BlogList Malaysia

30 September 2009

Bagan Pinang - Tindakan Bodoh Menteri Umno

Tidak yakin dengan kemampuan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Umno-BN cuba pula mengekang pegawai kerajaan dan tentera dari menyokong Pakatan Rakyat.

Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Noh Omar semalam melarang pegawai kerajaan dari menyertai sebarang mesyuarat anjuran pembangkang.

Ketua Penerangan PAS Idris Hj. Ahmad berkata, tindakan Noh itu adalah cerminan sebenar tahap pemikiran menteri-menteri di Umno-BN.

"Umno kata punca Melayu mundur kerana PAS berpelukan DAP, sedangkan rakyat Malaysia sebenarnya dimundurkan dengan tindakan serta cara berfikir Menteri 1Malaysia seperti Noh,"jelasnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Idris turut menasihatkan Noh agar bersikap lebih demokratik dan nasional; kerana Menteri ini sarjana perundangan.-hrkh

Tambahnya lagi, Noh sepatutnya fokus pada urusan kementerian, bukannya terlalu berpolitik.

Dalam perkembangan berkaitan, N31 bakal menyaksikan Isa menentang calon Pakatan Rakyat daripada PAS, Zulkefly Mohamad Omar.

Dalam pada itu, pada 21 Januari lalu, akhbar The Star melaporkan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sewaktu menjadi Menteri (Agama) di Jabatan Perdana Menteri (JPM), pernah mengugut penjawat kerajaan dari menyertai Pakatan.

Dalam perkembangan berkaitan, Pakatan ketika dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang menganggap politik ugutan sebagai politik lama Umno BN.

Tetapi, tanggapan sedemikian masih tidak kedengaran, biarpun Umno sekali lagi mengugut pengundi di sini, sejak semalam.

Read More...

Hasan Ali jangan sesuka hati buka mulut!

Hasan Ali oh Hasan Ali. Tiap kali kamu membuka mulut, pasti je jadi bahan perdebatan. Memang le Tuhan dah berikan kamu kelebihan kat mulut tu…boleh berpot-pet-pot-pet tanpa henti berjam-jam…tapi jagalah sikit. Jangan dok bawak lagi gaya motivator kamu tu. Motivator lain yeob, kamu dah jadi exco kerajaan negeri…

Setiap kali saya menulis mengenai Hasan Ali juga, pasti ada orang kata saya tak patut kata begitu dan begini, Hasan Ali dah buat terbaiklah dan macam-macam lagi. Rupe-rupenya, masih ramai juga yang sayang kat Hasan Ali ni…hu…hu…betuah engko ye Hasan Ali!

Orait, tanpa melengahkan bicara, saya menyarankan agar PAS PUSAT mengambil satu ketetapan kepada Hasan Ali. Jika tidak, orang akan lihat PAS PUSAT tidak konsisten dengan keputusan, tidak komitted dengan keputusan mesyuarat dan lebih teruk bersikap hipokrit dan double-standard atau Talam Dua Muka!

Saya sebagai ahli PAS, sama sekali tidak merestui apa yang telah dilakukan oleh PJ PAS Selangor ini. Kedudukannya sebagai PJ PAS Selangor, bukanlah tiket yang memberikannya kebebasan membuat sebarang kelaku tidak senonoh sehingga merosakkan keharmonian PR dan PAS Sendiri.

1. Membohong amalan munafik. Hj Hadi pastinya dah hafal hadis ini. Masalahnya, Hasan Ali sudah membohong. First, masa mengempen waktu PRU dulu, dia janji nak buat buat ini, last-last apa pun tarak! Hei Hasan Ali…itu belum kira kes dia jumpa BN secara ‘under ground’…so, buat apa Hj Hadi nak simpan orang macam ni!

2. Tidak patuhi ketetapan mesyuarat. Jangan kata ketetapan mesyuarat PAS seperti mana disebut Khalid Samad di blognya, bahawa semua pihak dalam PR perlu menjaga keharmonian satu sama lain, atau dikenakan tindakan disiplin oleh parti mereka sendiri, bahkan Hasan Ali terang-terang melanggar ketetapan mesyurat agung PAS. Bukankah ketetapan muktamar PAS di Shah Alam dulu meluluskan usul memperkukuhkan kesepaduan PAS dan PR? Apa jenis pemimpin ni tak patuh keputusan mesyuarat ni?

3. Tidak jaga kerahsiaan. Apa ni, bila Khalid Samad tulis dalam blog dia, ada orang kata Pak Khalid tak jaga kerahsiaan dan sebagainya. Habis tu, yang Hasan Ali pi belasah SELCAT terang-terangan tu apa? Awat tak boleh bawak bincang ka dalam mesyuarat tertutup? Ceh…kata siasatan Selcat memalukan…habis tu tindakan dia tu apa? Apa tak malu ke Ten Chang Kim sebagai Pengerusi Selcat? Hasan Ali belajar dari mana semua ni…sedangkan Rasulullah SAW sendiri tak izinkan Umar pancung Abdullah bin Ubai…ini semua persoalan besar Hasan Ali…kamu kena ikut usrah marhalal taarif balik ni!

4. Tidak tau meletakkan keutamaan. Hasan Ali selaku PJ sepatutnya bijak la sikit membaca senario politik. Kan sekarang PAS dan PR tengah bergelut nak menang di Bagan Pinang, awat la hang pi buat isu lagi. Dulu isu arak, jenuh orang lain menolong selesaikan masalah. La ni masalah Selcat la pulak. Karang, aku kata hang ni memang HAMPEH, kata berlebih la pulak. Hai Hasan Ali, cerdiklah sikit…takkan tak tau keutamaan isu yang perlu diperjuangkan. Bacalah Fiqh al-Aulawiyat dari Qardhawi. Jangan main belasah ja. Isu Beng Hock, kecelaruan SPRM, Kepala Lembu dan lain-lain lagi yang sepatutnya kamu kena perjuangkan, bukan isu ini. Bila Khalid Samad bersuara, ada pihak kata…kononnya dia nak cari nama, dah tu…kamu sebagai PJ buat derk je…apa cerita!

5. Membela pesalah! Yang Selcat dok siasat tu pasai nak tegakkan kebenaran, dalam mahkamah pun depa tak sekat sapa-sapa nak jengok masuk…kata orang-orang tua, Berani Kerana Benar, Takut Sebab Salah…jika depa misalnya para DO tu tak dak buat salah…apa nak takut! Bahkan tindakan Hasan Ali ini seolah-olah menjadi ‘jambatan lidah’ para DO Umno ini…agar memberikan gambaran negatif kepada Selcat. Hai Hasan Ali…orang kata kamu Umno…kamu marah…tapi jika dah bersuara macam Umno dan bertindak macam Umno…apa jenis kamu ni?

6. Tak hormat kawan sendiri. Bagi saya, Hasan Ali gagal dalam tapisan sebagai pemimpin, kerana tak reti menghormati kawan sendiri. Dalam kondisi hari ni, PKR dan DAP adalah kawan, Umno dan konco-konconya adalah MUSUH. Jika ini pun Hasan Ali gagal kenal pasti, sudahlah…letak la jawatan exco tu…oghang lain ramai lagi yang layak dan boleh isi!

Kesimpulannya, Hasan Ali memang tak sesuai duduk di posisi sekarang. Dia sudah menjadi liabiliti kepada PAS dan PR. Maka, eloklah Hj Hadi dan PAS Pusat lakukan sesuatu sebelum terlewat. Atau pun rakyat sendiri akan MENGAJARNYA dalam PRU akan datang!

huzaifah

Read More...

Bagan Pinang - Lumpuhkan PAS Dengan Menghentam TGNA

Cara yang paling mudah untuk mendapat perhatian dalam suasana pilihanraya yang melibatkan PAS dan UMNO ialah hentam Nik Aziz. Untuk prk Bagan Pinang, siri ini telah bermula:

Nik Aziz umpama ketam mengajar anaknya berjalan lurus — Ustaz Mohd Afandi Yusof



Menjelang PRK DUN Bagan Pinang, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengeluarkan saranan kepada jentera parti supaya tidak bertindak kasar, serta tidak menggunakan kata-kata kesat semasa berkempen atau berceramah.

