epal ini baunya sedap dan rasanya juga lazat"
Mendegar ucapan Umar, salah seorang ahli keluarga keluar mencarikan epal. Setelah kembalinya ahli keluarga itu, Umar berkata "alangkah sedap baunya (epal)! Dari mana buah epal ini datang?"
Ahli keluarga itu menjawab "Ia datang dari anak pakcik mu. Engkau tentu tahu bahawa Nabi SAW menerima hadiah, tetapi tidak menerima sedekah"
Umar lantas menjawab " Kembalikanlah (epal itu) wahai pembantu ku. Sampaikan salam ku (kepada anak pakcik Umar) dan katakan kepadanya Hadiahnya telah sampai kepada kami sebagaimana dia inginkan"
Umar menambah lagi " Hadiah untuk Nabi adalah benar-benar hadiah, sedangkan untuk kita sekarang hadiah adalah suap (rasuah)".
Imej dari buku ini boleh dilihat di kaki artikel ini.
Jelas saudara/ri sekelian. Saidina Umar Abdul Aziz menunjukkan kepada kita bahawa menerima hadiah pun adalah rasuah. HAdiah kepada Nabi SAW adalah benar-benar hadiah, tapi itupun setiap hadiah yang Nabi SAW dapat, dia akan sedekahkan kembali pada orang miskin dan yang memerlukan.
Cuba bayangkan, bagaimana hadiah yang mahal-mahal boleh diberi kepada pemegang-pemegang jawatan dalam PAS yang taraf mereka tak sampai pun taraf Khalifah, Amirul Mukminin.
Hanya kerana mereka itu Ketua Pemuda Negeri, YDP2 PAS kawasan, Anak MB, menantu MB, exco, Ketua Penerangan Pemuda Negeri dan banyak lagi jawatan2 yang kecil2 pun boleh kena "rasuah" mengikut "standard" yang ditunjukkan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz.
Saya nak puji PAS Shah Alam kerana saya tahu aktivis2 mereka, terutama yang duduk dalam Ahli Majlis semuanya "makan duit bini" kerana mereka tak sanggup terima duit hadiah dan hadiah.
Mereka aktif dalam PAS 100% dengan berbekalkan elaun ahli Majlis yang tidak seberapa itu, terpaksa lah isteri2 mereka mencari nafkah untuk menampung kos perjuangan.
Saya menyokong supaya elaun2 Ahli Majlis dinaikkan 5 kali ganda bagi membentras korupsi. Tapi, jangan sekali2 pemegang jawatan dalam PAS menjual diri mereka murah.
Kita ada Saidina Umar Abdul Aziz sebagai rujukan kita.
Wallahualam bissawab
Tulang Besi
ps Saya masih terkila bagaimana pimpinan2 PAS Pusat boleh duduk dalam hotel 5 bintang eksklusif di Shah Alam sewaktu Muktamar di Shah Alam baru-baru ini. Kenapa wang tersebut tak boleh dimasukkan dalam tabung perjuangan negeri dan pimpinan2 boleh duduk di hotel2 yang 3 atau 4 bintang.
Lihatlah betapa exklusif nya hotel2 tersebut. Saya rasa Saidina Umar Abdul Aziz pun tak sanggup tinggal dalam hotel-hotel macam ni.
http://shahalam.concordehotelsresorts.com/rooms_premier_suite.php
Tulang Besi
27 November 2009
Luahan Hati Nik Amalina Nik Aziz
Salam Ukhuwah,
Hampir empat hari berlalu...ujian yang cukup mencabar bagi kami...InsyaAllah kami tanamkan semangat bahawa ujian ini ada hikmahnya buat kami. Sehinggalah ke saat ini kami masih mampu menjalani kehidupan sepertimana biasa, masih boleh bergelak ketawa bersama anak-anak dan juga tetap bersembang bersama Tok Guru dan Bonda tersayang, serta berborak mesra bersama adik-beradik yang lain daripada kedua-dua belah pihak, yang tentunya tidak pernah keputusan memberi kata-kata semangat juang buat kami serta doa yang berpanjangan buat kesejahteraan kehidupan kami sekeluarga. Terima kasih untuk kalian!
