Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan dua majlis Dialog Bajet 2010 pada 3 November (Selasa) dan 9 November (Isnin) untuk menganalisa dan membahaskan bajet persekutuan yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 23 Oktober lalu.
Dialog Bajet 2010 yang akan diadakan di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya pada 3 November jam 8 malam bakal menyaksikan YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh), YB Tony Pua (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara) dan YB Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang (Ahli Parlimen Marang) sebagai ahli panel dialog tersebut.
Pada 9 November pula Dialog Bajet akan diadakan di Auditorium, Aras 5, MBAJ, Ampang bermula jam 8 malam. Para ahli panel adalah YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh), YB Dr. Tan Seng Giaw (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara) dan YB Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang (Ahli Parlimen Marang).
Dato' Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bakal merasmikan majlis dialog yang dijangka akan menjadi tarikan golongan profesional, akademik, kesatuan pekerja dan pertubuhan bukan kerajaan itu.
Antara tujuan majlis dialog ini diadakan dalah untuk mengumpul pandangan dan cadangan pelbagai pihak untuk dijadikan rujukan dalam mengenalpasti keutamaan dan hala tuju bajet kerajaan negeri Selangor yang akan datang.
Orang ramai dijemput hadir untuk berkongsi pandangan bersama pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat berhubung dengan unjuran Bajet 2010 dan strategi pelaksaannya baik di peringkat persekutuan mahupun di negeri.
SEKRETARIAT AKHBAR KERAJAAN NEGERI SELANGOR
SEBARAN MEDIA
31 Oktober 2009
31 October 2009
SELANGOR ANJUR DIALOG BAJET 2010 BERSAMA PIMPINAN PAKATAN RAKYAT
Jawatankuasa disiplin Pas kenal pasti pihak perlu beri keterangan
Jawatankuasa Disiplin PAS yang bermesyuarat kali pertama hari ini bagi menyiasat isu membabitkan beberapa tuduhan terhadap PAS Selangor telah mengenal pasti beberapa pihak yang terlibat untuk memberikan keterangan.
Pengerusi jawatankuasa tersebut, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihak-pihak berkenaan akan dihubungi dalam masa terdekat bagi mendapatkan penjelasan lanjut.
"Kita dah kenal pasti beberapa pihak yang akan dipanggil untuk berikan keterangan.
"Kita perlu berikan peluang kepada pihak-pihak terbabit untuk beri penjelasan berhubung beberapa perkara," katanya ketika dihubungi mStar Online.
Ditanya sama ada Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali termasuk dalam senarai pihak-pihak yang akan dipanggil memberi keterangan itu, Tuan Ibrahim enggan mendedahkannya.
"Saya tak boleh komen lebih, perkara ini masih diperingkat siasatan," katanya.
Pada mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat Rabu lalu, Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengarahkan jawatankuasa disiplin parti itu supaya menyiasat mengenai beberapa tuduhan yang dilemparkan terhadap PAS Selangor.
Bagaimanapun Abdul Hadi menafikan siasatan yang dijalankan itu memfokuskan kepada Hassan sebaliknya menegaskan ia akan dijalankan terhadap PAS Selangor secara keseluruhannya.
Isu ini timbul ekoran kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyenaraikan nama Hassan sebagai salah seorang yang perlu 'dibersihkan' daripada parti kerana dikatakan pro-kerajaan perpaduan.
Selain Hassan, Nik Abdul Aziz juga melalui blognya menamakan Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali.
Dalam pada itu, Tuan Ibrahim berkata pada mesyuarat yang berlangsung lebih tiga jam bermula pukul 10.30 pagi tadi telah meneliti beberapa dokumen yang berkaitan.
"Pihak jawatankuasa disiplin telah meneliti beberapa dokumen, dari situ baru kita kenal pasti pihak-pihak yang berkaitan itu," katanya.
Beliau berkata pihak pengurusan parti akan mengeluarkan surat kepada pihak berkenaan dalam masa terdekat dan mereka perlu memberi jawapan dalam tempoh 14 hari.
"Kita akan berikan surat kepada mereka dalam masa terdekat, mereka perlu jawab dalam masa 14 hari.
"Mereka ada peluang untuk jelaskan kepada kita sebelum apa-apa tindakan lanjut diambil," katanya.-mstar
Penubuhan Jawatankuasa Petugas Cubaan Lindungi Pihak Tertentu
Tindakan Jemaah Menteri menubuhkan Jawatankuasa Petugas untuk menyiasat unsur penyelewengan dan rasuah yang didedahkan dalam Laporan Audit Negara 2008 dibidas Ahli Parlimen Pembangkang.
Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berkata tindakan berkenaan merupakan satu lagi bentuk pembaziran yang dilakukan pemerintah.
Menurutnya, kerajaan sewajarnya menggunakan institusi-institusi sedia ada seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat pendedahan berkenaan.
“Itu merupakan satu pembaziran wang dan juga tenaga manusia. Isu ini boleh disiasat SPRM tidak perlu kita mempunyai jawatankuasa khas untuk buat siasatan.
“Dalam negara ini kita ada tubuhkan badan-badan tertentu untuk menyiasat perkara-perkara seperti ini, saya tidak nampak perlunya kita tubuhkan jawatankuasa khas melainkan jawatankuasa itu mempunyai niat untuk melindungi beberapa pihak,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada TV Selangor ketika mengulas mengenai keputusan Jemaah Menteri menubuhkan Jawatankuasa Petugas untuk menyiasat unsur penyelewengan dan rasuah yang didedahkan dalam Laporan Audit Negara 2008.
Perdana Menteri Najib Razak yang mengumumkan perkara itu berkata, jawatankuasa berkenaan akan dipengerusikan Ketua Setiusaha Negera, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.
Ia akan dianggotai oleh Ketua Setiusaha Perbendaharaan, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Ketua Audit Negara, Peguam Negara, dan SPRM.
Sementara itu Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata pembentukan jawatankuasa berkenaan dilihat sebagai satu cara yang digunakan kerajaan untuk melengahkan siasatan penyelewengan berkenaan.
Menurutnya, penubuhan jawatankuasa petugas seolah-olah telah menjadi satu budaya di negara ini kerana tindakan kerajaan yang gemar menubuhkan jawatankuasa itu sekiranya sesuatu isu timbul.
“Lebih baik kalau kerajaan minta pejabat Peguam Negera untuk menyiasat kes ini bukannya jawatankuasa sebab sudah jelas pendedahan Ketua Audit negara bahawa ada unsur penyelewengan dan salahguna kuasa.
“Saya fikir kita jangan menjadi satu adat dalam negara bila mempunyai masalah membentuk satu jawatankuasa penyiasat dan buila timbul masalah lain, terus kita tubuh jawatankuasa lain.
Ini jelas ada penyelewengan, kita ada dua cara hantar kepada SPRM atau terus pejabat Peguam Negara,” katanya.
Menurutnya adalah lebih baik ia disiasat terus Peguam Negara memandangkan kredibiliti SPRM mula tercemar dengan isu ketidak telusan badan berkenaan.
“Tapi kita tahu sekarang SPRM tidak boleh dipercayai tidak ada sokongan dari orang ramai serta tidak telus dalam kerja mereka. Jadi rujuk hal ini kepada Peguam Negera untuk mereka menyiasat dan terus mengheret individu yang bersalah ke mahkamah,” katanya.-TVS
Idris Jusuh Dah mula Meroyan Nak Jadi MB semula
Hidup lagi rupanya mamat nih..
Stadium runtuh ko dah gi melawat ke woi...?
Sekolah runtuh nuh dah tengok belum?
Masjid pun runtuh tuh dah intai ke belum?
Tak payah ler nak reka cerita aneh,aku rasa kes stadium runtuh tuh dah cukup pelik dah,sebab tak de ribut,tak de gempa,tetiba je runtuh,tak ke pelik tuh?
Nota : Buktikan sekiranya perkara itu wujud,setakat dakwa gitu je ramai orang boleh cakap.Jangan plak sebab nak bukti ko bawak orang upahan ko untuk nyamar.
Mamat nih banggang tak abis lagi sebab tak dapat jadi MB nih...sampai jadi sasau....
Penduduk di bebeberapa buah kampung di daerah ini dikesan mengamalkan kepercayaan terpesong kononnya akan beroleh pahala jika mereka tidur bersama dengan gambar seorang pemimpin parti pembangkang di negara ini.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Idris Jusoh, ketika mendedahkan perkara itu mahu pihak berkuasa relevan dan ilmun Islam di negara ini supaya mengambil tindakan segera bagi memperbetulkan penyelewengan akidah yang dipercayai didalangi pihak tertentu.
"Selain tidur bersama gambar dan percaya apabila melihat gambar pemimpin berkenaan akan memproleh pahala, penyokongnya juga ditanamkan dengan kepercayaan bahawa sekiranya bermimpi bertemu pemimpin itu maka pahala berganda akan diperolehi oleh orang tersebut.
“Ini satu perkara serius yang patut diperbetulkan kerana ia jelas telah memesongkan akidah yang bertujuan untuk mengekalkan populariti dalam politik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Jualan Mega peringkat daerah di sini hari ini.
Idris berkata, isu itu pernah timbul sebelum ini, namun akhir-akhir ini ia dikesan semakin menular di kalangan penduduk beberapa kampung di daerah ini.
TG Nik Aziz Di Konvensyen PR Perak
YAB. Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat didampingi oleh Pesuruhjaya PAS Perak, YAB. Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, dan Pengerusi DAP Perak berada dipentas utama dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Perak .
Tuan Guru tiba untuk memberi ucapan penutup dalam konvensyen sehari yang bersejarah itu yang dihadiri oleh lebih 600 orang peserta.
GERAKAN: Tak perlu musuh kalau ada kawan seperti Mohd Aziz
Ahli Parlimen Simpang Renggam-Gerakan, Liang Teck Meng membidas ahli parlimen Sri Gading-UMNO, Mohamad Aziz yang menyerang pemimpin parti komponan BN lain. Hujah Mohamad Aziz disifatkan sebagai "angkuh", "gagal bezakan antara kawan dengan lawan", "menari mengikut rentak pembangkang", malah tidak selaras dengan pengalaman beliau sebagai ahli parlimen BN untuk tiga penggal.
Dalam satu kenyataan media oleh Liang Teck Meng, beliau menyelar Mohamad Aziz (gambar atas) kerana mendesak agar Presiden MCA dan Gerakan untuk meletak jawatan di Dewan Rakyat, semalam.
Beliau mengemukakan tiga alasan untuk membuktikan "keangkuhan" Mohamad Aziz itu bagaikan membuka pekung di dada. Pertama, berhidung tinggi, tidak memandang berat pada dewan yang mulia, Perdana Menteri dan komponen parti BN, tetapi disyaki bersekongkol dengan pembangkang, menyerang pemimpin tertinggi parti komponan BN, mengingkari semangat dan disiplin BN.
Keduanya, hujah Mohamad Aziz memutar-belitkan fakta, menyongsangkan antara yang betul dengan yang salah. Sejak menyandang jawatan sebagai ahli Dewan Negara dan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Koh Tsu Koon (gambar kanan) sentiasa hadir dalam persidangan parlimen, kecuali sekali yang disebabkan hal kecemasan.
Liang Teck Meng berkata, rekod kehadiran parlimen boleh membuktikan kadar kehadiran Koh di parlimen. Ini tidak boleh diputar-belitkan oleh orang seperti Mohamad Aziz. Dakwaan Mohamad Aziz bahawa Koh Tsu Koon hanya muncul semasa PM hadir di parlimen, mungkin mempunyai motif dan agenda tersendiri.