Dan inilah yang berlaku setiap kali tiba pilihanraya, namun apa yang berlaku sebaliknya. Contohnya di DUN Manek Urai, nasihat seumpama itu dikeluarkan Nik Aziz, tetapi akhirnya beliau sendiri mengeluarkan tuduhan dan kecaman bahawa penyokong Umno tidak masuk syurga, Umno komunis, penyokong Umno ajaran sesat Ayah Pin, secular dan sebagainya.

Perbuatan Nik Aziz ini ibarat “ketam yang mahu mengajar anaknya berjalan lurus”. Sebagai seorang yang menggelarkan dirinya ulamak atau Tok Guru tidak sepatutnya bersikap demikian.

Kalaulah Nik Aziz mengatakan perjuangan PAS adalah mengikut sunnah Rasulullah, adakah pernah Rasulullah menggunakan kaedah serangan peribadi sesame Muslim? Bahkan Rasulullah dengan terang menyebut dalam sabdanya: “Sesiapa yang menutup keaiban saudara seIslamnya didunia, maka Allah akan tutup keaibannya diakhirat nanti.”

Sesungguhnya apa yang dilakukan oleh PAS, menggambarkan kepada masyarakat bukan Islam bahawa Islam mengajar umatnya bergaduh sesame sendiri, betapa buruk gambaran yang diberi khususnya dalam soal perebutan kuasa, menyebabkan orang-orang yang berminat atau bercita untuk memeluk agama Islam, tertanya-tanya, inikah ajaran yang dibawa oleh Islam? Yang lebih menghairankan golongan ini ialah, orang Islam Umno yang seagama diserang habis-habisan, manakala orang kafir DAP dipuji dan dipertahankan secukupnya.

Hal ini bertentangan dengan firman Allah dalam surah Al Fath ayat 29 : “Muhammad Rasulullah, dan orang-orang yang bersamanya bersikap keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesame mereka (Islam).”

Amat jelas dan terang benderang hokum Allah didalam al Quran, sepatutnya menurut ayat ini, PAS lebih utama bersama dengan umat Islam Umno daripada bersekongkol dengan orang kafir yang menentang agama Allah dan Rasulullahnya seperti DAP, lebih-lebih lagi membela dan mempertahankan setiap kebatilan yang dilakukan oleh DAP, seperti isu mempertikaikan azan, skandal seks Exco, menghina agama Islam, menghina sultan, menghalang jualan arak kepada orang Islam dan sebagainya.

Dalam sejarah Islam, tiada sebarang nas yang membenarkan umat Islam menyerang sesame Islam, namun berbagai perbuatan jahiliyah seperti kutuk mengutuk, fitnah memfitnah, hina menghina dilakukan oleh pemimpin PAS dengan kebenaran daripada Nik Aziz, siapa yang akan menanggung dosa perbuatan jahiliyah PAS ini, kalau bukan Nik Aziz yang memimpin jemaah PAS?

Jika benar PAS menjadikan Islam sebagai model perjuangan, maka ambillah Islam itu keseluruhannya, jangan ambil separuh dan tinggalkan separuh, mana-mana hukum yang dirasakan perlu, maka Islam digunapakai, yang tidak perlu disimpan didalam laci. Perkara ini telah ditanya oleh Allah SWT kepada kaum Yahudi dalam surah al Baqarah : “Adakah kamu beriman sebahagian daripada kitab, dan meningggal / mengkufurkan sebahagian yang lain lagi?” — pemudaumno.org

Read More...

Bagan Pinang - Selamat Melapah..

Isa Lauk Yang Ditunggu Kawan, Lawan Dan Mantan Untuk Dilapah

Mahathir menunggu, Ku Li menanti, sebelum pelamin angan Mohamad Hasan musnah, Bagan Pinang akan dijadikan tapak persembelihan bersama Khairy dan sepupunya. Nak masak cara mana kita belum tahu. tapi apa yang pasti kenduri kali ini pasti hebat dan dijangkakan Mat Isa akan menjadi lauk rebutan yang lazat untuk tahun Ini.

Bukan sekadar santapan enak Pakatan Rakyat, malah turut menunggu ialah kawan dan mantan Umno sendiri. Kiri kanan Isa akan dilapah, disiat hingga licin tak tinggal bulu seurat pun. Nampaknya inilah kali pertama Pakatan Rakyat dan Umno akan makan berhidang sambil berkongsi lauk gulai kawah Mat Isa.

Kenapa Isa Dipilih?

Isa yang sepatutnya disisih dipilih kerana BN secara otomatik akan dapat berjimat wang belanja pilihanraya kerana sebahagiannya sudah pun dikeluarkan awal-awal lagi oleh Mat Isa. Di samping itu Mat Isa pasti berjanji akan berusaha untuk meyatukan Umno Negeri Sembilan dan membersihkan nama Umno daripada gejala rasuah. Sekali gus beliau akan memulihkan kembali moral Umno.

Pemilihan Isa juga telah menyelamatkan berjuta wang BN kerana segala perbelanjaan kata Mat Isa tanggung beres. Dengar cerita, inilah PRK yang paling menjimatkan BN. belanja kerana perbelanjaan nya bermula sebaik sahaja calon terdahulu meninggal dunia.

Ada orang mati, baru Isa boleh hidup. Bila Isa hidup nanti ramai pulak yang akan mati. Kalau Isa tak rebah, ramai yang terpaksa menyembah. Pilih untuk menyanggah atau sujud di kaki Isa nanti. Selamat berkenduri besar Bagan Pinang. Pilih untuk bungkus atau dibungkus atau dikukus...

Read More...

29 September 2009

Banner Ini Penyelamat Isa?

Isa Samad selamat dipilih menjadi calon N.31 kerana banner2 sebegini yang banyak digantung di Bagan Pinang


Keperluan kuasa politik diutamakan. Malah didahulukan dari segala yang lain. Persetan soal maruah dan kewibawaaan parti atau individu.

Ini yang didokong oleh Umno sekian lama. Dan, parti itu sekali lagi menzahirkan hakikat berkenaan dengan menamakan Tan Sri Isa Samad sebagai calonnya untuk pilihanraya kecil Bagan Pinang.

Keputusan itu memang sudah pun diduga. Sungguhpun tokoh-tokoh veteran, tidak kurang daripada mantan Perdana Menteri sendiri, Mahathir Mohamad mengingatkan Umno jangan memilih Isa kerana beliau terpalit dengan rasuah politik, iaitu membeli undi perwakilan Umno dengan sogokan wang dan jamuan-jamuan untuk menjadi Naib Presiden Umno pada tahun 2004, ia tidak sedikitpun dihiraukan.

Soalnya, mengapa mesti Umno hari ini ambil pusing soal apa kata Mahathir. Memang mudah untuk Mahathir melontarkan "nasihat" sedemikian kerana bukan beliau menduduki kerusi Presiden Umno yang membawa bersamanya jawatan Perdana Menteri Malaysia. Bukan Mahathir yang mengepalai sebuah parti yang telah kalah lapan pilihanraya kecil berturut-turut sejak pilihanraya umum tahun lalu. Satu lagi kekalahan akan mengesahkan Umno makin terkubur dalam politik negara.

Dan bukan Mahathir yang terpaksa was-was terhadap seorang Timbalan bernama Muhyiddin Yassin yang begitu ghairah mencanang dirinya sebagai penyelamat maruah bangsa Melayu.