Isu ini sedikit sebanyak mengundang kesedihan dikalangan kami sekeluarga. Ia mampu menjadi satu isu yang membuatkan kami semua membincangkannya dari pelbagai sudut. Walaupun kami sedih, kami tetap tenang. Kami tidak perlu berduka berlama-lama, kami harus bangun! Kami ingin bangun membuktikan kebenaran! Langkah kami belum mati, kami akan sentiasa maju ke hadapan! Datangnya kami dari keluarga yang dimuliakan, dan sesungguhnya kami tidak sesekali rela keluarga kami dihina.
Alhamdulillah, saya mempunyai sebuah keluarga yang matang. Semuanya tenang dalam mengharungi suasana laluan yang sukar ini. Kami dididik, selain ditarbiah baik bahawa jangan sesekali berbuat jahat, malah berusahalah untuk sentiasa berbuat kebaikan. Ia adalah sesuatu yang konsisten antara kehidupan di dunia menuju ke akhirat. Ayahanda sentiasa berdoa dan mengajar kami supaya mendoakan agar ‘jadikanlah kami semua imam kepada orang-orang yang bertaqwa’. InsyaAllah...
Apabila saya menjengah dunia, ditakdirkan saya berada dalam sebuah keluarga yang dikenali ramai. Saya memang bertuah kerana hampir memiliki segala-galanya di dalam kehidupan dunia ini, tapi semuanya adalah secara bersederhana. Saya seorang yang cintakan kedamaian, dan sesungguhnya onar yang berlaku dalam isu ini sungguh menjerut rasa di hati saya. Jiwa saya sentiasa menuntut untuk berbuat kebaikan, mungkin kerana ia hasil dari didikan kedua ibubapa saya, malah dengan akal yang sudah cukup sifatnya di usia saya sekarang, saya sentiasa cuba untuk tidak mencalit arang kepada kedua ibubapa saya yang masyhur itu. Kadangkala datang juga rasa ketidakadilan berlaku dalam kehidupan ini, namun belajarlah menerima hakikat bahawa, dalam kebertuahan itu masih ada kecacatannya.
Baca seterusnya di sini
Kelantan - Tidak Perlu Disegerakan Untuk Peralihan Kuasa
Peralihan kuasa di Kelantan tidak perlu disegerakan kerana menteri besar Datuk Nik Aziz Nik Mat masih sihat dan mampu menguruskan pentadbiran kerajaan dengan baik, kata timbalan menteri besar, Datuk Ahmad Yakob.
"Perkara ini tidak berbangkit. Ia tidak perlu dicerita dan disegerakan. Sekarang ini kita lihat Tok Guru (Nik Aziz) pun masih sihat.
"Perjalanan pentadbiran kerajaan negeri pun berjalan dengan baik," katanya.
Beliau - yang disebut-sebut sebagai calon pilihan bagi menggantikan Nik Aziz - diminta mengulas spekulasi berterusan terhadap peralihan pucuk kepimpinan kerajaan Kelantan.
Sebelum ini, terdapat cadangan supaya Nik Aziz menamakan bakal penggantinya lebih awal supaya tidak timbul kekalutan apabila tiba masanya beliau melepaskan jawatan.
Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dilaporkan berkata, proses peralihan yang lebih panjang secara terancang dapat memastikan kestabilan dalam parti.
Bagaimanapun, exco kanan negeri, Datuk Husam Musa, antara yang disebut-sebut sebagai pengganti Nik Aziz pula dilaporkan berkata, Ahmad lebih lanyak menggantikan Nik Aziz.
Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Ahmad berkata, pandangan dan cadangan beberapa pihak berhubung perkara itu hanyalah pendapat peribadi semata-mata.
Mengulas mengenai nama-nama yang sering dispekulasikan itu pula, Ahmad hanya berkata:
"Semua orang ada keistimewaan masing-masing. Kalau amanah, (beliau) akan boleh bawa (mentadbir). Tidak ada sebab perkara ini (peralihan kuasa) untuk disegerakan."
Walaupun disebut-sebut sebagai calon pilihan, Ahmad berkata beliau "tidak terfikir" lagi berhubung perkara itu.
"Masing-masing patut buat kerja masing-masing. Apabila sampai masanya, patah tumbuh, hilang berganti," katanya.