Yang paling penting, tindak-tanduk Mohamad Aziz memperkukuhkan persepsi rakyat bahawa pemimpin UMNO adalah angkuh dan sombong, menjejaskan usaha Pengerusi BN, Najib Razak untuk membentuk semula satu parti yang berimej sederhana, terbuka dan bertoleransi.
Beliau menekankan bahawa, "kalau mempunyai kawan seperti Mohamad Aziz, maka BN tidak memerlukan musuh lagi!"
*Kenyataan media Liang Teck Meng, selaku ahli parlimen Simpang Renggam-Gerakan dalam bahasa Cina, diterjemahkan kemudiannya. (merdekareview)
Kisah Adun Pelabuhan Kelang Yang Sakit Jiwa
RAHSIA BADRUL SIJENDOL UMNO YANG TIDAK PERNAH DIDEDAHKAN
Fakta yang perlu diwarta.
1. Cubaan pertama Badrul tidak bawa wang deposit semasa hari pencalonan dengan harapan PKR gagal bertanding.(Rupanya beliau ini sama spesis dengan calon PKR lawan Rahman Palil UMNO yang menang bertanding.
2. Semasa diumumkan kemenangan beliau, semua mencari rupanya beliau tidur kat rumah mungkin mengharap beliau akan kalah.(Harus beliau telah dibayar ..pasaltu boleh relaks tidur kat rumah)
3. Selepas dilantik jadi Adun beliau menghilangkan diri.
4. Selalu dilihat makan malam bersama orang UMNO.
5. Dapat surat memo MB pun tak jawab dan buak dek jer.
6. Tidak turun melihat pengundi dan menyediakan Pusat Khidmat Rakyat.
7. Awasi jika ada lagi wakil rakyat yang ada ciri seperti no. 1,2 dan 3.
Raja Petra Kamarudin
Buat pertama kali saya berjumpa dengan Badrul Hisham Abdullah adalah pada Februari 2008. Saya berjumpa dengannya kerana jemputan daripada Ronnie Liu. Ronnie Liu akan bertanding di DUN Pandamaran yang berada dibawah Kawasan Parlimen Port Kelang, manakala Badrul Hisham Abdullah juga bertanding di DUN Port Kelang yang bersebelahan dengan Pandamaran yang juga berada dibawah Kawasan Parlimen Port Kelang. Maka untuk memastikan Charles Santiago memenangi Kawasan Parlimen Port Kelang, kemenangan Ronnie Lie dan Badrul Hisham Abdullah adalah sangat penting.
Saya tidak risau dengan DUN Pandamaran kerana Ronnie telah berkerja kuat dan menghabiskan banyak masa untuk membina kubunya disana. Kami percaya Ronnie boleh memenangi kawasan itu tanpa sebarang masalah. Tapi Port Kelang merupakan perkara lain, adalah menjadi satu tugas yang susah untuk memenangi kawasan itu.
Pertama, siapa yang kenal Badrul Hisham Abdullah. Kedua, kawasan tersebut merupakan kubu kuat Barisan Nasional kerana penduduk Melayu dari Kampung Raja Uda telah mengundi UMNO sejak dari Merdeka lagi. Penduduk Kampung Raja Uda tidak pernah mengundi pembangkang dan Badrul Hisham Abdullah tidak mungkin akan memenangi kawasan itu melainkan penduduk kampung itu mengundinya.
Untuk memastikan kememangan Badrul Hisham Abdullah, Ronnie telah berkempen untuknya dan meminta saya supaya berjumpa dengan penduduk Kampung Raja Uda. Untuk memastikan kememangan Badrul Hisham Abdullah, kita harus mendapat undi Melayu dari Kampung Raja Uda kata Ronnie. Undi orang Cina dan India bukan masalah besar. Sekiranya kita tidak mendapat undi dari kalangan orang Melayu kerana orang Melayu merupakan majoriti disana, walaupun kita mendapat 100% sokongan daripada orang Cina dan India, itu tidak menolong. Bahkan kita tidak mungkin memenangi 100% undi daripada orang Cina dan India.
Ronnie telah mengadakan ceramah untuk saya di Kampung Raja Uda. Mesej saya kepada pengundi Melayu di Kampung Raka Uda adalah ringkas dan tepat pada mesej. Hujan lebat pada hari itu dan kesemua pengundi Melayu basah kuyup kerana hujan. Jadi adalah lebih baik saya berceramah tepat kepada mesej supaya mereka tidak perlu bermandikan hujan.
Pembangkang tidak pernah menang undi dari Melayu di Kampung Raja Uda sejak Merdeka lagi, saya kata. Melayu selalu mengundi parti pemerintah. Ini adalah kali pertama saya meminta pengundi Melayu untuk mengundi pembangkang, saya kata. Kampung ini, Kampung Raja Uda dinamakan sempena dengan nama Datuk saya iaitu Raja Tun Uda. Saya selalu bersinggah disini semasa Hari Raya pada waktu saya masih kecil lagi kerana saudara mara saya tinggal disini walaupun banyak yang telah berhijrah keluar dari sini.
Sekiranya pengundi Melayu disini masih memilih parti pemerintah dan bukannya pembangkang, saya mahu mereka supaya menukar nama Datuk saya dari nama kampung ini. Sebut saja apa nama janji bukan Kampung Raja Uda. Sekiranya parti pemerintah menang lagi di kawasan Kampung Raja Uda maka saya bersumpah saya tidak akan pijak lagi ke tanah kampung ini.
Ketika pada hari mengundi, Badrul Hisham Abdullah telah memenangi kerusi Port Kelang, buat pertama kali dalam sejarah, Kampung Raja Uda telah memilih pembangkang. Tetapi semasa pengumuman kememangan calon, Badrul Hisham Abdullah tidak kelihatan. Mereka bergegas ke rumahnya untuk memastikan sama ada dia berada di rumahnya atau tidak. Mereka mengetuk pintunya tapi nampaknya tidak sebarang balasan dari dalam. Mereka mengetuk lagi pintu lalu Badrul Hisham Abdullah yang kelihatan baru bangun dari tidur datang ke mereka. Dia tidur. Semasa pengiraan undi dibuat dia tidur di rumahnya pula.
Badrul nampaknya masih tidak sedar diri. Kamu menang, mereka memberitahunya. Cepat menukar pakaian dan pergi ke pusat kira undi sekarang. Mereka memerlukan anda untuk diisytiharkan anda sebagai pemenang.
Badrul diam. Cepat, tukar pakaian. Kamu menang. Kamu perlu pergi ke tempat kira undi sekarang.
Saya memang? Badrul tak percaya dengan apa yang dia dengar.
Ya, kamu menang, cepat, ikut kami. Anda perlu berada di sana.
Tanda-tanda yang aneh dengan orang ini jelas terbukti pada hari pencalonan lagi dan Ronnie telah memberitahu saya dia agak risau dengan orang ini. Dia pergi ke pusat penamaan calon tanpa membawa wang jadi tidak mungkin untuknya membayar deposit. Maka mereka telah bergegas untuk mengumpulkan wang untuknya supaya dia dapat dicalonkan.
Setelah Badrul telah dilantik sebagai ADUN, dia menghilangkan diri. Daripada menghabiskan masa bersama dengan ADUN dan MP Pakatan Rakyat, dia lebih suka untuk menghabiskan masa makan malamnya dengan oranh-orang UMNO dan menjauhkan diri dari kawannya di Pakatan Rakyat.
Saya pernah memberitahu Nik Nazmi, iaitu setiausaha politik kepada Menteri Besar, tentang masalah Badrul pada pertengahan 2008 lagi. Saya kata mungkin kita akan 'kehilangannya'. Dan sebenarnya kami memang kehilangannya beberapa hari selepas pilihan raya umum 8 Mac 2008.
Nik Nazmi mengatakan kepada saya bahawa mereka menyedari masalah ini. Tapi tiada apapun usaha dilakukan dan sekarang masalah telah datang kembali ke PKR dan Pakatan Rakyat.
Itu adalah kisah Abdullah Badrul Hisham, calon PKR untuk kerusi DUN Port Kelang dimana pada hari penamaan calon, dia tidak membawa wang untuk membayar depositnya, dan pulang ke rumahnya dan tidur sementara pengiraan undian sedang berjalan lancar, dan yang nyaris 'menyertai' UMNO beberapa hari selepas beliau memenangi pilihanraya.
Ketika pertama kali kami bertemu dengan Badrul, isteri saya kata, oh Tuhan, PKR tidak mempunyai calon lain untuk dipilih? Secara jujur, isteri saya kata, bahkan aku tidak akan memilih dia. Bagaimana pula kita mengharapkan masyarakat setempat untuk memilih dia?
Saya rasa anda mungkin calon yang jauh lebih baik jika dibandingkan dengan Badrul, aku memberitahu isteri saya.
Itu sangat menghina, jawab isteri saya. Kenapa anda membandingkan saya dengannya? Bahkan saya tidak percaya padanya walaupun untuk memotong rumput, apatah lagi meminta dia menjadi Wakil Rakyat saya.
Ya, itu adalah pendapat isteri saya. Dan Ronnie mengatakan kepada saya pada bulan March 2008 yang kita akan menghadapi sedikit masalah dengan Badrul. Kami percaya dia sudah melompat lebih daripada setahun yang lalu. Apa yang kami terkejut ialah hal ini telah mengambil masa yang begitu lama untuk terjadi. Dan apa yang paling mengejut ialah kenapa PKR tidak mengambil sebarang tindakan walaupun mengetahui semua ini?
Itu adalah kisah PKR. Dan ada banyak lagi orang-orang seperti Badrul Hisham Abdullah yang bersembunyi di PKR. Aku hanya bertanya-tanya bila akan terjadinya lagi perkara seperti kes Badrul.
PKR mula dilihat sebagai parti gurauan. Tetapi gurauan ini tidak melucukan. Kami telah berkempen dan meminta para pengundi supaya mempercayai kami untuk mengundi pembangkang. Saya juga turun ke padang secara peribadi untuk merayu para pengundi untuk mempercayai saya dan mengundi pembangkang. Adakah kita telah merosakkan kepercayaan itu? Adakah pengundi masih akan percaya pada saya lagi?
Itu yang saya hendak menyampaikan, itu adalah tragedi terbesar buat kita semua.
PAS Cawangan Bukit Sentosa 2
Harakah cuba berusaha nak jatuhkan integriti TG Nik Aziz ??
Click for enlarge.
Click for enlarge.Aik, kenapa 2 berita itu saling kontardik antara satu sama lain ?? Mana satu yang betul ?? Untuk pengetahuan tuan-tuan, section Fokus dicover oleh seorang editor. Manakala section Fikrah dicover oleh seorang editor yang berlainan. Kedua-dua berita diatas berada dalam satu section iatu section fokus. Nampak macam sengaja editor itu melepaskan kedua-dua berita itu.