Atas dalil-dalil itu, memang tidak mengejutkan Perdana Menteri Najib Razak memilih Isa Samad sebagai calon untuk mengekalkan kerusi Bagan Pinang yang secara tradisinya milik parti itu. Isa adalah sinonim dengan politik Negeri Sembilan. Beliau menjadi Menteri Besar selama 25 tahun, lebih lama dari Mahathir jadi Perdana Menteri. Teluk Kemang adalah kubu kuatnya. Beliau dikenali kebanyakan pengundi secara peribadi. Namanya ada daya penariknya sendiri di Teluk Kemang.

Berasaskan faktor-faktor ini, Isa difikirkan calon paling layak untuk mengembalikan maruah Umno dan memastikan tunjang Barisan Nasional tidak tewas lagi pada pilihanraya kecil, sekali gus memberikan ruang untuk Umno mendabik dada dan mengisytiharkan bahawa parti itu semakin pulih dan sokongan rayat semakin ketara.

Tidak apa jika Isa pernah didapati salah membeli undi, iaitu menyogok perwakilan Umno untuk bersubahat dengannya melakukan rasuah. Tidak apa jika Umno sebelum ini melaung-laungkan slogan ia harus berubah, kononnya Umno mesti berubah sebelum rakyat mengubahnya. Slogan-slogan bahawa pemimpin rasuah harus ditolak dan tidak lagi diberi tempat, masih nyaring di telinga kita.

Jawapan yang pasti disajikan pengundi Bagan Pinang ialah Isa sudah pun menjalani hukuman digantung tiga tahun dan hilang jawatan naib presidennya dan sehubungan itu harus diberi peluang untuk berbakti kepada rakyat. Sehubungan itu stigma ke atas Isa sebagai pengamal rasuah politik tidak harus menjadi halangan untuk menghidupkan semula karier politiknya.

Hakikatnya, hukuman terhadap Isa hanya bererti beliau melepaskan jawatan Naib Presidennya yang dimenangi dengan menyogok perwakilan. Beliau tetap menikmati segala emolumen, pencen, dan faedah lain semasa khidmatnya dengan kerajaan. Beliau juga tidak dirujuk kepada BPR atau SPRM kerana mengamalkan rasuah. Pendek kata Isa disuruh ”:menghilangkan diri dari kaca mata rakyat” selama tiga tahun sebelum dibenarkan tampil semula.

Adakah beliau kembali dengan politik baru untuk berbakti kepada rakyat secara tulus ikhlas, tanpa cuba merasuah sesiapa dalam mengejar jawatan. Dan jika sekali pun beliau memberi komitmen sedemikian, adakah kita harus menelannya begitu sahaja, semata-mata kerana Umno ketandusan calon yang sama popular dengan Isa.

Jika Najib benar-benar menghayati angin perubahan yang dicanangkan olehnya sebagai wajib untuk merekacipta semula Umno bagi menjadikan parti itu bebas dari politik wang, Isa Samad tentunya tidak akan menjadi pilihan di Bagan Pinang. Seorang calon, biarpun muka baru namun bersih, berwibawa dan berpendidikan tinggi lebih wajar ditawarkan kepada pengundi Bagan Pinang.

Namun berdepan dengan ugutan ahli Umno Bahagian Teluk Kemang yang diterajui Isa sendiri, Najib sekali lagi menunjukkan beliau tidak sanggup menanggung risiko politik, lebih-lebih lagi apabila ia membabitkan kelangsungan karier politiknya sendiri.

Beliau mempunyai peluang terbuka untuk menghantar mesej jelas kepada rakyat bahawa Umno telah menutup pintu kepada pemimpin-pemimpin korup seperti Isa Samad, apabila berlaku kekosongan kerusi DUN Bagan Pinang.

Tetapi beliau memilih jalan selamat untuk mententeramkan penyokong Isa dengan memberi Isa tiket untuk memenangi Bagan Pinang dan menukar sifir politik Umno di Negeri Sembilan yang dipimpin oleh musuh ketat beliau, Mohamad Hassan.

Namun persoalan lebih besar ialah penerimaan rakyat keseluruhan terhadap keputusan Najib untuk terus "berdansa" dengan tokoh-tokoh Umno yang didapati terbabit dalam amalan rasuah oleh Jawatankuasa Displin parti itu sendiri.

Dengan memilih Isa, Najib dalam kedudukan lebih terjamin untuk memenangi pilihanraya kecil yang pertama di Semenanjung sejak pilihanraya umum tahun lalu.

Misi untuk mengubah amalan rasuah, politik wang, kronisme, membeli undi dan sebagainya dilupakan begitu sahaja dalam keghairahan untuk berpegang kepada kerusi Bagan Pinang. Jika begitu, maka tepatlah slogan Umno : Dahulu, Sekarang dan Selama-lamanya. -tva

Read More...

Bagan Pinang Menyatukan Dua Musuh Lama

HARI ini mungkin hari bersejarah untuk penduduk Port Dickson apabila Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak menjejakkan kakinya ke pusat perlancongan antarabangsa itu.

Sebelum ini, Najib pernah ke sana. Namun, ketika itu nasibnya kurang baik. Beliau pun bukan lagi Perdana Menteri ketika itu.

Namun, beliau bernasib baik kerana mempunyai seorang rakan baik di sana iaitu Menteri Besar Negeri Sembilan ketika itu, Tan Sri Isa Abdul Samad. Dan masalahnya ketika itu berjaya di selesaikan.

Hari ini, Najib turun ke Port Dickson sebagai seorang Perdana Menteri. Beliau mendapat sambutan permaidani merah di sana.

Beliau menyertai para pemimpin Umno dan BN yang lain dalam majlis rumah terbuka BN di sana.

Dan hari ini juga, timbalan beliau, Tan Sri Muhyidin Yassin, mengumumkan Isa sebagai calon Umno Bagan Pinang. Walaupun mendapat tentangan dan bantahan secara terbuka dari bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, ia tidak dihiraukan oleh Najib.

Pelbagai andaian dibuat kenapa Umno pimpinan Najib sanggup meletakkan Isa sebagai calon walaupun mendapat bantahan demi bantahan.

Yang paling ketara adalah pendapat bahawa Najib sangat memerlukan kemenangan yang besar dalam pilihan raya kecil ini selepas kalah dalam tujuh pilihanraya kecil sebelum ini.

Isa adalah taruhan utama untuk kemenangan ini. Ini kerana, golongan bawahan sangat-sangat mahukan Isa kembali ke persada utama politik tanah air selepas dijatuhkan hukuman oleh Lembaga Disiplin Umno kerana membeli undi dan merasuah perwakilan Umno.

Pemilihan ini bermakna Najib menolak pandangan, memilih Isa membolehkan Umno menang di Bagan Pinang tetapi akan mengalahkan Umno di seluruh negara.

Turut dijadikan sebab mengapa Isa dipilih adalah kempen-kempen yang dibuat di Bagan Pinang termasuk menaikkan kain rentang ugutan agar Umno memilih Isa sebagai calon.

Kain rentang itu berbunyi "Kami mahu Datuk Isa. Kalau tidak kami boikot'. Kain rentang ini dinaikkan di merata tempat dalam kawasan pilihan raya ini hatta di kampung Isa sendiri.

Namun, bagi pihak yang nakal, punca utama kenapa Isa dipilih sebagai calon adalah kerana peristiwa lama di Port Dickson itu.

Najib sanggup melawan Tun Dr Mahathir, orang yang memberikan tekanan kepada Tun Abdullah Badawi agar meletakkan jawatan dan melantik Najib sebagai PM.

Najib juga sanggup berbeza pendapat dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin, yang secara sindiran menolak Isa sebagai calon.

Dan mungkin ini adalah pertama kali, Mahathir mempunyai pendapat yang sama dengan anggota Parlimen Rembau itu iaitu menolak Isa sebagai calon, selepas sekian lama mereka berbeza pendapat.

Sekurang-kurangnya, pilihan raya kecil Bagan Pinang menyatukan Mahathir dan Khairy, selepas sekian lama Mahathir memukul menantu Tun Abdullah itu._

Read More...