Peringatan Dari Saidina Umar Abdul Aziz kepada Seluruh Pemegang2 Jawatan Dalam PAS
Saya diberitahu supaya jangan menaikkan sangat isu “kereta-kereta” mewah beberapa tokoh dalam PAS kerana kereta2 tersebut adalah hadiah dari para simpatisan parti dan bukan dibeli dengan wang sendiri.
Saya nak nukil sebuah kisah dari sebuah buku yang saya baca bertajuk “Korupsi Dalam Pandangan Islam” yang diterbitkan di Indonesia.
Dalam buku tersebut dinukilkan sebuah kisah yang berlaku kepada Saidina Umar Abdul Aziz. Pada satu hari, Saidina Umar telah berniat untuk membeli sepasang pakaian baru untuk isteri tercinta beliau. Maka dipanggil pembantu beliau untuk mendapatkan harga sepasang pakaian tersebut. Maka, pembantu beliau pun pergi ke kedai untuk mengambil harga. Sekembali dari kedai, pembantu tersebut pun memberitahu akan harga pakaian tersebut. Ternyata harganya mahal dan Khalifah tidak mempunyai cukup wang untuk membeli pakaian tersebut. Tapi, pembantu itu berkata itu tiada masaalah kerana penjual2 baju tersebut sanggup memberikan hutang pada Khalifah sementara menunggu gaji dibayar pada Khalifah.
Mendengar khabar tersebut, Saidina Umar Abdul Aziz membatalkan hasrat beliau sama sekali. Saidina Umar berkata kalaulah beliau bukan Khalifah, adakah pekedai itu akan memberikan beliau hutang? Ertinya hutang tersebut adalah satu bentuk “rasuah” kerana jawatan Khalifah digunakan untuk kepentingan cagaran untuk kepentingan pribadi beliau. Kalau beliau bukan Khalifah nescaya beliau tidak akan diberikan hutang.
Jelas dari perkhabaran ini bahawa meletakkan jawatan sebagai cagaran juga adalah satu bentuk rasuah dalam Islam (Nota: Dalam bahasa Arab pun ia dipanggil rasuah).
Sekarang saya nak tanya:
Adakah kalau kamu bukan anak MB, menantu MB, saudara mara MB, Ketua Penerangan Negeri, Ketua Pemuda Negeri, YDP2 Kawasan, AJK2 Kawasan, Ketua Penerangan Pemuda Negeri ataupun pemegang apa-apa jawatan dalam parti, kamu akan diberikan hadiah kereta-kereta mewah tersebut yang bernilai ratusan ribu ringgit? (sama harga atau lebih mahal dari rumah teres dua tingkat di Selangor pulak tu).
Saya yakin jawapannya adalah TIDAK. Masa belum memerintah dulu, apasal diorang ni semua tak datang bagi kereta-kereta mewah ni pada kamu? Penerimaan kamu semua atas hadiah2 yang mahal ini dikategorikan sebagai RASUAH oleh SAIDINA UMAR ABDUL AZIZ
(bukan saya yang cakap). Kamu diberi hadiah kerana jawatan kamu bukan sebab kamu layak diberi hadiah.
Kalau betul kamu nak terima sedekah, apa salahnya kamu ambil wang dan wang tersebut dibahagi2kan pada fakir miskin. Saya pun boleh tolong bahagi2kan wang tersebut di sini. Di tempat saya ni, orang fakir dan miskin ni TERLAMPAUUUUU RAMAIIIII. Ada yang sudah 10 tahun makan nasi dengan tempe sebab tak mampu nak beli benda lain. Demi Allah ini bukan cerita dongeng.
Ada satu famili 5 beranak sudah 10 tahun tinggal dalam reban ayam kerana tak mampu nak beli rumah. Wang yang didapati hanya cukup-cukup untuk makanan sahaja.
PAS wajib mengketegorikan pemberian hadiah2 seperti ini sebagai RASUAH kerana mengikut jejak langkah Saidina Umar Abdul Aziz RA kalau PAS mahu terus releven dan diredhai Allah SWT.