Mari kita bayangkan or let us try to imagine, kita membaca Harakah dari kulit ke kulit. Kita mulakan dengan section Fokus, mukasurat pertama, ooo TG Hadi kata TG Nik Aziz tak perlu letak jawatan. Mukasurat kedua, ishh hampeh bajet aparteid. Mukasurat 7, derih cakap ahli PAS kena bijak tapis fitnah media. Belah la. Mukasurat 9, iklan tokguru.net. Mukasurat 15, ooo tok guru cakap ada rombongan Sabah Sarawak datang jumpa. Ooo mengadu pasal pemimpin PAS nak join UMNO. Bla bla bla. Mukasurat 28, Pesuruhjaya PAS Sabah nafi bawak rombongan, eh biar benar. Tok Guru menipu ke ?? Lihat, pandai tak editor tu memainkan minda pembaca Harakah. Dia berjaya menjatuhkan integriti TG Nik Aziz. Dalam pada yang sama menjatuhkan air muka TG Nik Aziz pada mata pembaca Harakah. Oh my god. Apa sudah jadi ?? Salah seorang ahli lembaga pengarah Harakah ialah Mustafa Ali. Adakah Mustafa Ali telah mengarahkan editornya untuk menjatuhkan integriti dan kredibiliti TG Nik Aziz sebab tidak puas hati dengan mesyuarat khas pada Rabu malam Khamis yang lalu ??
Ia tidak berhenti setakat itu sahaja. Ia berjangkit kepada paper Siasah. Tuan-tuan sedia maklum yang paper Siasah ini juga bawah kawalan Parti PAS. Lihat paper Siasah yang terbaru iaitu yang bertarikh 1 November 2009. Lihat tulisan Suhaimi Embong mengenai TG Nik Aziz.
30 October 2009
Apabila rahsia PAS dibocorkan ulama barua PAS.
Muhyiddin Sedia Salur Dana Kepada Katak Pelabuhan Kelang
Barisan Nasional (BN) sedia menimbang untuk membantu wakil-wakil rakyat Bebas yang menyokong parti itu dalam menjalankan tugas mereka bagi menjamin kepentingan rakyat tidak terjejas, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata BN sedia menimbang perkara tersebut sekiranya ada permintaan daripada wakil-wakil rakyat Bebas tersebut.
Ia bertujuan untuk membantu melicinkan tugas mereka demi menjaga kepentingan rakyat, katanya kepada para pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Pembangunan Kolej Marlborough di Iskandar Malaysia, di sebuah hotel di sini.
Ketika diminta menggulas mengenai Anggota Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah keluar dari Pakatan Keadilan Rakyat (PKR) dan mengisytiharkan dirinya wakil rakyat bebas yang menyokong BN, Muhyiddin berkata: "Kenyataan Badrul yang hilang kepercayaan terhadap kemampuan kepimpinan dan kewibawaan pemimpin PKR punca beliau berbuat demikian menandakan kepimpinan PKR semakin meruncing sekarang,"
Badrul Hisham membuat kenyataan tersebut di ibu negara semalam.
Muhyiddin berkata pengakuan Badrul Hisham itu mempunyai makna yang amat besar terhadap tahap kepimpinan pemimpin parti pembangkang itu sehingga mereka sendiri hilang keyakinan.
Mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kononnya Badrul Hisham tidak "kompeten" dalam menjalankan tugas sebagai wakil rakyat, Muhyiddin berkata ia hanyalah dalih Khalid bagi mengabui kenyataan kepimpinannya (Khalid) sendiri yang lemah.
Ketika diminta mengulas dakwaan kononnya BN merasuah Badrul Hisham supaya bertindak demikian, Timbalan Perdana Menteri berkata ia merupakan suatu tohmahan semata-mata kerana mahu menjadikan BN sebagai "kambing hitam" apabila parti pembangkang itu sendiri yang menghadapi masalah kepimpinan.BERNAMA
Nizar Desak Hishammuddin Dan Musa Letak Jawatan
Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meletakkan jawatan.
Menurutnya Hishammuddin dan Musa gagal menunaikan janji bagi memastikan keselamatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang bersindang di DUN termasuk ADUN Pakatan Rakyat terjamin.
Katanya, apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila polis bertindak kasar ke atas ADUN Pakatan Rakyat terutamanya Speaker Dewan, V. Sivakumar sehingga dicekik.
“Sebabnya dia berjanji bahawa anggota polis akan menjaga keselamatan seluruh Ahli Dewan Undangan Negeri termasuk Pakatan Rakyat di ipoh masa persidangan 28 hari bulan. Tetapi apa yang berlaku di tempat letak kereta itu adalah disebaliknya.
“Bukan hanya di tempat letak kereta bahkan di tempat hendak masuk Dwan Undangan Negeri pun kami dikasari sehingga YB Sivakumat dicekik dan dihimpit kumpulannya untuk merampas jubahnya sehinga koyak rabak,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan ganas polis terhadap ADUN Pakatan Rakyat 28 oktober lalu.
Polis bertindak ganas dengan mengasari ADUN Pakatan Rakyat bagi menghalang mereka memasuki Dewan.
Polis turut mengasari Speaker Dewan, V. Sivakumar dengan mencekik beliau bagi merampas jubah yang dipakainya mengakibatkan jubah berkenaan koyak rabak.
Nizar berkata, pihaknya mempunyai bukti berhubung tindakan ganas polis yang mencekik Sivakumar.
Katanya, institusi polis tercemar kerana diperalat Umno-Barisan Nasional.
“Saya minta apa yang dinyatakan polis akan menjaga keselamatan, polis tidak akan menggunakan kekasaran. Tetapi apa yang berlaku mereka terlalu kasar dengan kami.
Mereka cuba merampas jubah Sivakumar itu sebabnya saya menyatakan dia tidak pegang kepada apa yang dinyatakan, dia kena berhenti termasuk Ketua polis Negara sekali.
“Ini mencemarkan institusi polis setelah mereka diperalat Umno-Barisan Nasional, tiba-tiba apa yang dijanjikan tidak berlaku dan polis cukup kasar kepada kami. Kita boleh buktikan gambar di mana Sivakumar dicekik,” katanya.
Lembaga Disiplin Akan Mula Bersidang Esok
Lembaga Disiplin PAS mempunyai lima anggota termasuk ketuanya Datuk Tuan Ibrahim, seorang peguam, tokoh agama dan anggota veteran PAS. Lembaga Disiplin PAS telah diarahkan bersidang segera bagi menyiasat beberapa dakwaan kepada PAS Selangor. Datuk Tuan Ibrahim telah menerima beberapa dokumen yang disampaikan kepada beliau.
Lembaga Disiplin PAS akan bersidang buat pertama kalinya esok mulai jam 10.30 pagi selepas mendapat arahan menyelesaikan segera beberapa isu dalaman PAS, kata ketuanya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Namun, dimaklumkan bahawa, tidak akan ada sebarang sidang media atau kenyataan media berkaitan dengan hal ini sehinggalah keputusan diserahkan kepada Jawatankuasa Pusat, katanya.
"Kami akan bermesyuarat esok dan akan melihat dokumen-dokumen yang ada sebelum membuat apa-apa tindakan lanjut," kata Tuan Ibrahim kepada Harakahdaily.
Lembaga ini, katanya, mempunyai lima anggota termasuk beliau. Mereka terdiri dari peguam, tokoh agama dan anggota veteran PAS.
"Namun saya tidak bercadang untuk mendedahkan nama mereka," kata Tuan Ibrahim.
Lembaga Disiplin PAS telah diarahkan bersidang segera bagi menyiasat beberapa dakwaan kepada PAS Selangor.
Arahan ini dibuat oleh mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat baru-baru ini. Ia dimaklumkan kepada media oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang medianya kira-kira jam 1.00 pagi 29 Oktober semalam.
Selain Lembaga Disiplin diminta bersidang segera, PAS juga akan mengadakan satu seminar khas yang bakal disertai lebih 1,000 pemimpin parti di semua peringkat 7 November nanti.
Ia akan diadakan di Dewan Datuk Fadzil Noor, Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar. Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub diamanahkan untuk menguruskan seminar ini.
Turut diputuskan dalam mesyuarat khas itu adalah, isu kerajaan perpaduan telah ditutup dan tidak akan dibicarakan lagi.
Menurut Tuan Ibrahim, beliau telah menerima beberapa dokumen yang disampaikan kepada beliau.
"Ada yang sampai melalui Setiausaha Agung. Dan ada yang disampaikan kepada saya melalui presiden sendiri," katanya kepada Harakahdaily.
Menurutnya, lembaga ini akan meneliti segala dokumen itu apakah ia bertentangan dengan didiplin parti atau ia hanya ijtihad peribadi individu berkenaan sahaja.
Dari situ, katanya, lembaga ini akan membuat cadangan kepada Jawatankuasa PAS Pusat apakah bentuk tindakan yang akan diambil.
Harakahdaily
PKR Ternak Katak, Pas Ternak Mengkarung
Katak,
ADUN Behrang - Bekas Posmen, PKR.
ADUN Lunas - Bekas Posmen, PKR.
ADUN Cangkat Jering - Bekas Tentera yang kuat bodek jadi Pegawai jawatan Kuartermaster,PKR.
ADUN Port Kelang - Postmaster (posmen sikit atas!), PKR.
kesimpulan: Untuk masa depan PKR mesti elakkan letak calon background posmen dan askar peringkat bawah yang di commission jadi pegawai(kuat mengampu dan tak tetap pendirian).
Mengkarung ho ho! yang ni susah sikit! pakar tukar kaler!
Mustapa Ali - PAS (Background tak tau)
Harun Taib - Pemikir Hj Hadi, PAS.
Hassan Ali - Pakar Motivasi, PAS.
Nasharuddin Mat Isa - Pensyarah, PAS.
Ada lagi tapi belum bertukar sepenuhnya jadi mengkarung!
4 lawan 4. 1 kuat lompat dan 1 lagi tukar-tukar kaler!
PKR atau PAS mampuih pi! Aku cuma sokong Pakatan Rakyat!
kesimpulan: Untuk species mengkarung aku tak tau nak cakap apa-apa. Aku cakap kang blogger PAS marah plak!
TheCyberSniper
Di sebalik tabir mesyuarat PAS
Tindakan mengheret PAS Selangor ke depan jawatankuasa disiplinnya belum dapat meredakan konflik dalaman apabila komen-komen negatif berhubung perjalanan mesyuarat khas parti itu kelmarin mula tersebar.
Beberapa blog yang mengamat perkembangan PAS menggambarkan seolah-olah terdapat sesuatu yang tidak kena dalam mesyuarat panjang sehingga jam 1 pagi jawatankuasa pusat dan barisan pesuruhjaya negerinya.
Penulis politik Mohd Sayuti Omar berkata mesyuarat khas PAS itu memberikan fokus kepada exco kerajaan Selangor, yang juga pesuruhjaya PAS negeri Datuk Dr Hassan Ali.
Katanya, ada cadangan meminta Dr Hasan dipecat daripada jawatan mengetuai PAS negeri dan juga exco hal-ehwal Islam negeri itu.
"Alasannya kerana terlibat untuk mengadakan pakatan dengan Umno.
"Bagaimanapun (presiden PAS Datuk Seri) Abdul Hadi (Awang) dikatakan telah mempertahankan Dr Hassan dengan meminta agar tuduhan itu disiasat," tulisnya di blog peribadi Merah Tinta sejurus selepas tamat mesyuarat itu.
"Alasan Abdul Hadi, kalau ada tuduhan, penyiasatan perlu dilakukan.
"Sehubungan itu jawatankuasa disiplin PAS yang diketuai (Datuk) Tuan Ibrahim Tuan Man akan menjalankan siasatan ke atas Dr Hassan bersama ahli jawatankuasanya."
Sementara blog Malaysian Waves pula mendakwa 75 peratus ahli mesyuarat pada malam itu mahukan Dr Hassan digugurkan daripada jawatan pesuruhjaya PAS Selangor.
"Namun, permintaan majoriti ahli jawatankuasa pusat PAS ditolak begitu sahaja dan dibuat pengumuman bahawa keseluruhan PAS Selangor akan dihadapkan ke jawatankuasa disiplin," tulis Tulang Besi, penulis blog yang sering mendedahkan konflik dalaman parti.