Calon 'Kotor' Pilihan BN

BAGAN PINANG : ISA SAMAD DIPILIH, BUKTI UMNO/BN HALALKAN RASUAH

Terbukti rasuah bukan satu kesalahan bagi Umno. Sebab itulah seorang perasuah seperti Isa Samad dipilih sebagai bakal calon BN DUN Bagan Pinang.

Ini mengukuhkan lagi sifat dan prinsip Umno bahawa rasuah dibenarkan dan ianya bukan satu kesalahan jenayah sebagaimana Umno membiarkan Ali Rustam terus menjadi Ketua Menteri Melaka walaupun beliau jelas terbabit dengan rasuah.

Pemilihan Isa Samad cukup memualkan rakyat dan ini membuktikan bahawa Umno/BN tidak serius menangani rasuah.

Pekung dan kebobrokan Umno/BN semakin meloyakan rakyat dan tidak mustahil rakyat akan menolak Umno/BN secara total. Walaupun Umno/BN mungkin menang di Bagan Pinang dengan undi pos namun secara keseluruhan rakyat Malaysia khasnya di Semenanjung semakin meluat dan benci dengan sikap pemimpin Umno/BN yang menghalalkan rasuah.
Umno/BN seolah-olah tidak mempunyai calon lain yang lebih bersih dan berintegriti. Atau mungkinkah semua pemimpin Umno terbabit dengan rasuah sehingga tiada yang bersih dan suci lagi.

Isa Samad pernah digantung keahliannya dari Umno kerana terlibat dengan rasuah pada pemilihan Umno beberapa tahun lepas. Namun selepas itu hukumannya dipendekkan dan beliau kembali memenangi jawatan Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang tanpa bertanding tahun lepas.

Sebagai rakyat Malaysia saya berasa malu dan sedih dengan pemilihan Isa Samad ini kerana dunia luar melihat seolah-olah parti kerajaan yang memerintah sekarang menghalalkan rasuah.

SOFI WAHAB

Read More...

Isa Hampir Pasti Calon Pilihan Najib

"Kami mahu Isa. kalau tak kami BOIKOT" Demikian kain rentang yang masih dapat dilihat di beberapa kawasan Bt. 6 Teluk Kemang, di sini.

Dipercayai kain rentang itu dibuat sendiri oleh penyokong tegar bekas Menteri Besar Tan Seri Mohd Isa Abdul Samad.

Kain rentang itu juga dikatakan sebagai isyarat awal kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak; bahawa akar umbi bertegas mahukan Isa.

Ini kerana Najib dijadualkan mengumumkan calon pilihan Umno BN petang ini.

Dalam perkembangan berkaitan, kain rentang protes yang sama mula diturunkan di sekitar kampung halaman Isa, Kampung Baru Si Rusa; sejak pagi tadi.

Bersebelahan rumah kampung Isa - Balai Raya Si Rusa yang dijadikan bilik gerakan Umno kelihatan tidak dihiasi sebarang bendera dan kain rentang.

Suasana hambar di situ, seolah-olah menggambarkan Umno tempatan boikot pilihan raya jika Isa tidak terpilih sebagai calon.

Beberapa perkembangan terkini menjangkakan Umno masih berdepan pergelutan kuasa dalaman dalam Umno, walaupun Umno berjaya menampilkan seorang calon yang bersih.

Read More...

Mahathir Cuba Menafikan Fakta Sebenar

Kelantan mundur, Mahadir sudah nyanyok ?

Saya berpandangan Dr. Mahadhir sudah tidak layak untuk bersuara dalam keadaan dia semacam "nyanyok". Terbaru bila dia meminta supaya Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat harus bertanggungjawab terhadap kemunduran negeri itu.

Sebenarnya tuduhan Kelantan mundur adalah bohong dan tidak benar sama sekali, saya beranggapan Kelantan sudah jauh maju dari semasa BN memerintah satu masa dulu, jauh dari itu kemajuan Islam Di Kelantan jauh mendahului negeri lain yang diperintah oleh UMNO. Hanya orang yang pekak dan buta mata hatinya yang masih menuduh Kelantan mundur termasuklah Mahadir.

"Pada satu tahap tertentu, beliau bertanggungjawab terhadap kemunduran Kelantan. Beliau perlu menerimanya. Di negara lain, orang akan letak jawatan jika mereka gagal," kata beliau bagi menjawab soalan mengenai kepimpinan Nik Aziz.

Dr Mahathir berkata demikian kelmarin selepas majlis pembukaan Sidang Kemuncak Tadbir Urus Korporat 2009 hari ini yang bertajuk "Truth, Lies and Corporate Governance".

Kenyataan bahawa Nuk Aziz gagal membawa kemajuan di Kelantan adalah kenyataan yang saya anggap menepuk air didulang atau menjilat ludah sendiri kalau boleh disamakan.

Semua sudah maklum, semasa Tok Guru mula memegang teraju pemerintahan Kelantan, Mahadhir semasa itu adalah Perdana Menteri Malaysia. Segala macam tindakan dan dasar pemulauan terhadap kerajaan Kelantan bermula dari itu. Macamlah Kelantan bukan lagi salah satu negeri dari negeri dalam Persekutuan Malaysia.

Perlulah diingatkan pemberian royalti minyak kepada Lelantan yang ada kaitan dengan Petronas dan BN sejak sekian lama dinafikan. Malah jumlahnya sudah melebihi 1 billion Ringgit malaysia.

Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di ujudkan sejak PAS memerintah Kelantan sehingga sekarang, semacam ada kerajaan ke 2 di Kelantan, siapakakah yang bertanggung jawab dalam menafikan hak demokrasi yang telah diputuskan oleh rakyat kelantan, kalau bukan Mahadhir.

Rasanya terlampau banyak "dosa " Mahadir dalam memundurkan kelantan kalaulah benar Kelantan mundur. Itupun Alhamdulillah kelantan terus membangun bersama Islam dan maju dari negeri yang diperintah oleh UMNO.

Bandingkan sahaja dengan Terangganu, siapakah yang maju, tolong beri jawapan dengan segera.

IDHAM LIM

Read More...

Bagan Pinang - Mahathir Punya Agenda Tersendiri

Apa Agenda Mahathir Ganyang Isa Secara Terbuka dan Berterusan?

Apa yang dah jadi sebenarnya? Siapa PM? Kenapa Mahathir dah jadi macam “Ketam Bergelumang Taik” nak ajar Isa pulak? Mula-mula tu saya setuju jugak dengan pandangan Mahathir yang mahukan UmnoBn mengetangahkan calon yang bersih rasuah bagi Bagang Pinang. Tetapi bila Tun yang sepatutnya berehat macam Tun Badawi dah jadi “Tun Over” yang melampau sehingga nak ajar Isa Samad supaya buat itu dan ini, tak berapa kenalah tu.

Isa tu bukannya budak pemuda Umno yang tak bertelur. Dia dah lama dalam Umno. Kalau Isa buat, Mahathir pun mesti buat jugak. Hanya penyamun yang kenal penyamun yang lain.

Perbuatan Mahathir telah melampaui tabii’ dan saya kira ini sudah lebih dan melanggar hak asasi manusia (bawah seksyen berapa tak tahulah saya). Apa yang Mahathir nak takutkan jika Isa Samad bertanding? Isa Samad ada pegang apa-apa rahsia Mahathir ke?

Sebagai seorang ahli Umno yang berdaftar, Isa berhak untuk dipilih dan memilih. Kenapa Mahathir terlalu over membenci Isa Samad dan membelakangkan suara dan hak beberapa Bahagian Umno di Negeri Sembilan yang mahukan Isa sebagai calon?
Isa sorang saja ke yang kotor rasuah dalam Umno? Kenapa Mahathir begitu jijik sekali dengan perbuatan Isa? Orang lain tak buat ke dalam BN? Takkan kerana Isa seluruh BN akan Binasa?

Saya bukan berniat nak menentang atau menyokong perbuatan keji Isa atau berharapkan Isa menjadi calon kerana Isa bakal menjadi lauk yang cukup lazat untuk pertarungan nanti.