Beberapa Contoh Bagaimana Dahulu Pimpinan-Pimpinan PAS Menyelamatkan Kos Dalam Berjuang
Ini adalah beberapa contoh yang dapat saya ingat:
1.0 Abang Mat Sabu satu masa dahulu akan pergi balik ke tempat-tempat ceramah dengan menumpang van penjual-penjual keset. Ini kerana apabila ada ceramah Mat Sabu maka ramaiii orang akan datang menjadikan penjualan keset pun laris. Jadi, Abang Mat selamatkan kos beliau dari segi “travelling”
2.0 Pemimpin-pemimpin PAS dahulu biasanya akan menumpang rumah sahabat-sahabat. Misalnya, Tok Guru Nik Aziz dahulu kalau ke Kuala Lumpur akan menumpang duduk di rumah adik beliau, Al Fadhil Ustaz Nik Radzi Nik Mat di ITM Shah Alam. Kalau tidak, biasanya pimpinan2 PAS ni semua akan tidur di Markaz Tarbiyyah
3.0 Arwah Ustaz Fadzil dulu pernah jual sabun semata-mata untuk cari duit tambang nak pergi ke tempat program dan ceramah. Terutama waktu Ustaz Fadzil dipecat dari UTM dan waktu itu Ustaz Fadzil langsung tiada sumber pendapatan. Dan pada waktu itu pun, PAS baru sahaja kena tendang dari BN dan berada dalam keadaan amat lemah sekali.
4.0 Markaz Tarbiyyah PAS Pusat tu naik semata-mata duit DERMA dari penyokong dan pendokong PAS. Apabila wang jadi kering, maka akan diadakan ceramah di tapak Markaz Tarbiyyah yang belum siap itu untuk mengumpul dana. Ada duit kerja jalan, takda duit, buat ceramah.
5.0 Ada seorang bekas exco Pemuda Pusat zaman Asri memberitahu punya miskin pejuang2 PAS dahulu, sampai terpaksa beli kopi secawan dan telor sebiji kemudian dikongsi tiga orang buat mengalas perut. Punya takda duit masa tu.
Mewahnya Hidup Sekarang Ni Yeee?
Jadi, sekarang ni saya tak faham. Macamana boleh diorang ni hidup mewah semewah-mewahnya?
Datang Muktamar di Shah Alam boleh duduk hotel lima bintang di suite yang paaaalllinnnnng mahal.
Nak tau betapa eksklusif,sila klik disini
(http://shahalam.concordehotelsresorts.com/rooms_premier_suite.php).
Lagi hairan, baru pegang exco pemuda negeri beberapa bulan dah tukar kereta Mercedez, kereta Avo etc. Kalau tak pegang jawatan-jawatan ni, boleh ke dapat kereta2 mewah ni semua?
Dahulu saya pernah dimarahi oleh salah seorang Ahli Parlimen PKR sekarang ini kerana saya mempersoalkan "mana Ezam Mat Nor dapat duit beli banglo di Shah Alam?". Teruk saya kena marah masa tu. Na, sekarang ni sapa yang “eating humble pie”? MP tu jumpa saya pun buat-buat tak nampak.
Dalam PAS pun ada pemimpin yang tiba-tiba sahaja boleh pindah Banglo. Kalau mampu pun kenapa nak pindah Banglo. Imej pimpinan2 PAS adalah imej sederhana. Duit nak pakai banyak untuk perjuangan bukan untuk kemewahan.
Lagi satu, ada orang kata saya dibayar Husam Musa. Saya nak bagitau gaji saya sebulan 6 kali ganda elaun Husam Musa sebagai exco. Macamana Husam nak beli saya? Cuba jawab.
Begitulah muhasabah saya sedikit sebanyak
Wallahulam bissawab
Tulang Besi
Musuh Saya Adalah UMNO dan Task Force 2010, bukan PAS.
(Leftenan Jeneral Dato’ Wan Abu Bakar Omar, Ketua kepada Nasharuddin Mat Isa di dalam “Agenda Melayu”- Kickdefella)
Ramai yang memarahi saya, tuduh saya pemecah belah jemaah, tuduh saya pemecah rahsia jemaah, tuduh saya tiada akhlak jemaah. Hanya kerana saya mendedahkan pembohongan serta korupsi beberapa pemimpin-pemimpin PAS yang telah menjual maruah mereka pada UMNO.