"Keputusan yang diumumkan oleh Tuan Guru Presiden malam tadi bukan keputusan yang dipersetujui oleh para ahli jawatankuasa pusat PAS.
"75 peratus daripada keseluruhan ahli jawatankuasa yang hadir bercakap dan hanya Cikgu Pa (setiausaha agung, Datuk Mustafa Ali) serta Datuk Abu Bakar Chik sahaja yang menyokong Dr Hassan.
"Yang lebih menyedihkan apabila Tok Guru (mursyidul am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) yang membentangkan tulisan beliau dalam blog beliau jelas tidak mahu berganjak daripada apa yang dituliskan oleh beliau.
"Yakni, jelas beliau mahu ketiga-tiga yang dinamakan dalam blog beliau dibuang."
Selain Dr Hassan dan Mustafa, Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa juga disebut di Blog Tok Guru yang dianggap antara "beberapa kerat pemimpin bermasalah "
Malaysiakini sedang mendapat penjelasan daripada beberapa sumber dalaman PAS berhubung dakwaan-dakwaan di blog tersebut.
Tunjuk ajar atau kurang ajar
PAS betoi betoi glamer giler sekarang ni. Dan terima kasih pada TG Nik Aziz yang secara tetiba mengglamerkan lagi dua tiga kerat tokoh dalam PAS terutamanya Dr. Hassan Ali.
Kilauan cahaya glamer depa tu di gilapkan lagi oleh keputusan dari mesyuarat khas yang lalu yang langsung tak nampak menolong menyelesaikan masalah. Bisik bisik malah ada yang melaung sakan akibat ketidakpuasan hati mereka terhadap keputusan tiada EGM tetapi hanya sekadar berseminar. Pemimpin yang bermasaalah kenapa ahli yang nak diseminarkan. Ahh.. aku peduli apa, aku bukannya pendokong PAS, PKR atau DAP tapi pendokong Pakatan Rakyat.. ngeee..
Mungkin rasa agak rimas dan meloya dengan apa yang dia nampak, seorang ahli parlimen dari DAP hari ini bersuara sekaligus secara terang terangan meletakkan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali sebagai punca utama ketidak tenteraman kerajaan PR di Selangor ini.
Apa yang mungkin Sdr Teo Nie Ching maksudkan ialah, kalau seorang pemimpin saja yang bermasaalah kenapa satu organisasi negeri yang didera dan diseret ke JK disiplin parti. Sedangkan DAP tidak langsung bermasaalah dengan lain lain pimpinan PAS negeri Selangor.
Aku rasa organisasi rakyat seperti Pakatan Rakyat ini jelasnya siapa pun ada hak untuk bersuara. Kebebasan bersuara adalah suatu dari tunggak perjuangan kita mendaulatkan suara rakyat. Tapi bersuara pun patut padan la. Takkan sampai dalam kelambu pun hang nak kacau. Depa dah pakat pakat nak settle ikut saluran JK disiplin nak buat camana.
Kalau ikutkan hati, aku pun rasa semak gak. Janganlah tunjuk ajar kita disalah baca sebagai kurang ajar.
shalehudin
Siapa aku & kenapa aku belasah pemimpin PAS?
Masa aku kecik lagi, mak dan bapa aku adalah penyokong kuat PAS. Kampung kami masa tu, majority penduduknya Umno. Kiranya, kalau ambik pisau motong getah dan toreh tangan depa, for sure keluar darah warna biru pekat BN punya. Keluarga aku adalah termasuk dalam kumpulan minority penyokong tegar PAS. Tapi aku bangga, sebab selalunya waktu masa penyampaian hadiah di sekolah, anak orang Umno selalu kantoi dan anak-anak orang PAS termasuk aku, selalu dapat hadiah…No. 1 dalam kelaslah, kerajinan lah dan macam-macam lagi.
Aku masih ingat, waktu tu aku pernah kena kutuk kaw-kaw punye sebab sokong PAS. Woii…umur aku masa tu baru 9 atau 10 tahun, aku dah sokong PAS. Kawan aku ejek, dia kata hang sokong PAS…hang tau tak…PAS tu Parti Angkatan Syaitan! Woiiii…sejak kecik aku dah kena belasah ngan member sebab sokong PAS…aku tak tau lah orang lain…
Bila aku besar, aku tak puas hati jika hanya menyokong membabi buta. Aku pun joint kuliah agama di markaz PAS, lepas tu associate diri dengan jamaah dan ikut usrah dan akhirnya aku dilantik menjadi AJK – sama ada di peringkat cawangan mahu pun kawasan. Bahkan aku yakin, nama aku akan disenaraikan ke peringkat lebih tinggi satu masa nanti, mungkin aku jadi AJK lujnah negeri dan sebagainya. Tapi aku berpindah kawasan, ke luar negeri dan akhirnya aku jadi slow sikit.
Aku ambik keputusan joint PAS setelah aku puas hati dengan pelbagai persoalan. Pertama, kenapa PAS ditubuhkan? Kedua, apa dasar PAS? Ketiga, apa matlamat PAS? Maknanya, aku bukan main sain borang PAS kerana ikut-ikut, tapi aku dah studi dulu. Aku bukak buku, baca buku tentang jamaah Islam, baca Perlembagaan PAS, baca seerah nabi dan macam-macam, lepas tu buat discussion dan akhirnya baru aku bai’ah diri aku masuk PAS. Woi…aku dah bai’ah bersama PAS…tapi aku tak bai’ah bersama Hj Hadi atau TGNA…sapa-sapa jadi pemimpin aku follow selagi depa tak seleweng.
Bila aku dah bai’ah bersama PAS, aku makin dalamkan ilmu tentang jamaah. Dua jilid buku seerah yang Hj Hadi karang aku baca dan hadamkan, buku-buku yang Hj Hadi tulis, Harun Taib tulis, allahyarham Ust Fadzil tulis, TGNA tulis dan ramai lagi yang dikarang oleh ulama haraki…aku baca dan baca. Aku tak nak ikut sebab emosi, sebab simpati atau sebab-sebab lain…tapi sebabnya Islam. Aku tau ada hadis nabi yang menyuruh kita berpegang dengan jemaah Islam…talzamu biljamaatin wa-ima-mahum…ini hadis riwayat Huzaifah al-Yaman…sama macam nama aku…he…he…bangga sat hati aku…dan aku pegang sungguh-sungguh hingga la ni…
Soalan aku:
1. Sesetengah pemimpin PAS hari ini, khususnya yang BERMASALAH…depa ni faham ka erti menggabungkan diri dengan jamaah a.k.a PAS?
2. Apakah niat dan maksud depa ni masuk PAS?
3. Apakah depa ni sudah ditarbiyyah hingga layak memegang jawatan tertinggi seperti PJ negeri?
4. Adakah PAS hari ini benar-benar berjalan sebagai sebuah jemaah Islam?
5. Adakah salah kita menegur kepimpinan Islam?
Wallahua’lam!
Oleh: Huzaifah Ahmad Yamani
Nasharudin Cuba Memperbodohkan Penyokong Atau Diri Sendiri?
Nasharudin nafi beliau pemimpin Pas bermasalah
Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa semalam menafikan beliau seorang pemimpin 'bermasalah' seperti yang didakwa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Katanya jika beliau seorang pemimpin bermasalah sudah tentu perwakilan tidak akan memilih beliau dan majoriti yang diperolehnya pada Muktamar Tahunan PAS ke-55 pada Jun lepas menunjukkan sebaliknya.
Nasharuddin, yang terkejut kerana namanya turut disebut oleh Menteri Besar Kelantan itu, bagaimanapun berkata ini adalah amalan biasa bagi pemimpin atasan untuk memberi nasihat kepada anggotanya.
"Cara kami bekerja dalam PAS ialah terutamanya pemimpin atasan lebihlebih lagi beliau (Nik Aziz) sebagai pemimpin berpengaruh sentiasa memberi nasihat kepada kami.
"Beliau juga sentiasa mengingatkan kami mengenai sebarang isu dan apa sahaja tetapi dalam kes ini teguran itu datang menerusi blog (Tok Guru)," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, semalam.
Penafian itu merupakan kenyataan sulung Nasharuddin sejak Nik Aziz menamakan beliau sebagai antara "dua tiga kerat pemimpin yang bermasalah" dan mencadangkan parti itu mengadakan satu Muktamar Agung Khas (EGM) bagi menentukan kedudukan pemimpin-pemimpin itu.
Jumaat lepas, Nik Abdul Aziz dalam blognya, www.blogtokguru.com mencadangkan supaya EGM diadakan bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin dalam parti itu termasuk menyebut nama Nasharuddin, Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Datuk Dr Hassan Ali yang merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor.
Nik Aziz mendakwa perlunya ada perubahan dalam "pemainpemain utama" yang menduduki kerusi kepimpinan PAS di peringkat pusat ini kerana masih berterusan dengan isu kerjasama dengan Umno bagi membentuk kerajaan perpaduan.
Nasharuddin, bagaimanapun berkata Nik Aziz telah memperjelaskan apa yang dimaksudkannya dalam tulisan berkenaan kepada Jawatankuasa PAS Pusat semalam, dan jawatankuasa itu telah membuat keputusan tidak mengadakan EGM sebaliknya digantikan dengan Seminar Politik.
Jawatankuasa PAS Pusat yang bermesyuarat lebih empat jam semalam sebulat suara memutuskan Muktamar Agung Khas (EGM) tidak akan diadakan, dan sebaliknya akan digantikan dengan seminar politik pada 7 Nov ini.
Selain itu, keputusan yang diumumkan Presiden parti itu turut mengarahkan jawatankuasa disiplin parti menyiasat PAS Selangor berhubung isu-isu yang dibangkitkan oleh Pesuruhjaya PAS negeri itu. BERNAMA
Polis Berbohong Bila Mendakwa Tiada Kekasaran - Nizar
Pakatan Rakyat Perak menyelar penafian yang dibuat ketua polis negeri itu yang mendakwa anggota keselamatan mereka tidak melakukan sebarang halangan dan kekasaran kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan.
Menteri Besar Pakatan Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada satu sidang media di lobi parlimen siang tadi berkata, penafian oleh mana-mana pihak berhubung berlakunya kekasaran dan halangan terhadap Adun pakatan adalah satu penafian bohong.
Menurutnya, kesemua Adun Pakatan semalam di halang dan ada di antara mereka dikasari sewaktu ingin menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) tersebut.
"Kalaulah dinafikan oleh ketua polis Perak, ketua polis negara mahupun menteri dalam negeri, ini satu pembohongan," katanya.
Pihak polis dakwanya telah melanggar peraturan Panel Kod 124 Kanun Keseksaan kerana telah menghalang ADUN dari melaksanakan tugasan menghadiri sidang Dun.
Menceritakan kembali pengalaman mereka menghadiri Sidang Dun Perak semalam, beliau memberitahu kesemua Adun pakatan berdepan sekatan pihak polis di lima tempat iaitu tiga sebelum masuk ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak, dan dua sebelum masuk ke dewan persidangan.
"Kami disekat dengan lima 'check point' (pemeriksaan), di setiap check point itu kami hanya dibenar masuk seorang demi seorang.
"Keadaan itu sengaja dibuat supaya kami tidak masuk (dewan persidangan) sebelum pukul 10," katanya yang juga Adun Pasir Panjang.
Selepas memasuki pagar bangunan SUK, kesemua Adun Pakatan katanya ditolak ke kawasan letak kereta di bawah bangunan tersebut.