Tapi kesianlah sikit kat Tok Mat Isa tu. Mat Isa bukan jenis yang pentingkan diri. Ya memang Tok Mat Isa beri rasuah, ya memang itu salah tapi Tok Mat bagi rasuah kat siapa? Bukankah Tok Mat bagi rasuah kat anak buah jugak dalam Umno.

Yang memberi dan menerima rasuah semuanya bersalah. Kenapa hukum Isa sorang? Hukumlah semuanya dalam Umno? Saya tak bermaksud nak labelkan Umno sebagai parti rasuah tetapi kalau keadaan mendesak seperti apa yang dilakukan Tun Over yang melampau terhadap Isa, memang Umno layak dilanyak sebagai sebuah parti rasuah dari dulu kini dan selamanya.

Kalau Mat Isa bagi laba kat bahagian-bahagian di Negeri Sembilan untuk mencalonkan beliau, duit tu bagi kat siapa? Anak buah dia jugak dalam Umno. Ini bermakna Isa tak makan sorang. Ada duit lebih, ada kepentingan Isa akan bagi kat anak buah jugak.

Takkan Mat Isa nak labor duit kat orang Pas atau keadilan atau blogger supaya mencalonkan dia. Itu tak mungkin kerana kami tak makan rasuah walau pun kita sengkek, rasuah tak sekali.

Berilah peluang kepada mat Isa kerana ramai yang akan mendapat laba nantidan yang dapat tu pun bukan orang lain, puak-puak Umno juga yang dapat untung. Budaya orang memberi kita merasa kan berleluasa dalam parti orang melayu macam Umno, mana boleh dihapus atau nak dibersihkan seperti mana mahu Mahathir? Mintak Isa Tanya sikit kat Mahathir tu, boleh ke dia bersihkan apa yang beliau telah lakukan terhadap Anwar Ibrahim dulu?

Kalau aku jadi Isa lah, suruh Mahathir bersihkan diri dan anak-anaknya dulu sebelum suruh Isa menjadi bersih dengan pelbagai cadangan dalam media. Itu bukan nasihat tapi menghina nama tu. Kalau Mahathir jujur, pergilah jumpa Isa dan nasihatkan depan-depan. Ni tidak, dinasihatkan di media dan tentu akan dimanipulasikan pihak pembangkang seperti sinarhairan.

Dahlah reputasi Isa tu dah rosak kerana rasuah, kenapa Mahathir nak tambah rosakkan lagi? Apa agenda Mahathir sebenarnya? Atau Mahathir ada orangnya sendiri yang nak dicalonkan? Kalau itulah yang sebenarnya, Mahathir belum kenal lagi siapa Isa Samad dan hulubalangnya.


kedahlanie

Read More...

28 September 2009

Lembu Pula Diarak Ke Bangunan SUK

Persoalannya siapa di belakang kejadian ini yang mengatur dan merancang perarakan ini? Mungkin Khir Toyo mempunyai jawapannya.

Kira-kira 70 orang penternak mengadakan bantahan dengan membawa 30 lori bersama muatan lembu, kerbau dan kambing ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam hari ini.

Mereka juga turut mendesak exco kerajaan negeri Selangor yang bertanggungjawab terhadap bidang pertanian, Yaakob Sapari supaya meletak jawatan.

Penternak terbabit mendakwa, kerajaan negeri dan majlis tempatan tidak membantu selepas kejadian runtuh di tempat buangan sampah haram, telah mengorbankan ternakan mereka.

Pengerusi Persatuan Penternak Ruminan Negeri Selangor, Samad Kassim memberitahu pemberita bahawa dua ladang ternakan dihempap runtuhan sampah di situ, yang mengakibatkan 10 ekor lembu tertimbus.

Salah sebuah ladang tersebut mempunyai lesen manakala yang satu lagi terletak di kawasan simpanan TNB. Bagaimanapun, Samad berkata, tiada sebab kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan tidak membantu mereka.

"Kami merupakan salah satu penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi Selangor, tetapi mengapa mereka tidak berbuat sesuatu untuk membantu kami? Kami juga pelabur," katanya.

Rabu lalu, usaha untuk memadamkan kebakaran di kawasan buangan sampah haram di Kampung Sungai Kertas, Ulu Yam itu mengakibatkan sebahagian longgokan sampah runtuh, dan menimbus ternakan dan mencederakan seorang pekerja rakyat Bangladesh.

Bertan-tan sampah, tanah dan air runtuh dari ketinggian 40 meter dan menghempap dua ladang ternakan tersebut pada jam 8.30 malam Rabu lalu, mengakibatkan lembu dan kambing mati lemas.

Tiga minggu lalu, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menggali parit di situ untuk mengisinya dengan air dalam usaha memadamkan kebakaran yang berlaku sejak lima bulan lalu.

Samad berkata, bangkai ternakan masih tertimbus sampah kerana tiada pihak yang mahu membersihkannya.

Beliau bimbang keadaan itu boleh mengakibatkan berlakunya wabak penyakit di kalangan ternakan yang masih hidup, mengakibatkan lebih banyak yang akan mati.

Bagaimanapun, keadaan reda apabila setiausaha politik Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim muncul dari bangunan SUK dan berkata Yaakob bersetuju untuk menemui pemimpin persatuan itu yang mewakili peserta bantahan lain.

Read More...

Pelik Apabila Pemimpin Umno Pertahankan Hassan Ali

Para pemimpin dan penyokong parti pembangkang yang sering melaung-laungkan kebebasan bersuara sepatutnya bersikap terbuka apabila Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menegur Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT).

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Noh Omar berkata beliau hairan apabila ada yang mahukan tindakan diambil terhadap Dr Hasan sedangkan sebagai wakil rakyat dan bekas pegawai tinggi kerajaan, pandangan yang diberikannya adalah betul.

Tindakan sehingga menyuruh Dr Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri itu dipecat adalah membelakangi prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara yang diperjuangkan oleh parti pembangkang selama ini, katanya kepada pemberita ri Rumah Terbuka Umno Bahagian Tanjung Karang yang diterajuinya di sini pada hari Ahad.

Sebelum ini, Dr Hasan telah menegur kaedah para pegawai daerah yang disiasat bagi mengetahui kemanakah wang peruntukan Anggota Dewan Undangan Negeri sebelum Pilihan Raya Umum 2008 dibelanjakan yang didakwa menghina dan memperkotak-katikkan maruah pegawai-pegawai kerajaan.

"Jadi kalau pegawai daerah ini disoal siasat secara terbuka, ini bagi saya menghina dan mempersoalkan kerja-kerja yang dibuat oleh pegawai dalam negeri Selangor kerana bagi kita semasa Barisan Nasional memerintah, pegawai-pegawai kerajaan negeri telah terbukti membantu kerajaan Barisan Nasional membangunkan negeri Selangor," katanya.

bernama

Read More...

Pembangkang macam burung unta - MBH Zambry


Jika pembangkang macam burung unta, Umno/BN pula macam apa? Puak-puak nie pulak macam anjingkah wahai Menteri Besar Haram??


Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir pelik dengan sikap pemimpin pembangkang yang tidak henti-henti membuat kenyataan menafikan mereka terlibat dengan beberapa tindakan provokatif termasuk perbuatan menconteng dan menyimbah cat pada gambar Menteri Besar itu baru-baru ini.

Zambry berkata, apa yang berlaku menunjukkan ada yang tidak kena membabitkan pemimpin-pemimpin pembangkang tersebut.

''Saya tidak tahu mengapa mereka (pemimpin pembangkang) beria-ia membuat penafian demi penafian mengatakan mereka tidak melakukannya.

''Saya tidak pernah tuduh sesiapa. Tetapi agak pelik juga pada masa mereka buat penafian, wajah saya disimbah cat," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri UMNO Bahagian Parit di sini hari ini.