Apa yang saya buat hanyalah mengagalkan perancangan UMNO untuk merosakkan serta memperkudakan PAS. UMNO berjaya membeli serta mempergunakan beberapa pimpinan2 PAS dan saya menentang pimpinan2 PAS itu.
Usaha saya tidak sama sekali mahu melemahkan PAS atau menjahanamkan PAS. Usaha saya adalah untuk menyelamatkan PAS dan saya bersyukur Allah SWT telah membantu saya sepanjang saya membuka blog ini.
Saya telah pergi di hadapan Kaabah meminta ilham dari Allah SWT samada saya patut meneruskan usaha saya atau tidak. Alhamdulillah, ilham yang saya dapat itu positif menyuruh saya meneruskan usaha saya. Saya yakin Allah SWT akan memberikan bantuanNya kepada usaha saya lebih-lebih lagi saya tidak dapat satu sen pun dari mana-mana pihak di dalam melakukan perkara ini. Segala kos saya tanggung dengan rezeki yang saya dapat dari Allah, Tuhan Semesta Alam.
(Siapa Task Force 2010, sila baca di sini)
Fitnah Task Force 2010 kepada PAS Seakan Fitnah Dajjal kepada Manusia
Sewaktu Dajjal turun nanti, manusia akan terbahagi kepada dua kumpulan: Yang Beriman dan Yang Kufur. TIADA MUNAFIK pada masa itu kerana semua yang munafik akan menzahirkan kekufuran serta keraguan mereka.
Begitulah juga fitnah Task Force 2010 ini. TF2010 menggantung “godaan-godaan” mereka dalam bentuk wang, pangkat, populariti dsbnya. Seperti juga Dajjal nanti yang memegang “syurga” di tangan kiri dan “neraka” di tangan kanan.
Setiap yang beriman akan nampak perkataan “Kaf”, “Fa” dan “Ra” di atas dahi Dajjal dan akan terjun ke “Neraka” Dajjal bila diberi pilihan. Yang munafik dan kuffur berebut2 hendak terjun ke tangan kiri Dajjal kerana mereka sangka itu adlaah syurga yang hakiki.
Saya baru faham mengapa para Anbiya sejak zaman Nabi Idris lagi berdoa supaya dilindungi dari fitnah Dajjal. Ini kerana fitnah Dajjal ini lebih buruk dari segala fitnah yang pernah dilihat Manusia sebelum ini hatta fitnah Firaun sekalipun. Selama ini saya bertanya-tanya kenapa Nabi Musa berdoa meminta dilindungi fitnah dajjal sedangkan jarak Nabi Musa dengan keluarnya Dajjal begitu jaaaauuuhhhh.
Task Force 2010/UMNO adalah AGEN DAJJAL. Mereka beroperasi dengan “modus operandi” Dajjal dan ada sebahagian kepimpinan PAS yang telah terjun dalam “tangan kiri” Agen Dajjal ini.
Mereka-mereka inilah yang saya tentang habis-habisan.
Mengapa? Kerana saya mahu menyelamatkan PAS dan saya mahu menyelamatkan Islam serta Amar Maaruf dan Nahi Mungkar.
Saya tak rela PAS diperkudakan hanya kerana mahu mengkayakan beberapa kerat kepimpinan PAS Pusat.
Saya memohon segenap ahli dan penyokong PAS supaya mendoakan usaha saya berjaya dan mendapat hasil yang diingini serta saya dan keluarga saya dilingungi Allah SWT hendaknya.
Baru-baru ini di Kelantan adalah seorang itu menulis kononnya Husam Musa adalah sebab Tok Guru Nik Aziz dimalukan. Saya nak tanya si penulis, mana dia dapat kereta-kereta mewah yang dia miliki sekarang ini? Apa income yang dia dapat dan dari mana income itu yang membolehkannya mempunyai kereta2 yang begitu mewah?
Sekian, Wallahualam bissawab
Tulang Besi
Ps saya dapat maklumat TF2010 pernah cuba untuk “membeli” Tok Guru Nik Aziz tetapi usaha mereka gagal.