Jelasnya, tindakan tersebut bagi menghalang oarang ramai dan pihak media melihat kekasan yang mereka lakukan kepada Adun pakatan.
"Mereka menolak kami ke kawasan parking kereta supaya tidak dilihat umum.
"Di situlah mereka menjalankan 'operasi' mencekik sivakumar," ceritanya lagi.
(Gambar: Ngeh Ko Ham menunjukkan aksi bagaimana speaker Pakatan Perak, V.Sivakumar di cekik)
Apa yang diketahui rakyat berhubung insiden semalam katanya, hanya antara secebis yang berlaku yang sempat dirakam oleh petugas media, malah masih banyak kekasaran lain diperlakukan kepada mereka khususnya kepada Speaker, V Sivakumar sebelum memasuki dewan persidangan.
"Saya lihat seorang anggota polis, ASP Bala nama dia, merampas songkok speaker Sivakumar di hadapan kami," katanya lagi.
Beliau juga mendakwa selain dicekik, Sivakumar turut dihentak diperut.
Selain itu, pelbagai tekanan lagi dilakukan kepada Adun pakatan termasuk dipaksa menggunakan laluan tangga kerana lif ke dewan persidangan diberhentikan, komputer riba dan kamera dirampas dan kesemua pintu masuk ke dewan dikunci dengan hanya satu laluan dibuka.
Kehadiran ratusan anggota polis mengawal bangunan SUK itu juga di ibarat Ipoh seperti berada dalam 'zon perang'.
Jelasnya jalan-jalan menuju ke bangunan tersebut yang ditutup, berpuluh trak polis dan simpanan persekutuan FRU merintangi pintu masuk ke bangunan SUK serta notis larangan berada di dalam kawasan 50 meter dari kawasan bangunan SUK seolah-olah wujud ancaman besar terhadap ibu negeri itu.
Ketua Polis Perak Datuk Zulkefli Abdullah semalam menafikan anggota keselamatan mereka melakukan kekasaran dan menghalang Adun Pakatan Rakyat memasuki Bangunan SUK untuk menghadiri sidang.
Beliau turut menolak dakwaan yang mengatakan speaker yang juga Adun Tronoh V.Sivakumar dikasari sehingga menyebabkan jubah yang dipakainya terkoyak.
Hadir sama pada sidang media tersebut, Adun Pantai remis, Nga Kor Meng dan Adun Setiawan Ngeh Ko Ham.
Semalam, Adun Pakatan memberitahu selain Sivakumar, sekurang kurangnya dua lagi dikasari pihak polis termasuk Nga Kor Meng di mana alat sulitnya dipegang manakala seorang lagi Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai diseret di lantai.
Dalam persidangan berasingan semalam, Pakatan Rakyat telah meluluskan dua usul dan satu usul tergempar.
Usul tergempar adalah rakaman takziah kepada mangsa tragedi program 1Malaysia di Kuala Dipang dan semua kem program latihan khidmat negara dan program luaran lain digantung sehingga siasatan kes tersebut selesai.
Dua usul lagi adalah bersetuju melantik bekas pengerusi PKR Perak, Osman Abdul Rahman sebagai senator dan merakam penghargaan terhadap laporan Ketua Audit Negara, sewaktu pentadbiran Pakatan pada tahun 2008. _ Hrkh
Nasharudin Juga Mesti Dihadapkan Ke J/Kuasa Disiplin Pas
Al Banjari telah mengesahkan perkataan-perkataan ini diungkapkan oleh Hasan Ali dan Nasaruddin semasa perjumpaan dalam Gelap dengan blogger2 UMNO. Perkataan2 tersebut adalah jelas satu penghinaan dan fitnah kepada PAS dan juga kepada beberapa orang kepimpinan PAS lebih-lebih lagi dihadapan blogger yang menjadi musuh tradisi PAS.
Perkataan2 yang disahkan oleh AlBanjari adalah:
Laporan beliau adalah:
a. Isu kerajaan Perpaduan antara Pas dan Umno ini sebenarnya telah di
bincangkan oleh seluruh pimpinan atasan Pas. Nik Ajis tiada dalam
perbincangan ini.
b.Seluruh Pimpinan Pas lah yang mencadangkan idea Kerajaan Perpaduan ini.
Di ketuai oleh Haji Hadi sebagai Presiden dan seluruh majlis tertinggi
Pas.
c.Hussam memainkan peranan yang besar dalam membawa agenda Anwar meresap
dalam politik Pas.
http://politikbanjar.blogspot.com/2009/10/bongkar-artikel-gomo-yang-dipertikaikan.html
Dan bukti rakaman sessi itu telah pun diserahkan oleh Al Banjari kepada KEtua JK Disiplin, Tuan Ibrahim Tuan Man pada hari ini mengikut pengakuan Al Banjari sendiri.
http://politikbanjar.blogspot.com/2009/10/isu-pita-rakaman-berakhir.html
Ini bererti Timbalan Presiden PAS sendiri terlibat dalam aktiviti subversif untuk memfitnah pimpinan PAS dan juga berkempen untuk Kerajaan Perpaduan.
Dan bukti yang diberikan oleh Al Banjari itu sudah tentu cukup untuk memastikan tindakan disiplin dikenakan ke atas Timbalan Presiden PAS.
Saya sebagai ahli PAS dengan nombor Ahli 253812 dari Kawasan Lembah Pantai dan dengan Tarikh Daftar pada 09/09/1987 membuat laporan rasmi kepada JK Disiplin PAS Pusat bahawa Timbalan Presiden PAS harus dihadapkan dihadapan prosiding Jawatankuasa Disiplin atas tuduhan:
a. Memfitnah sesama pimpinan PAS
b. Melakukan aktiviti2 subversif yang berlawanan dengan keputusan Muktamar di Ipoh dan Shah Alam
c. Mendedahkan rahsia parti kepada blogger2 UMNO yang jelas musuh kepada PAS
d. Melakukan aktiviti yang merugikan Parti dan menguntungkan UMNO
Wallahualam
Tulang Besi
Berundurlah Hassan Ali.. Berhentilah Dari Terus Merosakkan Pas
Mesyuarat khas PAS yang telah diadakan semalam telah mengambil 3 keputusan yang dikatakan dibuat secara sebulat suara.
Pertama:
PAS akan tetap komited bersama Pakatan Rakyat dan akan memainkan peranan lebih aktif dalam usaha untuk memantap dan memperkukuh Pakatan Rakyat
Kedua:
Jawatankuasa disiplin parti yang diketuai oleh Tuan Ibrahim Tuan Man akan menyiasat PAS Selangor atas semua tuduhan-tuduhan yang membabitkan permasalan PAS dalam Pakatan Rakyat Selangor.
Ketiga:
Satu seminar politik akan diadakan bagi menggantikan EGM seperti yang disarankan oleh TG Nik Aziz. Ia akan disertai oleh semua perwakilan dari seluruh negara yang dijangka akan diadakan pada 7 November depan. Ia bertujuan bagi mengeratkan hubungan ahli sesama pemimpin PAS serta mendidik semua ahli ke arah memperkukuh Pakatan Rakyat.
Daripada 3 resolusi yang telah dicapai, hari ini aku nak sentuh tentang resolusi yang kedua. Mengapa?? Sebab kebanyakan masalah yang timbul ialah masalah yang berpunca daripada tindak tanduk PAS Selangor yang diketuai oleh PJnya iaitu Hassan Ali.
Persoalannya adalah mengapa baru sekarang keputusan diambil untuk menyiasat semua dakwaan serta pertuduhan ke atas PAS Selangor khususnya Hassan Ali. Yalah… setelah TG Nik Aziz bersuara baru nak bertindak? Apakah pucuk pimpinan PAS tidak peka akan luahan hati akar umbi serta keluhan rakan-rakan mereka dalam Pakatan Rakyat terhadap tindak tanduk PJ PAS Selangor.
Terang lagi bersuluh, apa yang dilakukan oleh Hassan Ali bertentangan dengan semangat setiakawan Pakatan Rakyat. Tak payahlah diterangkan satu persatu, apa tindak tanduk sumbang yang Hassan Ali dah buat. Bak kata TG Hj Hadi, bacalah sendiri akhbar. Semuanya ada terpampang di dalam akhbar.
Aha… tau pun yang Satu Malaysia dah tahu masalah yang ditimbulkan Hassan Ali. Jadi mengapa tindakan tidak diambil dari dulu lagi? Bukankah Jawatankuasa Disiplin PAS ini sudah lama wujud. Kenapa setelah dijolok secara kuat oleh TG Nik Aziz baru nak bertindak?
Ini menunjukkan pucuk pimpinan PAS tidak pandai mengurus masalah sehingga masalah tersebut telah memberi kesan dan persepsi negatif pada imej PAS dan prestasi Pakatan Rakyat terjejas teruk. Rakyat terutama pengikut dan penyokong PAS mempunyai persepsi bahawa apa yang Hassan Ali buat, mendapat restu daripada pucuk pimpinan PAS Pusat. Kata orang Melayu… diam itu tanda setuju.
Umum…, khasnya yang non-muslim, melihat semua ini dengan perasaan jelek dan mula rasa curiga terhadap keikhlasan PAS yang mendokong slogan PAS For All. Apakah PAS masih istiqamah dengan semangat setiakawan dan kerjasama untuk berjuang bersama-sama Pakatan Rakyat bagi menumbangkan regim UBN. Atau…, itu hanya tinggal omong-omong kosong?
PAS Selangor telah menyusahkan kerajaan Pakatan Rakyat, yang dianggotainya, di negeri sendiri dan PAS Pusat pula, dilihat tidak pandai mengurus dan menangani masalah, hasil kerja tangan orang mereka. Itulah ironiknya, bagaimana PJ PAS Selangor yang menjadi sebahagian daripada kerajaan Pakatan Rakyat boleh bertindak menikam rakan sendiri.
Apakah dia cuba menunjukkan imej yang kononnya dia islamik sangat atau cuba hendak menengak dan mempertahankan Islam? Bukan tak boleh, tapi tunggulah dulu tumingnya agar tepat. Buatlah dengan cara yang lebih berhemah. Di sinilah, Hassan Ali yang ada PHD, kelihatan bodoh dalam membuat tindakan. Dia mengaku dirinya sebagai pakar motivasi tetapi pakar motivasi yang tak tahu strategi. Kalaulah skil motivasinya dan strategi ini berjalan seiring…. alangkah cantiknya.
Sepatutnya, dia menyerlahkan kesederhaan dalam Islam, tetapi malangnya, dia bertindak sebaliknya. Tindak tanduknya telah menimbulkan rasa ngeri non-musim terhadap Islam. Apakah kita mahu PAS dilihat sebagai parti Islam yang ekstrim? Dan… itulah yang telah berjaya dilakukan oleh PJ PAS Selangor, Hassan Ali.
Kesannya, PAS dan Pakatan Rakyat telah menerima tamparan hebat apabila golongan non-muslim yang dulunya berdoyon-doyon menyokong kita, kini mula menjauhkan diri. Apakah mereka merajuk, sudah jelak dan serik dengan sikap hipokrit pemimpin PAS khususnya di Selangor.
Mereka rasa diperdaya…. mereka rasa dipergunakan!!! Mereka hanya diperlukan ketika para pemimpin ini, mahu merebut kuasa. Selepas PAS mendapat kuasa, para pemimpinnya mula besar kepala dan tunjuk belang serta tunjuk kuasa. Mereka mula tamak kuasa sehingga sanggup mengkhianati rakyat yang menaikkan mereka ke puncak kuasa. Malah, mereka juga sanggup mengkhianati janji serta kerjasama yang telah bentuk hasil persetujuan bersama.