Sambil menyifatkan sikap pembangkang umpama burung unta yang berusaha menyorokkan mukanya tetapi tidak sedar bahagian belakang tetap boleh dilihat, kata Zambry, beliau kesal jika tanggapan itu benar-benar berlaku.

''Isunya bukan sekadar conteng atau simbah cat, ada ketua bahagian (UMNO) memaklumkan pada saya, kain-kain rentang yang dipasang untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri telah ditarik.

''Seperti ada pasukan khas yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan kerja-kerja ini. Hari ini kita pasang, esok hilang," jelas beliau lagi.

Sementara itu, dalam ucapannya, Menteri Besar meminta semua rakyat di negeri ini agar bermaaf-maafan sesama mereka bagi mengeratkan perpaduan.

Read More...

27 September 2009

Siapalah Ibrahim Ali Tanpa PAS

Ibrahim Ali hanyalah pengemis jalanan yang tidak tahu mengenang budi yang dikutip dan dibela nasibnya oleh Pas

Tanpa lambang bulan sudah pasti Datuk Ibrahim Ali tidak akan merasai kedudukan seperti sekarang, sebagai anggota parlimen Pasir Mas, namun beliau melupakan segala-galanya dan 'menggigit tangan yang menyuapkannya makanan'.

Ini kerana sokongan padu penyokong PAS dan Pakatan Rakyat membolehkan beliau merasai kembali jawatan itu selepas menang di atas tiket Semangat 46 pada 1990.

Namun Ibrahim melupakan segala jasa dan keringat ahli dan penyokong PAS yang bekerja keras memenangkannya pada pilihan raya umum ke-12 Mac 2008. Kata orang tua-tua, ibarat kacang sudah lupakan kulit.

Pengundi di Pasir Mas ketika ditemui menyokong penuh saranan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA) supaya Ibrahim meletak jawatan kerana telah mengkhianati amanah rakyat.

Pesara kerajaan, Mohamad Osman, 67 dari Kampung Kasa berkata, hanya pemimpin yang tiada maruah sahaja sanggup mempertahankan kedudukannya biar pun dicemuh seluruh pengundi. "Tindakan Ibrahim sekarang seolah-olah membunuh karier politik sendiri. Selepas ini siapa lagi yang mempercayai pemimpin seperti itu," katanya di sini.

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan TGNA hari ini sekali lagi mengulangi pendiriannya supaya Ibrahim menggosongkan kerusi parlimen Pasir Mas memandangkan sikap dan tindak tanduknya bertentangan dengan perjuangan PAS.

"Saya akan terus mendesaknya melepaskan jawatan wakil rakyat di Pasir Mas kerana dia bertanding atas tiket PAS. Namun kini menentang menentang dasar PAS dan kerajaan negeri. Wakil Rakyat macam ni orang tak boleh terima sebab tak ada pendirian dan prinsip perjuangan," katanya ketika ditemui media di majlis Hari Raya Aidilfitri PAS Kelantan di Dataran Stadium Sultan Muhammad ke-IV hari ini.-hrkh

Read More...

Bagan Pinang - Saiful Bukhari Pasti Muncul

Dendangan lagu lama pasti berkumandang kembali di Bagan Pinang

Mohd Saiful Bukhari Azlan yang telah menjadi watak utama dalam kes yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelangnya pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh bulan Ogos yang lalu dijangka akan mengulangi watak utama menjelangnya PRK di Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang tidak lama lagi.

Jika dalam PRK di Parlimen Permatang Pauh isu Saiful telah dimainkan secara meluas termasuk oleh media arus perdana maka sekali lagi dalam PRK Bagan Pinang beliau akan dijadikan ikon sekali lagi bagi pemuda-pemuda untuk menjadi contoh bagaimana seorang anak muda yang rela untuk mendedahkan kejelekan dan keburukan yang ada pada dirinya bagi kepentingan politik sesetengah pihak.

Dalam konteks ini, Saiful dalam blognya telah melahirkan rasa bimbang diatas keselamatan beliau menjelangnya perbicaraan kes yang membabitkan Anwar pada 3 November yang akan datang.

Beliau juga mendakwa ketakutan ini kerana tidak mahu terjadi kes yang sama seperti apa yang berlaku kepada Teoh Beng Hock.

Kenyataan Saiful ini bukan saja mengundang keraguan malah menimbulkan prejudis apabila beliau mulai muncul tatkala akan diadakan PRK Bagan Pinang.

Namun begitu samada kehadiran beliau akan menjejaskan peluang kemenangan Pakatan Rakyat dalam mana-mana pilihan raya sudah terbukti sebelum ini.

Walaupun beliau bersumpah mubahalah menjelangnya PRK Parlimen Permatang Pauh dengan didokong oleh pemimpin Barisan Nasional ternyata rakyat sudah dapat membezakan antara sumpah beliau dan sumpah keramat yang dibuktikan oleh pengundi Parlimen tersebut.

Wujudnya Saiful menjelang PRK Bagan Pinang kali ini adalah umpama wujudnya Ezam Mohd Noor semasa PRK Permatang Pauh.Begitu juga dengan munculnya Tun Mahathir semasa PRK Bukit Selambau dan Bukit Gantang.

Namun begitu keputusannya telah terbukti bahawa rakyat tidak menerima kehadiran pelakon menjelang pilihan raya seperti ini. _ hrkh

Read More...

Khairy Hadir Rumah Terbuka Nasharudin

Kunjungan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa di Bandar Mahkota

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin masih bersikap terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan Dewan Pemuda PAS berhubung apa jua perkara yang menyentuh kepentingan bersama-sama pergerakan muda kedua-dua parti itu.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Rembau ini meminta "jangan ada apa-apa perasaan syak-wasangka antara Pemuda PAS dan Pemuda Umno."

Beliau juga melahirkan harapan agar Pemuda PAS juga akan mempamerkan sikap terbuka dalam hal ini.

"Saya pun ada bincang sedikit tentang hala tuju bersama dengan (Timbalan Ketua Pemuda PAS, Azman Shapawi Abdul Rani, hari ini), bukan kita hendakkan hubungan yang formal.

"Tetapi sekiranya ditakdirkan ada peluang untuk kita sama-sama berjumpa dan berbincang dengan lebih tersusun lagi, saya terbuka kepada jalan tersebut.

"Dan, saya berharap Pemuda PAS pun tetap terbuka dan masih terbuka kepada idea tersebut," kata beliau ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dekat sini hari ini.

Khairy tiba di rumah Nasharudin kira-kira 3.30 petang. Azman Shapawi juga hadir sama pada majlis rumah terbuka itu.

Ini kali pertama Khairy menghadiri majlis rumah terbuka pemimpin kanan PAS.

Khairy dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno Mac lalu.

Dewan Pemuda PAS juga menerima ketua yang baru Jun lalu iaitu Nasrudin Hassan Al-tantawi.

Mengulas lanjut, Khairy memberitahu, beliau dan Timbalan Ketua Pemuda PAS tidak membincangakan apa-apa perkara yang serius hari ini.

"Saya pun telah menyampaikan salam saya kepada saudara Nasrudin. Tiada apa-apa agenda yang formal, yang perlu ditetapkan.

"Cuma hendak membina hubungan persaudaraan, mungkin melalui kunjungan seperti ini akan dapat kita melihat satu keserasian dalam hubungan kita antara PAS dan Umno.

"Saya rasa tiada masalah. Jangan kita terlalu baca dalam keadaan macam ini... biar hubungan itu terjadi secara semula jadi, jangan kita paksa," katanya.

Mengenai idea Dewan Pemuda PAS Jun lalu agar diadakan wacana ilmiah, Khairy berkata:

"Wacana itu sudah jadi isu yang lama, banyak komen sudah diberikan... sekejap jadi, sekejap tak jadi."

"Macam saya katakan tadi, biar hubungan ini jadi hubungan semula jadi.