Saya juga dapat maklumat ada exco PAS kena maki dengan orang Kayangan “kaw-kaw” macam budak kecik kena maki. Kesnya pasal………. nanti lah saya cerita
Tulang Besi
Task Force 2010 dan Kerajaan “Perpaduang”
Kalau nak baca tentang cerita dalaman PAS, blog Malaysia Waves yang penulisnya menggunakan nama samaran Tulang Besi adalah antara yang terbaik. Pendedahan dari blog ini biasanya disokong dengan fakta yang diperolehi sama ada dari pembaca mahupun dari sumber-sumber dalamannya.
Dua hari lalu, blog Malaysia Waves mendedahkan mengenai sebab utama mengapa YB Hasan Ali melawan SELCAT. Anda boleh turut membacanya disini.
Sememangnya cerita tentang Kerajaan Perpaduan ini tidak akan habis. Ia selalu timbul setiap kali Umno berada dalam keadaan lemah dan ada pihak-pihak dalam PAS yang dapat “dibeli”. Sebagai parti yang terbuka dari segi penerimaan keahlian, tidak mustahil ada “agen-agen” yang telah “lolos” masuk kedalam parti tersebut sejak sekian lama dan memainkan peranan secara “halus” tanpa dapat dikesan.
Dikala ini, yang lebih menyukarkan lagi “penentang-penentang Kerajaan Perpaduang” adalah masalah dalaman PAS Kelantan, kubu kuat Musyridul Am parti tersebut. Nik Aziz Nik Mat adalah “batu penghalang” kepada penubuhan kerajaan “perpaduang”. Jika tiada Nk Aziz, sudah lama kerajaan “perpaduang” ditubuhkan.
Task Force 2010, sebuah jawatankuasa untuk menjayakan penubuhan kerajaan “Perpaduang” diantara Umno – PAS tidak akan berhenti begitu sahaja. Percayalah, sebaik sahaja Nik Aziz berjaya disingkirkan dari PAS (sedang dilakukan secara berhempas pulas), kerajaan “perpaduang” akan terus ditubuhkan.
Hanya masa yang menentukan.
Aminiskandar
26 November 2009
BTN Tolak Sistem Demokrasi Berparlimen
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan Biro Tata Negara (BTN),kursus yang akan mewujudkan sentimen perkauman dan menolak sistem demokrasi berparlimen.
Katanya sistem ‘check and balance’ tidak lagi menjadi amalam dalam BTN kerana ia tidak memberi peluang kepada rakyat untuk menilai.
BTN juga dikatakan melahirkan sikap prejudis kepada pembangkang sehingga dianggap musuh negara.
“ Kalau digambarkan pembangkang sebagai musuh negara maka itu akan menjejas peranan pembangkang dalam usaha melakukan semak dan timbang ini. Dan ianya akan memberikan gambaran, rakyat yang patriotik, mesti patuh kepada semua kehendak pihak yang memerintah” ujar Khalid.
Semalam kerajaan negeri Selangor mengumumkan akan melindungi penjawat awam di negeri itu dan penuntut-penuntut di institusi pendidikan milik kerajaan negeri.
Bercakap kepada TvSelangor, Khalid berkata, beliau sebulat hati menyokong keputusan yang diambil oleh kerajaan negeri.
Ujarnya BTN adalah platform kepada kerajaan untuk menyemat prinsip kepada generasi muda dan kaki tangan kerajaan tentang keburukan parti pembangkang dengan melabelkan parti-parti ini sebagai agen negara asing.
“ Maka segala kritikan dan sebagainya tidak akan dilihat dari sudut yang positif, tetapi dilihat sebagai seolah-olah agen kuasa asing dan sebagainya. Dan inilah yang dilakukan oleh BTN sekarang ini”
Malah ujar beliau, masyarakat di negara ini dipinggirkan hak mereka dari dahulu lagi untuk menilai mana yang benar dan salah.
“Masalah kita ini, negara Malaysia ini ialah kita mewarisi satu sistem satu pemerintahan tanpa memahami selok belok dan rasional di sebalik sistem tersebut”
Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Shah Alam, Ahmad Sayuti Bashiron turut menceritakan pengalaman beliau ketika menyertai BTN suatu ketika dahulu.