Inilah bukti yang Hassan Ali gagal sebagai seorang pemimpin yang tidak bijak berpolitik terutama dalam mengharungi politik yang bermasyarakat plural. Oleh itu, jangan haraplah untuk meraih kemenangan sekira masih dipilih sebagai calon pada PRU 13 nanti. Tak sudi dan tak sior rakyat bukan-Melayu… non-muslim nak mengundi kamu!!
Setelah serangan demi serangan dibuat oleh Hassan Ali, imej kerajaan Pakatan Rakyat Selangor seolah-olah telah dicederakan. Apabila sudah cedera, maka mudahlah bagi UBN untuk mensasarkan topedo mereka untuk menyerang kita. Dan itulah yang berlaku sekarang. Apa yang dilakukan oleh Hassan Ali adalah serius. Lantaran itu, tindakan tegas perlu diambil ke atasnya. Tapi, apa yang PAS Pusat dan JK Disiplin buat??
Sepatutnya, Jawatankuasa Disiplin PAS, awal-awal lagi mengambil tindakan terhadap Hassan Ali tetapi ia gagal memainkan peranannya. Macam pahat dengan penukul. Dah kena katuk, baru lah nak bertindak. Tak proaktif lansung!!
Sekarang, kita tunggu dan lihat, apakah tindakan yang akan diambil ke atas PAS Selangor dan orang yang bertanggungjawab mencetuskan kontroversi-kontroversi tersebut?? Sekiranya masalah ini tak ditangani dengan bijak, Hassan Ali, sekiranya dipilih menjadi calon dalam PRU 13 nanti, pasti akan kecundang. Tak sior non-muslim mengundi dia!!
Nasib yang sama akan menimpa para pemimpin PAS yang lain, walaupun mereka tak bersalah, malah komited dengan janji perjuangan Pakatan Rakyat. Kerana nila setitik, habis susu satu belanga akan dicampakkan. Apakah ini yang para pemimpin atasan PAS mahukan??
Sebab itu, sebelum ini berlaku, dua tiga kerat yang bermasalah ini patut kita humbankan jauh-jauh. Mereka ialah liabiliti yang akan menjadi mimpi ngeri bagi PAS/Pakatan Rakyat.
Kepada Hassan Ali… jika ada maruah, bertanggungjawablah terhadap kerosakan yang telah dibuat ke atas imej PAS dan bebanan masalah yang telah diletakkan ke bahu kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Kamu boleh meringankan bebanan ini dengan berundur secara terhormat. Dengan cara itu anda akan lebih dihormati. Saranan ini juga ditujukan kepada mereka yang sewaktu dengannya.
Jangan lagi jadi liabiliti… undur dan pergi!!!
Mat Saman Kati
29 October 2009
Pesakit Mental Pun Umno Terima Juga? Dah Macam Tong Sampah..

Ikut cerita sahabat teman yang sekampung dengan Badrul ni, YB ni bukan betul sangat.
Malah semasa kempen di PRU tahun lepas, dia nak ceramah perkenalkan diri pun failed!
Nampaknya PKR sekali lagi terkesan dengan YB-YB mereka yang sengaja menunjukkan betapa tidak amanahnya mereka kepada rakyat yang mengundi!
Khir Toyo berkata, Umno sedia menerima Badrul untuk menyertainya.
Tan Sri Khalid Ibrahim dalam respon segeranya berkata, Umno boleh ambil Badrul sebagai wakil rakyatnya jika mereka mahu sangat. Namun Khalid mendesak, Badrul mesti bertanggungjawab kepada rakyat kawasan Perlabuhan Klang yang diwakilinya.
Pagi tadi, Badrul Hisham dicadangkan Pengerusi PKR Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar meletakkan jawatan.
Tindakan ini diambil selepas hampir setahun proses membetulkan keadaan dibuat namun terbuktinya ianya gagal dan sikap Adun berkenaan tidak berubah.
Menurut kenyataan pejabat MB, kerajaan Selangor prihatin terhadap aduan penduduk di Pelabuhan Klang mengenai ketidakupayaan Badrul Hisham menjalankan kewajipan beliau sebagai wakil rakyat.
"Sejak surat tunjuk sebab dikeluarkan kepada beliau pada 20 Ogos 2009. Beliau tidak mengambil sebarang langkah untuk memperbaiki prestasi kerja beliau.
"Dalam surat jawapannya. Badrul Hisham telah menyatakan kesudian untuk berjumpa dengan pimpinan negeri dan parti..
"Namun demikian beliau masih enggan berjumpa dengan pimpinan kerajaan negeri ataupun parti, menjawab panggilan telefon dan SMS, serta membuka semula Pusat Khidmat beliau untuk penduduk Pelabuhan Klang," kata kenyataan tersebut.
"Kerajaan Negeri tidak akan bertolak ansur dengan pemimpin yang tidak bertanggungjawab kerana mereka ini hanya akan menggagalkan usaha kerajaan negeri dalam meningkatkan taraf ekonomi dan sosial rakyat," kata kenyataan itu lagi.
HarakahDaily.
Blogger UMNO Mula Berpeluh Ketiak
Al Kisah blogger2 UMNO yang dijemput ke program anjuran Roslan SMS di rumah Dato Hasan sudah mula berpeluh ketiak. Mereka mula menulis beberapa penafian kononnya mereka dijemput oleh orang itu dan ini.
Mahaguru59 telah menafikan yang Akramsyah Sanusi dijemput oleh Roslan SMS. Dia kata:
“Turut hadir bersama saya pada malam itu adalah Saudara Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, seorang ahli Muslim Bloggers Alliance.
Saya lah yang memanjangkan jemputan kepada beliau diatas permintaan Saudara Roslan SMS untuk saya menjemput sama ahli ahli MBA.
Tidak timbul soal bahawa Akhramsyah adalah Ketua Pemuda Cawangan UMNO Bendang Baru, Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman.
Bukannya Roslan SMS atau Dato Dr Hassan Ali yang menjemput Akhramsyah secara terus.
Mereka tidak bersalah diatas jemputan itu. Harap jelas tentang perkara ini. Takkan Dato Dr Hassan Ali atau Roslan SMS nak menghalau tetamu blogger yang hadir? Jemputan terbuka!”
Dia lupa bahawa kehadiran dia sendiri DIPERSOALKAN juga. Tak kira la sapa dia jemput, tapi kehadiran orang yang pernah mendoakan Tok Guru Nik Aziz mati cepat seperti Mahaguru59 menunjukkan kepada kita bahawa majlis tersebut adalah majlis yang amat hina disisi semua ahli PAS.
Oleh kerana Mahaguru59 itu sudah “kotor”, maka secara otomatik dia akan jemput orang-orang yang kotor juga.
Kalau Roslan SMS dan penganjur program ni berfikir pasal PAS dan mahu menguatkan PAS sudah tentu dia tak jemput orang macam Mahaguru58 ni. Saya petik komen dari seorang pembaca saya bernama Nizam Mahmud:
"Nizam Mahmud said...
saudara,
satu artikel dari mahaguru bodoh nie yang betul2 menyentuh hati saya.
saya bukan nya penyokong PAS pun. tapi sifat kurang ajar mamak yang mengaku membela melayu nie memang terserlah sangat.
saya ambik dari artikel dia tanpa kebenaran mamak tua ni;
http://mahaguru58.blogspot.com/2009/03/perpaduan-ummah-malaysia-apa-yang.html
dia kata:
Saya kira hanya bilamana jendalu ini sudah kembali ke sisi Allah Azza Wa Jalla, baru akan ada ruang dan peluang untuk UMNO dan PAS kembali bertaut rapat, sehati sejiwa dan sepasukan menjulang Daulah Islamiyyah.
Bersama samalah kita doakan saat tibanya hari bahagia itu nanti.
Mamak nie doa kan Ustaz Nik Aziz mati!
Lepas tue, tak cukup lagi, dalam ruangan komen:
Bagi saya, tak lama lagi akan kita mendengar berita kepulangan sipolan bin sipolan yang menghalang perpaduan antara ummah.
Bilamana saat itu menjelang tiba, fajar baru akan menyingsing dibumi bertuah ini.
Percayalah.
Tidak tertongkat dek langit; tidak kan kekal makhluk yang hanya bersifat sementara.
Yang konon beraja dimata akan padam jua dan yang mengganggap diri sempurna kan punah jua.
Bersama sama lah kita menanti kabarnya.
Insya Allah!
KOMEN SAYA
Saya bukan penyokong PAS. Tapi saya hormatkan Nik Aziz kerana dia antara MB yang dari dulu hidup dengan amat sederhana, malah rumah saya lagi besar dari rumah dia.
Ada kala nya saya juga tidak bersetuju dengan beberapa pendapat beliau tetapi bagi saya itu lumrah lah. Tak kan semua orang satu pendapat.
Tapi saya dan ramai lagi menganggap bahawa Nik Aziz merupakan tokoh Melayu yang menyerlah dan hebat. Dari segi perawakan dan juga contoh2 pentadbiran yang dikagumi.
Saya bukan penyokong Nik Aziz tapi saya amat marah, muak dan meluat dengan Mamak tua yang kurang ajar. Hanya kerana berbeza pendirian dia doakan orang yang baik mati.
Saya baca bahawa Mamak bodoh nie adalah Presiden untuk Muslim Bloggers Alliance. Inikan sikap Presiden kepada sebuah pertubuhan Islam?
Bila selisih pendapat, doa orang tue mati?
Sedangkan Nabi tak doakan orang Taif yang lontar batu dekat baginda sampai luka supaya mati cepat, malah di doakan agar keturunan dari orang Taif jadi orang yang beriman!
Saya ada satu ayat untuk mamak tua yang mengaku mahaguru nie, KURANG AJAR dan CELAKA! Mak engkau nie tak pernah ajar engkau adab sopan ker? Bodoh mamak india tapi tak malu mengaku sebagai pembela Melayu.
Dan saya mengaku saya bukan orang Islam yang baik, amat jauh dari beza dari Nik Aziz.
Oleh itu, atas keceluparan dan kurang ajar mamak tua tue, dengan ini saya juga nak kurang ajar dan saya doakan dia yang mati dulu sebelum Nik Aziz.
Ya Allah, kabulkan hajat hamba mu ini!
Amin!"
Si Mahaguru58 ni dok ulang fitnah UMNO kepada PAS. Misalnya, dia kata PAS dulu kafirkan UMNO sebab kerjasama dengan orang kafir, padahal skrg PAS kerjasama dengan DAP.
Mahaguru58 yang bengap ni tak sedar, mana pernah PAS kafirkan UMNO. Ini semua fitnah UMNO sebab kalau PAS pernah mengkafirkan UMNO, nescaya PAS sudah lama didakwa dalam Mahkamah Syariah.
Jadi soalnya sekarang, MENGAPA JEMPUT BLOGGER yang TELAH BERSIKAP KURANG AJAR dan BIADAP kepada Mursyidul AM PAS?
Dengan Roslan SMS menjemput si Mahaguru58 yang jahat ini, bererti Roslan SMS telah MENGHINA Tok Guru Nik Aziz. Bila kita bermusuh dengan syaitan, jin pun kita tak boleh berkawan sebab jin ni adik beradik syaitan.
Jadi, nasihat pada Akramsyah dan Mahaguru59, tak payah menegak benang basah. Kedatangan korang ke majlis itu sudah cukup untuk menghina majlis tersebut, sekaligus menjadikan taraf Hasan Ali dan Nasaruddin Mat Isa sama taraf dengan penerus propaganda UMNO.