"Jangan kita paksa. Jangan kita ada tumpuan media, jangan ada tumpuan wartawan. Yang ini akan merumitkan keadaan, bila kita ada terlalu banyak pihak, banyak orang, kita tidak akan melihat kejujuran daripada kedua-dua pihak," katanya.

Ketika ditanya mengenai kehadiran pada majlis rumah terbuka Nasharudin, Khairy memberitahu, "bagi saya ini bukan benda luar biasa sebab ini musim Hari Raya, perayaan Aidilfitri. Jadi bila dijemput untuk datang untuk ke rumah terbuka dan bila ada kelapangan dan masa, maka kita datanglah."

"Bagi saya tiada apa-apa yang luar biasa untuk datang ke sini. Saya pun dah kenal Ustaz Nasharudin dah lama dan kita sama-sama dalam Parlimen, jadi secara kebetulan pula saya tinggal di Putrajaya, tidak jauh dari sini, tiada masalah untuk datang," katanya.

Read More...

Pertembungan Labu Dan Labi

Mahathir mengulangi lagi harapannya. Beliau membuat penegasan untuk sekian kalinya, bahawa UMNO tidak patut mencalonkan Isa di PRK Bagan Pinang.

Ini dibuat berdasarkan Isa pernah digantung keahliaannya kerana terjerumus dalam politik wang dalam bahasa yang lembut atau rasuah politik dalam bahasa yang keras sedikit. Dua istilah yang berbeza tapi sifat perbuatannya sama saja.

Adakah Mahathir merupakan orang yang paling layak memperkatakan soal calon 'bersih' dalam UMNO?

Masalah politik wang mula mekar pada zamannya. Apabila beliau menang tipis ke atas Ku Li, maka di wujudkan sistem kuota dalam pemilihan Presiden serta Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Bermula dari situ, mana-mana pemimpin yang ingin membina pengaruh atau kurang berpengaruh atau tidak yakin perwakilan memilihnya maka politik wang subur berkembang membarah, menanah dan mula mereput sehingga sekarang.

Apakah Isa sorang saja ke yang menjadi 'kambing hitam' dalam UMNO? Kenapa Mahathir tidak mendesak Ketua Menteri Melaka melepaskan jawatan Ketua Menterinya? Kenapa Mahathir tidak melaung sekuat-kuat hatinya bahawa Khairy tidak layak jadi Ketua Pemuda?

Apakah hanya amalan politik wang saja yang menjadi 'dosa' bagi UMNO? Apakah 'dosa-dosa' lain boleh diterima dan diamalkan dalam UMNO? Bagaimana kes seorang pembesar di Melaka suatu waktu dulu yang terlibat dengan kes 'bergaul-mesra' dengan budak perempuan bawah umur dibela oleh Mahathir?

Jelas, memang Mahathir mengamalkan 'double-standard' dan memang UMNO itu sendiri mengamalkan 'double-standard'.

Beliau dengan nada seloroh ingin menonjolkan diri sendiri menjadi calon di Bagan Pinang. Di buat begitu kerana ingin menunjukkan penegasan beliau, Isa tidak patut dicalonkan. Baca di sini.

Atau mungkin dia begitu kepingin sekali berada dalam 'limelight' sekali lagi, di mana sekarang, beliau berasa 'hairan diri' kerana ke mana saja beliau pergi, beliau diajukan berbagai-bagai soalan dan juga beliau sentiasa dijemput memberi ucaptama di dalam dan luar negeri.

Jika beliau serius dengan tawaran itu, diucapkan Selamat Datang ke Bagan Pinang, biar dia nampak langit di sana tinggi-rendah.

al-brangi

Read More...

Sikap Kurang Ajar Ibrahim Anak Lelaki Ali

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mempersoalkan tindakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi desakan supaya beliau mengosongkan kerusi Parlimen tersebut.

Beliau sebaliknya mendesak Nik Abdul Aziz supaya meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka kerana gagal melaksanakan tugas walaupun telah diberi mandat oleh rakyat hampir 20 tahun menerajui negeri ini.

Katanya, Mursyidul Am Pas itu tidak berhak untuk mendesaknya melepaskan jawatan kerana kemenangannya pada pilihan raya umum lalu diberikan oleh penduduk Pasir Mas dan parti hanya menjadi landasan untuk berbakti.

“Kenapa saya perlu meletak jawatan, dia yang sepatutnya meletakkan jawatan, apa yang dia buat sejak memerintah Kelantan pada 1990? Tidak ada perubahan langsung.

“Nik Abdul Aziz gagal untuk mentadbir dan ia jelas terbukti, jadi dia yang harus meletakkan jawatan kerana sudah lama memerintah tetapi tidak ada apa yang dibuat untuk rakyat di negeri ini.

“Saya tidak makan duit haram, semua elaun saya sebagai Ahli Parlimen saya kembalikan kepada rakyat bagi memastikan mereka tidak hidup dalam keadaan susah kerana kerajaan negeri tidak membantu,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri Parlimen Pasir Mas di sini hari ini.

Read More...

26 September 2009

Umie-Datuk K Bertunang Selasa Depan


"Majlis pertunangan kami akan berlangsung pada 29 September ini, pukul 8 malam di I-Zen Mont Kiara 1," kata Umie menerusi satu khidmat pesanan ringkas (SMS), hari ini.

Setelah kisah percintaannya dengan seorang tokoh perniagaan tersebar agak lama, akhirnya aktres jelita, Umie Aida dan kekasihnya, Datuk Khairuddin yang turut digelar Datuk K itu memilih tarikh 29 September ini untuk melangsungkan majlis pertunangan mereka.

Sebelum ini, media asyik berteka-teki tentang tarikh pertunangan pasangan ini. Setiap kali ditanya, Umie hanya menjawab : "Tengah dalam proses persiapan".

Namun, kisah tentang tarikh pertunangan mereka terus diperkatakan dan Umie sendiri ketika itu tidak menolak ramalan ramai kemungkinan akan melangsungkan majlis pertunangannya selepas Hari Raya Aidilfitri.

"Saya benar-benar tidak tahu. Apa yang pasti saya akan memaklumkan kepada media apabila sampai masanya," kata Umie.

Meskipun masih berahsia tentang majlis tersebut ketika itu, Umie bagaimanapun sempat menyuarakan impiannya untuk mengadakan majlis pertunangan dengan lelaki yang mesra dipanggil 'Abang K' olehnya itusecara sederhana.

Read More...

Makkal Sakhti - Mahathir Menghangatkan Lagi Samy


Penubuhan parti Makkal Sakhti langkah baik, kata Dr M

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan penubuhan parti Makkal Sakhti sebagai satu langkah yang baik memandangkan banyaknya sokongan bagi penubuhan parti baru itu.

Beliau berkata penubuhannya juga perlu sebagai langkah mengekalkan sokongan kaum India terhadap kerajaan.

"Oleh kerana dilihat terdapat banyak sokongan bagi penubuhan parti ini, saya fikir ia adalah baik kerana kita (kerajaan) tidak mahu kehilangan sokongan kaum India," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di ibunegara hari ini, lapor Bernama.

Parti Makkal Sakti Malaysia ditubuhkan oleh bekas pemimpin Hindraf yang telah diharamkan tahun lalu.

Parti itu diumumkan penubuhannya Mei lalu, diterajui bekas penyelaras kebangsaan Hindraf R S Thanenthiran.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadualkan melancarkan Parti Makkal Sakti Malaysia - parti terbaru kaum India negara ini - pada 10 Oktober ini di Taman Pameran Pertanian Malaysia, Serdang.

Ditanya sama ada penubuhan parti itu akan memberikan kesan terhadap pengaruh MIC selaku parti utama kaum India di negara ini, Dr Mahathir berkata,:"Saya fikir pengaruh MIC sudah semakin luntur".

Dalam pada itu ketika ditanya mengenai cadangan Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu untuk bercuti selama dua bulan daripada melaksanakan tugas-tugas sebagai Presiden parti, Dr Mahathir berkata tempoh itu tidak mencukupi.