“ Pernah suatu ketika dahulu, pada awal dahulu sewaktu saya di sekolah menengah, selain daripada lagu anak kecil main api, apa yang paling saya ingat apa yang ditanamkan ialah benci kepada Cina. Suatu ketika kami berlari-lari dari pusat pendidikan di Shah Alam, ketika kita berjumpa sahaja Cina seperti peniaga-peniaga Cina, fasilatator mengatakan ‘lihat itu adalah Cina, dia adalah orang yang merempat di negara kita. Apabila besar nanti,kamu nanti bila sudah besar, mesti ada perasaaan tolak mereka dari negara kita”.
Sumber di sini
Kerja Bodoh Dan Khianat Siapa?
Mini Billboard gambar YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak telah disabotaj oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab. Motif pihak tersebut berbuat demikian masih belum dikenalpasti tetapi terdapat unsur khianat.
Terdapat beberapa mini billboard yang telah dirosakkan angkara perbuatan khianat mereka antaranya di sekitar Jitra, Alor Setar dan Kuala Kedah. Perbuatan tidak bermoral ini dipercayai telah dilakukan pada 24 November 2009.
KEDAH COMMUNICATION & EVENTS SDN. BHD. (KCE)
Sumber : http://www.kedahsejahtera.com.my
Nik Aziz: Pemimpin PAS beri reaksi berbeza
Beberapa pemimpin PAS hari ini memberi reaksi yang berbeza terhadap kenyataan anak lelaki menteri Besar Kelatan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang berharap tiada pihak yang melarang ayahnya meletak jawatan jika beliau berhasrat berbuat demikian "kerana ayahanda telah tua dan keletihan".
Tulisan Nik Abduh Nik Aziz yang dipetik dari blognya semalam juga berkata ayahandanya telah "memberi yang terbaik".
Ketika dihubungi Malaysiakini, ahli jawatankuasa pusat PAS, Mohamed Hanipa Maidin menyerahkan kepada Nik Aziz untuk memutuskan perkara itu.
"Kita harus menerima hakikat bahawa suatu masa nanti, beliau akan meletak jawatan. Persoalannya sekarang bila. Jadi terserahlah kepada Tok Guru (Nik Abdul Aziz). Beliau lebih mengetahui bila hendak letak jawatan," katanya.
Mohamed Hanipa berkata, kepimpinan PAS tidak pernah meminta Nik Aziz meletakkan jawatan menteri besar atau mursyidul am.
Sebaliknya, kata belaiu, mereka masih memerlukan khidmatnya untuk terus memimpin kerajaan negeri itu dan PAS selagi termampu olehnya.
"Beliau ikon kepada PAS, kita perlukan kepimpinan beliau," katanya
Manakala seorang lagi ahli jawatankuasa PAS, Mujahid Yusof pula berkata isu perletakkan jawatan tidak timbulnya.
"Sekiranya Nik Aziz mahu meletakkan jawatan, perlulah ada perundingan atau persepakatan di kalangan pemimpin PAS. Bukan itu sahaja, peletakkan jawatan juga harus mengambil kira siapa yang layak untuk menggantikan beliau," katanya.
Mengulas lanjut Mujahid yang ahli parlimen Parit Buntar gemar merujuk kepada perlembagaan dan amalan yang diamalkan PAS selama ini.
Katanya, seseorang itu boleh meletakkan jawatan dalam PAS atas tiga sebab, antaranya atas kehendak pemimpin jika mempunyai masalah, masalah kesihatan ataupun dinasihatkan oleh parti melepaskan jawatan.
Ditanya sama ada pelan peralihan kuasa kepada bakal pengganti Nik Aziz yang juga ADUN Chempaka diperlukan, Mujahid berkata:
"Secara naturalnya, apabila orang bercakap tentang peletakan jawatan, orang akan bercakap siapa penggantinya. (Maka) ia harus diperhalusi siapa yang akan menggantikan beliau".
Sehubungan itu beliau menggariskan beberapa ciri utama yang perlu dimiliki bakal pengganti Nik Aziz, termasuk kekananan dalam pentadbiran kerajaan negeri.
"Selalunya orang tengok siapa MB dan siapa timbalannya. Di sini Datuk Ahmad Yaakob lah.