Kalau saya, orang mcam Mahaguru58 ni saya tak izin masuk rumah saya. Orang macam dia ni lebih hina dari binatang. Sanggup berdoa Tok Guru Nik Aziz mati. Sapa dia ni? Hebat sangat ke? Wara’ sangat ke?
Berkenaan Akramsyah Sanusi, saya baru pegi blog dia dan saya minta dia tunjuk bukti konkrit di mana kerajaan PAkatan Rakyat Selangor ada menjatuhkan ISlam atau Melayu di Selangor.
Dia bagi contoh cadangan wang zakat untuk pembangunan. Bila saya check rupanya salah faham terhadap kenyataan Tan Sri Khalid Ibrahim. Dan sampai hari ini, saat ini si Akramsyah tak dapat bagi bukti adanya usaha menjatuhkan Islam dan Melayu di Selangor tercinta ni.
Yang ada hanyalah salakan-salakan anjing yang kerap diulang-ulang tapi sebenarnya tiada apa2.
Bacalah perdebatan saya dengan Akramsyah Sanusi di http://thoughtsintangents.blogspot.com/2009/10/berdialog-santai-sejenak-dengan-yb-dato.html.
Mahaguru58, Akramsyah, MSO etc semuanya ada REKOD berbohong dan memfitnah serta menghina pimpinan PAS.
APASAL SI ROSLAN SMS PEGI BUAT PERJUMPAAN TERTUTUP DENGAN DIORANG. Apasal tak boleh buat perjumpaan terbuka? Apasal berahsia-rahsia? Ertinya menjemput diroang ni sahaja sudah menjadi isu besar.
Dan rakaman perjumpaan tersebut sudahpun jatuh ke tangan JK Disiplin PAS Pusat. Inshaalah, keadilan akan terserlah juga.
Hahahahaha kalau tidak berada-ada masakan tempua bersarang rendah.
Tulang Besi
GEMPAR - Adun Pelabuhan Kelang Lompat Parti
Seorang lagi wakil rakyat PKR meninggalkan parti itu dan menjadi ADUN bebas - kali ini di Selangor selepas dua di Perak awal tahun ini dan seorang di Kedah pada Ogos.
ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah, sejak beberapa bulan lalu menimbulkan spekulasi bakal menyertai Umno, membuat pengumuman itu di sebuah hotel di Kuala Lumpur sebentar tadi.
Beliau mengambil keputusan tersebut berikutan perkembangan terbaru hari ini yang memperlihatkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengeluarkan kenyataan rasmi meminta adun berkenaan meletakkan jawatannya sebagai wakil rakyat.
Dalam Pas Ternyata Mustafa Ali Lebih Berkuasa Dari Hadi
Keputusan yang diumumkan oleh Tuan Guru Presiden malam tadi bukan keputusan yang dipersetujui oleh para AJK PAS Pusat. 75% dari keseluruhan AJK yang hadzir bercakap dan hanya Cikgu Pa serta Abu BAkar Chik sahaja yang menyokong Hasan Ali.
Yang lebih menyedihkan apabila Tok Guru yang membentangkan tulisan beliau dalam blog beliau jelas tidak mahu berganjak dari apa yang dituliskan oleh beliau. Yakni, jelas beliau mahu ketiga2 yang dinamakan dalam blog beliau dibuang.
Sepanjang perbahasan para AJK PAS Pusat telah sanggup berkompromi untuk tidak mengambil jalan EGM. Cumanya, disebabkan bukti yang cukup banyak terhadap Hasan Ali maka permintaan mereka adalah Hasan Ali ditukar dari menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor.
Ertinya, bagi mencari jalan tengah untuk menguraikan kekusutan, permintaan yang amat sederhana yakni menukar Pesuruhjaya Selangor. Itu sahaja.
Namun, permintaan MAJORITI AJK PAS PUSAT ditolak begitu sahaja dan dibuat pengumuman bahawa keseluruhan PAS Selangor akan dihadapkan ke JK Disiplin. Tidak diberitahu samada keseluruhan YDP ataupun hanya beberapa orang sahaja yang akan dihadapkan pula.
Pengumuman Presiden Tidak Mewakili AJK PAS Pusat tapi Mewakili Cikgu Pa dan Geng Terengganu
Pengumuman yang dibuat Presiden PAS malam tadi BUKAN keputusan yang dipersetujui oleh AJK PAS PUsat malam tadi. Hakikatnya, mesyuarat malam tadi berakhir dengan tiada keputusan.
Hakikatnya lagi, keputusan malam tadi adalah keputusan yang dibuat oleh Geng Terengganu mewakili kehendak Cikgu Pa dan penyokong2 nya. Tiada undi yang diambil, tiada pertanyaan samada keputusan yang diumum Presiden itu diterima atau tidak.
Mesyuarat ditutup TERGANTUNG tanpa apa-apa keputusan namun tiba-tiba keluar keputusan yang kita dapat baca dalam dada2 akhbar.
Sedih saya sangat-sangat.
Tok Guru Dah Jadi Selipar Buruk Dalam PAS. Cikgu PA dan Geng Terengganu Lebih Utama Itulah hakikatnya yang telah berlaku. Tok Guru dah jadi Selipar buruk dalam PAS. Dari permintaan Tok Guru yang 3 itu, satu pun mereka tak boleh kompromi. SATU PUN MEREKA TAK BOLEH KOMPROMI.
Tok Guru telah diketepikan begitu sahaja dengan begitu mudah seperti selipar jepun. Bagi saya wajib diadakan EGM bagi mengembalikan kekuasaan serta pengaruh Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dalam PAS.
Tulang Besi
Hassan Ali Dan Nasha Yang Paling Awal Keluar Mesyuarat
Agak menarik apa yang berlaku dalam mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat malam tadi apabila dua perkara ini dilihat berlaku.
Pertama, ahli mesyuarat yang paling awal keluar sebaik sahaja mesyuarat selesai adalah Datuk Dr Hasan Ali, AJK yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor. Perkara ini disahkan oleh beberapa saksi kepada The Malaysian Insider.
Yang kedua, Nasharudin Mat Isa, timbalan presiden PAS, sebagai pemimpin paling kanan selepas Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak ada dalam sidang media yang diadakan selepas mesyuarat khas itu.
Ini kerana, semua yang lain hadir di samping Abdul Hadi. Mereka adalah ketiga-tiga naib presiden iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.
Turut kelihatan adalah Setiuasaha Agung Datuk Mustafa, Ketua Pemuda Nasrudin Hassan Tantawi dan juga Ketua Penerangan Idris Ahmad.
Apakah yang berlaku kepada mereka berdua dalam mesyuarat malam tadi tidak diketahui. Yang pasti, mesyuarat itu telah mengambil keputusan agar Lembaga Disiplin PAS yang dipimpin Tuan Ibrahim diarahkan agar membuat penyiasatan terhadap PAS Selangor.
"Adakah Datuk Hassan akan disiasat," tanya seorang wartawan. Abdul Hadi menjawab, "PAS Selangor akan disiasat."
Apa yang hendak disiasat oleh Lembaga Disiplin ini tidak dinyatakan dalam sidang media itu. Namun, gelagat kedua-duanya sangat mencurigakan lebih 50 wartawan dan jurugambar yang memenuhi tingkat 4 bangunan PAS malam tadi.
Dalam pada itu, kecoh dalam blog sekarang tentang pertemuan antara kedua-duanya (Nasharudin dan Hassan) dengan sembilan blogger termasuk yang dikira pro Umno.
Antara yang dibincangkan adalah tentang cadangan kerajaan perpaduan dan juga serangan ke atas bekas seorang naib presiden PAS.
Menurut satu blog, rakaman perbincangan di rumah Hassan Ali itu akan diserahkan beliau kepada Tuan Ibrahim, sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin PAS.
Sebelum ini, The Malaysian Insider melaporkan, antara punca Nik Aziz melenting adalah kerana karenah Hassan Ali di Selangor dan sikap para pemimpin kanan PAS dalam menanganinya.
Kini, masing-masing tertumpu kepada Lembaga Disiplin yang diketuai Tuan Ibrahim. Bilakah sidang pertama mereka akan berjalan, siapa yang akan disiasat dan sebagainya akan menjadi sorotan media. Ramai bimbang kerana Tuan Ibrahim seorang pemimpin yang low profile dan perlahan.
Yang pasti, segala masalah dalaman PAS telah dibincangkan secara terbuka malam tadi dan langkah mengadakan seminar khas 7 November ini adalah antara yang terbaik pernah dibuat oleh pimpinan parti itu dalam menentukan halatuju PAS dengan mantap.
Keputusan Mesyuarat Malam Tadi Menunjukkan Perlu EGM dalam PAS
Pertama sekali, saya harus memohon maaf kerana terpaksa menulis perkara yang saya sedang tulis ini. Saya yakin kalau ianya tidak ditulis, parti kita akan hancur laksana 2004. Saya mohon maaf pada semua ahli PAS yang membaca tulisan ini sekiranya mereka tersinggung dan tidak merasa senang dengan pendedahan saya. Namun, saya sayang parti dan saya sayang PAS yang saya menjadi ahli semenjak 9/9/1987. Kewajiban saya menulis perkara dibawah supaya semua ahli PAS membaca dan membuat penilaian sediri. Saya akan bertanggungjawab pada Allah SWT sekiranya tidak.
Maklumat datang mencurah-curah pada saya. Tapi, yang saya boleh dedahkan hanya satu. Yakni, para AJK PAS Pusat telah bersetuju berkompromi untuk tidak mengadakan EGM dengan syarat Pesuruhjaya PAS Selangor ditukar.
MAJORITI AJK2 PAS malam tadi menyokong usul bahawa Hasan Ali harus ditukar dari Pesuruhjaya PAS Selangor kerana tindakan dan kata-kata beliau jelas merugikan PAS dan memburukkan imej PAS terutama pada pengundi bukan Islam.
Tiada “khilaf” malam tadi bahawa Hasan Ali perlu ditukar dan tempat beliau diganti dengan orang lain. Perkara ini tidak memerlukan kepada perbicaraan JK Disiplin langsung. Ianya adalah keputusan yang boleh dibuat Presiden parti dan ianya tidak memerlukan keputusan JK Disiplin PAS yang terang-terang akan memakan masa bertahun-tahun.
(Saya masih teringat YDP sebuah kawasan di Selangor membuat kenyataan secara umum betapa beliau merasa seperti digantung tidak bertali kerana terlalu lama menunggu keputusan JK Disiplin)
Namun, kompromi yang ditawarkan oleh majoriti AJK PAS Pusat telah ditolak mentah-mentah dan hasilnya orang lain yang akan dihadapkan ke JK Disiplin. Isu yang sepatutnya diselesaikan di peringkat politik telah dijadikan isu disiplin yang jelasnya akan memakan masa bertahun-tahun.
Mengapa perlu dihadapkan kepada JK Disiplin. Yang pasti tiada persetujuan dari AJK malam tadi untuk menghadapkan PAS Selangor kepada JK Disiplin.
PAS Pusat sudah menjadi seperti PAS Terengganu, di mana hanya 4-5 orang yang akan membuat keputusan dan keputusan 4-5 orang inilah yang akan menjadi keputusan rasmi.
MEsyuarat hanya menjadi sessi rubber-stamp kepada kehendak 4-5 orang ini.
Oleh sebab itu, demi untuk menyelamatkan PAS dari mengulangi kehancuran 2004, saya mencadangkan supaya cadangan EGM bagi membolehkan ahli PAS membuat keputusan apa hala tuju PAS sekarang ini. AJK PAS sudah tidak mampu membuat keputusan yang mudah tapi terbaik kepada PAS. AJK PAS Pusat sudah dikuasai oleh 4-5 orang geng Terengganu yang menjadikan AJK PAS Pusat laksana Perhubungan PAS Negeri Terengganu.
Dan kita semua tahu apa yang telah berlaku kepada PAS Terengganu 2004.
Samada PAS mahu mengekalkan orang-orang yang mahu rapat dengan UMNO atau PAS mahu mengambil sikap terus komited bersama Pakatan Rakyat. Ahli2 PAS wajib membuat keputusan sekarang. Bukan 4-5 orang yang disekeliling Presiden.
Masaalah BEsar Bila MEsyuarat AJK Tidak Diizinkan Untuk Diambil Undi
Oleh kerana dipaksa setiap mesyuarat untuk mengambil keputusan yang secara “ijma” maka biasanya pengundian terhadap sesuatu usul tidak akan dibuat.
Malangnya, keputusan mesyuarat malam tadi, tidaklah mewakili MAJORITI dari AJK PAS Pusat. Setahu saya, keputusan yang ijma harus dipersetujui oleh KESEMUA AJK PAS PUSAT. Namun, majoriti AJK yang keluar dari mesyuarat malam tadi, keluar dalam keadaan TIDAK PUAS HATI.
Tiada jalan lain melainkan EGM.
Tulang Besi
Hasan Ali wajib diSELCATkan
Tuan Ibrahim Tuan Man... lu jangan bikin gua malu2 ubi. Gua dah promosi lu as Presiden dalam pelan damai yang kitorang rancang. So, siyes sket bab siasatan terhadap PAS Selangor. Jangan lembab, jangan sapu bawah karpet macam PAS Ganu. Gua sidekick ketiak kiri lu kang.
Cadangan gua lu SELCAT kan si Hasan Ali. Caranya :
1. Panggil Hasan Ali dalam perbicaraan terbuka.
2. Panggil semua bloggers PAS dan UMNO yang hadir malam tu. Satu sesi bongok yang melanggar Presiden Sleeping Budha.
3. Lu panggil sekali Tulang Besi. Tulang Besi kena siapkan dokumen2 dakwaan salah laku dan salah prinsip Hasan Ali.
4. Panggil Khalid Samad sekali.
5. Panggil Ronnie Liu, Khalid Ibrahim sekali. Baru lu nampak power jadi Presiden.
6. Last sekali, kalau cukup asas nak hukum Hasan Ali, lu hukum sebat dulu, sebelum pecat ke apa yang patut. Time nak sebat baru panggil gua. Gua tau la nak sebat tang mana berdasarkan gambar nih.
Zap!! Tak payah angkat ketiak jer, gua sebat kat situ.
Dicilok tanpa kebenaran dari - AdukaTaruna
Pita Rakaman Hassan Ali Ke J/Kuasa Disiplin
Oleh : albanjari/MRK albanjari
Khamis. 29hb.Oktober. Alhamdulillah pada tepat jam 1.50am, semua yang mengharapkan butir keputusan dari Mesyuarat Khas telahpun diketahui. 4 jam mereka bermesyuarat. Hangat dan mendebarkan. Lebih 70 peratus ahli Jawatankuasa yang bermesyuarat malam tadi bersetuju untuk memberi 'tindakan' kepada Dr. Hassan Ali. Isu 'pita rakaman' pertemuan itu juga turut dibangkitkan di dalam mesyuarat.
Isu Pita Rakaman :
Awal pagi ini, saya dihubungi oleh seorang teman pimpinan yang meminta supaya rakaman yang saya miliki itu diserahkan kepada Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Pengerusi Lembaga Disiplin PAS Pusat. 'pita rakaman' itu akan dijadikan sebahagian bukti siasatan. Dan satu arahan juga telah dikeluarkan kepada saya untuk bertindak 'memadam hapus' mastercopy rakaman penuh tersebut.
Pada pagi ini juga, saya telah menghubungi Dato' Tuan Ibrahim sebentar tadi untuk bercakap sendiri dengan beliau dan beliau mengesahkan arahan tersebut. Serahan segera akan dilakukan pada hari ini juga. Salinan tersebut akan dijadikan bahan bukti dalam siasatan yang akan dijalankan selepas ini. Insyaallah pada pagi ini saya akan bertolak ke Pahang untuk menyerahkan sendiri salinan tersebut.
Kepada sesiapa yang berminat untuk mendengar dan mendapatkan rakaman tersebut, selepas ini sila berhubung terus dengan Dato' Tuan Ibrahim. Terus terang saya jelaskan di sini, bahawa saya MRK albanjari dan Tuan albanjari sendiri (editor albanjari online) tidak putus dihubungi oleh individu-individu yang tidak dikenali yang mahukan rakaman tersebut sejak petang kelmarin sehingga pada pagi ini.
Wallahi ! Jika wajar dibayar dengan nyawa, saya bayar dengan nyawa saya. Ini adalah amanah parti. Maka dengan itu sesiapa jua tidak kira apa jawatannya di dalam kepimpinan, hatta Tuan Presiden sendiri mahupun Tuan Mursyidul Am PAS, saya tidak akan sekali-kali akan menyerahkan 'rakaman' ini jika pun diminta.
Hormatilah Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin PAS Pusat dan Ketua yang dilantik dari Mesyuarat Khas malam tadi yang akan mengepalai kes dan siasatan ini.
Dan pada hari ini, Insyaallah 'pita rakaman' itu akan diserahkan kepada beliau atas arahan parti. Dalam keadaan dua darurat ini, yang kami hadapi sekarang, kami memilih untuk mengambil darurat yang ringan dari terjerumus ke dalam darurat yang lebih besar implikasinya dan boleh mengeruhkan lagi keadaan di dalam jamaah dan PAS.
Kupasan Blog
Disumberkan dari sini, [..] Dari posting Mohd Sayuti Omar bertajuk "Seminar ganti EGM" 29/10/09:
Ada cadangan meminta Hasan Ali dipecat daripada menjadi Pesuruhjaya Pas Selangor dan juga Exco Selangor. Alasannya kerana terlibat untuk mengadakan pakatan dengan Umno. Bagaimana pun Abdul Hadi dikatakan telah mempertahankan Hasan dengan meminta agar tuduhan itu disiasat.
Dari posting Ali bertajuk "Hasan Ali bakal hilang jawatan!!!" 29/10/09:
Kekalahan besar PAS dan Pakatan Rakyat untuk PRU-13 semakin menjadi kenyataan. Kepada penyokong Pakatan Rakyat dan PAS, penulis sarankan anda supaya menyediakan diri untuk bersiap sedia untuk menghadapi kekalahan. Kerja kuat untuk menambahkan pendapatan supaya tidak miskin kerana harga minyak, barang keperluan, pengankutan dan lain-lain melambung naik. Pemimpin di atas sana mana pernah memikirkan cukup makan pakai kita. Semua muka penipu. Mana pernah diorang naik bersesak- sesak dalam komuter. Lepas tu claim diri sebagai pemimpin Islam yang berjiwa rakyat. Den nak raso muntah jap[..]
selanjutnya klik disini
Al Banjari
Seminar Ganti EGM
PAS memutuskan untuk mengadakan satu seminar bagi mengantikan Muktamar Luar Biasa (EGM) yang dicadangkan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, seminar tersebut akan diadakan pada 7 Disember bertempat di Taman Melewar dengan yang akan disertai ahli-ahli PAS daripada seluruh negara.
Siasah difahamkan peserta seminar tersebut adalah sama dengan peserta muktamar tahunan PAS.
Abdul Hadi sebelum itu mempengerusikan mesyuarat khas ahli jawatankuasa PAS Pusat berhubung konflik terbaru dalam parti itu.
Turut diputuskan dalam mesyuarat yang berlangsung lebih empat jam itu ialah kajian terhadap kes Selangor - salah satu isu yang dicetuskan dalam konflik tersebut, yang akan diketuai Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man daripada jawatankuasa disiplin PAS Pusat.
Mesyuarat juga memutuskan isu kerajaan perpaduan (unity government) tidak akan berbangkit lagi dalam PAS.
Konflik dalaman terbaru PAS tercetus apabila Nik Aziz menggesa satu muktamar Khas (EGM) diadakan bagi membincangkan isu yang beliau sifatkan "dua tiga kerat pemimpin bermasalah".
Menguatkan cadangannya itu, Nik Aziz juga merujuk kepada parti Umno, MCA dan MIC yang mengadakan EGM apabila berlaku masalah dalaman parti.
"Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan mesyuarat agung khas dan MCA pun boleh mengadakan EGM-nya sehingga sempat menggugurkan presiden dan timbalan presidennya.
"Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan perlembagaannya melalui kongres khas mereka. Maka kita?
"Isu kita ialah isu dua tiga kerat pemimpin bermasalah. Masyarakat India pun boleh menentang (presiden MIC Datuk Seri S) Samy Vellu dengan mewujudkan parti lain.
"Maka pelik apa, kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya, mungkin dipanggil muktamar khaslah. Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu." tulis Nik Aziz dalam blog beliau.
Beliau juga mengambarkan cadangan untuk EGM itu turut dipengaruhi setelah membaca tulisan pensyarah Undang-undang Universiti Islam Malaysia (UIA) Dr Aziz Bari yang mengaitkan kemerosotan undi PAS di Bagan Pinang baru-baru ini dengan kekecohan di Selangor serta mengkritik kepimpinan Abdul Hadi.
Sekurang-kurangnya dua pimpinan tertinggi PAS iaitu Nasharuddin dan Naib Presiden, Salahuddin Ayub telah bertemu Nik Aziz ekoran kenyataan tersebut.
Isu yang turut dipanaskan oleh media dan menjadi topik utama kebanyakan blog yang dikendalikan individu yang dekat dengan PAS telah menimbulkan kegelisahan dikalangan ahli PAS apalagi ada pemimpin yang memperlihatkan sokongan dan bantahan terhadap cadangan Mursyidul Am itu.
Bagaimanapun Abdul Hadi dalam reaksinya beberapa hari selepas isu tersebut menjadi panas meminta kemelut dalaman yang sedang dihadapi PAS perlu diselesaikan secara musyawarah dan bukannya menerusi penggunaan media massa dan media baru.
Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan, Abdul Hadi berkata pendekatan musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS sewajarnya dipilih, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan parti.
"Sehubungan itu, saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini," katanya.
Nik Aziz kemudiannya juga akur untuk menukar EGM seperti mana cadangan awalnya kepada mesyuarat khas.
Sejurus itu, Setiausaha Agung PAS menetapkan jam 8.30 malam pada 28 Oktober untuk mengadakan mesyuarat khas dikalangan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat bagi membincangkan isu berkaitan EGM yang dicadangkan Nik Aziz, melalui sidang media pada 26 Oktober.
Mesyuarat tersebut turut menjemput Nik Aziz hadir untuk membolehkan membentangkan pendapatnya disamping semua pimpinan PAS mendengar sendiri penjelasan daripada beliau.
Nik Aziz pada asalnya dilaporkan keberatan untuk hadir kerana bertembung dengan persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan yang berakhir pada petang rabu bagaimanapun mengambil keputusan untuk turut serta dalam mesyuarat tersebut.
by Siasah
28 October 2009
Terkini Gambar Mesyuarat Khas Pas





Kredit terbanyak untuk saudara Panzer, wartawan dari Utara Online. LIVE dibawakan oleh beliau di sini.