"Selain itu calon tersebut mampu bertoleransi dalam kumpulan tertentu. Tidak dinafikan ada kumpulan yang hendak calon ini naik, dan kumpulan lain nak calon itu naik.
"Sekurang-kurangnya, calon itu boleh bertoleransi dalam kumpulan ini," katanya.
Menurut Mujahid lagi, berdasarkan kepada kebiasaan masyarakat Kelantan, seseorang yang ingin menjadi pemimpin haruslah mempunyai latar belakang agama atau sekurang-kurangnya dipanggil sebagai 'ustaz'.
Manakala bekas naib presiden PAS, Ahmad Awang pula berpandangan NIk Aziz "tidak sesuai untuk berundur sekarang".
"Kalau Tok Guru (Nik Aziz) merasakan sudah sampai masa untuk meletak jawatan, tidak ada siapa yang berhak menghalangnya," katanya.
Bagaimanapun beliau yakin Nik Aziz tidak akan berundur dalam masa empat lima bulan ini sehinggalah suasana politik di Kelantan dan parti stabil.
"Kelihatan suasana politik di Kelantan menimbulkan persepsi seolah-olah berlakunya ketidakharmonian dalam kerajaan Kelantan dan PAS ," katanya.
Ditanya sama ada Ahmad Yaakob layak menggantikan jawatan menteri besar, beliau berkata:
"Hirarki yang ada sekarang adalah yang terbaik buat masa ini," katanya merujuk hirarki kepimpinan PAS Kelantan sekarang - Ahmad Yaakob (pesuruhjaya 1), Datuk Husam Musa (pesuruhjaya 11) dan Nik Mohd Amar Nik Abdullah (pesuruhjaya 111)..
"Ahmad Yaakob sangat dikenali dan dihormati oleh pemimpin PAS di Kelantan. Beliau jaga adalah timbalan ketua dewan Ulama PAS Pusat," kata Ahmad lagi.
Mohd Amar setuju Ahmad Yaakob jadi MB Kelantan
Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, bersetuju Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, dilantik sebagai menteri besar sebagaimana saranan anggota exco kanan kerajaan negeri, Datuk Husam Musa.
Dengan sokongan itu, Mohd Amar secara tidak langsung menolak pemilihannya sebagai pengganti menteri besar Kelantan, lapor Bernama.
Beliau menyokong kenyataan Husam semalam bahawa Ahmad yang juga timbalan pesuruhjaya I PAS Kelantan, merupakan pemimpin paling layak dilantik menteri besar, jika Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat, melepaskan jawatannya.
Nik Amar berkata, tanpa dipengaruhi mana-mana pihak, beliau secara peribadi menyatakan sokongan itu berdasarkan kedudukan timbalan menteri besar itu sebagai pemimpin paling senior dalam kepimpinan kerajaan negeri itu.
"Berdasarkan hiraki parti, Datuk Ahmad (Yakob) paling layak memegang jawatan itu," katanya kepada pemberita selepas majlis penghayatan wukuf peringkat negeri di Pusat Tarbiayah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa, hari ini.
Ditanya mengenai kenyataan Husam tidak dicalonkan sebagai menteri besar bagi mengambil alih tempat Nik Aziz jika menteri besar melepaskan jawatannya, Mohd Amar berkata itu pendapat peribadi Husam sendiri.
"Itu hak dan soal dia, saya tidak boleh kata apa," katanya.
Isu itu tercetus apabila Mohd Amar sebelum ini membuat kenyataan mencadangkan supaya Nik Aziz menamakan calon yang bakal menggantikannya bagi mengelakkan berlaku sebarang perebutan dalam parti bila beliau berundur.
Menurutnya, kenyataan beliau yang dikeluarkan oleh laman web The Malaysian Insider itu tidak berniat meminta menteri besar berundur lebih awal daripada sepatutnya.
"Saya membuat kenyataan itu sebagai jawapan kepada salah satu daripada persoalan yang dikemukakan wartawan laman web itu baru-baru ini, tidak lebih dari itu," katanya.
Sementara itu, Nik Aziz yang ditemui selepas itu tidak mahu ditemubual oleh wartawan kerana alasan penat berucap di majlis itu.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga tidak mahu berbuat demikian.