"Ia patut dilanjutkan kepada kira-kira 20 tahun, dua bulan tidak cukup.

"Dia tidak boleh...dia sudah duduk di situ (jadi presiden MIC) 30 tahun, jauh lebih lama dari saya. Saya 22 tahun pun sanggup letak jawatan (sedangkan) masa saya letak jawatan bukanlah orang benci sangat tapi saya letak jawatan. Selagi dia duduk di situ lagi lama, lagi orang benci," katanya.

Read More...

Hassan Bengap Bila Dinasihati Penasihat Bengap

nilah dia Dato Hasan, bila dia ambil penasihat2 yang hanya tahu membodek padahal penasihat2 beliau itu semuanya tidak cerdik dan dangkal pemikiran. Tidakkah penasihat-penasihat Dato Hasan ini sedar bahawa ada wakil PAS dalam SELCAT? Wakil PAS dalam SELCAT adalah YB Saari Sungip.

Inilah dia Dato Hasan, bila dia ambil penasihat2 yang hanya tahu membodek padahal penasihat2 beliau itu semuanya tidak cerdik dan dangkal pemikiran. Tidakkah penasihat-penasihat Dato Hasan ini sedar bahawa ada wakil PAS dalam SELCAT? Wakil PAS dalam SELCAT adalah YB Saari Sungip.berhentilah buat kenyataan2 yang dangkal dan bodoh. Masaalah Dato Hasan adalah penasihat2 beliau adalah dunggu dan bengap. Jadi, Dato Hasan pun jadi dunggu juga. Itulah masaalahnya - Tulang Besi


Jawapan kepada Kenyataan Dato’ Hasan Ali



Dato Hasan Ali dalam kenyataan terbaru beliau (yang saya rasa disediakan oleh Roslan SMS yang tak berapa bijak tu) Dato Hasan mengatakan:



“Sesi penyiasatan yang menggunakan kaedah menghina serta menjatuhkan maruah disamping lahirnya unsur tekanan sehingga mencetuskan ketegangan jelas tidak mencerminkan objektif dan falsafah penubuhan SELCAT. Akibat kaedah ini maruah dan harga diri para pegawai kanan kerajaan telah teruk tercalar dan moral mereka menurun.”



Inilah dia Dato Hasan, bila dia ambil penasihat2 yang hanya tahu membodek padahal penasihat2 beliau itu semuanya tidak cerdik dan dangkal pemikiran.
Tidakkah penasihat-penasihat Dato Hasan ini sedar bahawa ada wakil PAS dalam SELCAT? Wakil PAS dalam SELCAT adalah YB Saari Sungip.



Sekiranya dakwaan Dato Hasan ini benar, mengapa YB Saari Sungip tidak menyokongnya? Mengapa YB Saari Sungip malah mencadangkan Dato Hasan dihadapkan kepada “Select Committee” bagi dibicarakan atas alasan tatatertib kerana mempersoalkan SELCAT?
Dan kesemua ahli SELCAT menafikan berlaku usaha menjatuhkan maruah serta wujud unsur tekanan dan ketegangan. Hakikatnya ialah berlakunya ketegangan itu adalah lumrah kerana ianya membahaskan isu yang sensitif seperti itu?



Soalnya sekarang apa perlunya JK SELCAT mahu menjatuhkan maruah pegawai2 kerajaan ini? Apa untungnya JK SELCAT berbuat demikian kerana akhirnya mereka juga terpaksa bekerjasama dengan pegawai2 ini apabila mereka mahu menjalankan kerja2 wakil rakyat mereka?



Saya cabar Dato Hasan dan kuncu2 nya menafikan khabar ini. Bahawa para DO2 ini di bawah platform “PROMIS” , sebuah persatuan tidak berdaftar yang dianggotai oleh pegawai2 kerajaan dari daerah dan PBT , telah datang mengadap Dato Hasan dan mengadu kepada Dato Hasan berkenaan dengan apa yang mereka telah hadapi dalam prosiding2 SELCAT.
Dalam perjumpaan tersebut, pegawai2 ini telah melonjak ego Dato Hasan dengan mengatakan bahawa hanya Dato Hasan harapan Melayu dalam pentadbiran Selangor. Dan Dato Hasan terus mempercayai puak2 ni TANPA merujuk kepada wakil PAS dalam SELCAT, yakni saudara Saari Sungip.



Seterusnya kenyataan itu berkata:


“Sepatutnya siasatan SELCAT yang berkisar sekitar perbelanjaan peruntukkan ADUN-ADUN BN dalam kerajaan dahulu tidak sekadar memanggil pegawai-pegawai daerah untuk memberikan keterangan tetapi juga memanggil ADUN-ADUN yang berkenaan. Dengan cara ini SELCAT akan memperolehi maklumat yang seimbang tanpa menyalahkan satu pihak semata-mata.”



Apakah Dato Hasan tidak sedar bahawa tanpa kerjasama dari pegawai2 ini, tidak mungkin peruntukan yang berjumlah RM450k per DUN dapat dikeluarkan dalam masa kurang dari 2 minggu? Seharusnya pegawai2 ini harus dipersoalkan mengapa boleh peruntukan2 ini dikeluarkan dengan begitu cepat sedangkan pegawai2 ini berkuasa untuk memproses permohonan dengan kadar masa yang berpatutan?



Apakah begitu dangkal sekali pemikiran Dato Hasan sehingga tidak sedar bahawa tidak mungkin UMNO dapat menggunakan wang rakyat untuk kempen mereka sekiranya tiada kerjasama erat dari pegawai2 kerajaan yang ada sekarang ini?



Dan sekiranya pegawai2 kerajaan ini benar2 dipaksa dan disuruh untuk melakukan korupsi, apa yang perlu ditakuti oleh mereka? Mereka boleh memberitahu kepada SELCAT bahwa mereka mendapat arahan dari UMNO untuk melepaskan peruntukan yang berjumlah ratus ribu ringgit per DUN itu dan mereka terpaksa menuruti? Mengapa mereka perlu mempertahankan tindakan mereka sehingga berlaku sedikit ketegangan dalam persidangan mereka?



Lagi satu kenyataan yang menampakkan kebodohan serta kedunguan Dato Hasan serta penasihat2 beliau:




“Sebaliknya apa yang saya cadangkan adalah supaya keanggotaannya dipilih dari kalangan ahli-ahli dewan negeri Selangor yang berwibawa, dan memiliki kepakaran dan kebijaksanaan setaraf dengan keanggotaan Surhanjaya Di Raja, demi memilhara kehormatan institusi SELCAT itu sendiri.”



Saya cabar Dato Hasan dan penasihat2 beliau supaya tunjukkan apa kurangnya kelayakan ahli2 SELCAT yang ada sekarang? Adakah mereka tidak ada pengalaman? Adakah Saudara Azmin Ali tidak pernah berkhidmat di bawah bekas Menteri Kewangan Malaysia? Adakah Teng Chang Kim itu bukan berkelulusan undang2?



Sekali lagi, berhentilah buat kenyataan2 yang dangkal dan bodoh. Masaalah Dato Hasan adalah penasihat2 beliau adalah dunggu dan bengap. Jadi, Dato Hasan pun jadi dunggu juga. Itulah masaalahnya.



Tulang Besi
…………………………………………………………………………………………………………….



KENYATAAN MEDIA
DATO’ DR HASAN MOHAMED ALI
EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR/ PESURUHJAYA PAS SELANGOR



Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa selaku ahli EXCO kerajaan negeri Selangor serta Pesuruhjaya PAS Negeri, saya menyokong penuh obejektif dan falsafah penubuhan SELCAT. Walaubagaimanapun ekoran siasatan awam yang dilakukan baru-baru ini khasnya yang melibatkan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri ternyata SELCAT perlu mengkaji semula prosedur serta teknik penyiasatan yang dilakukan.



Sesi penyiasatan yang menggunakan kaedah menghina serta menjatuhkan maruah disamping lahirnya unsur tekanan sehingga mencetuskan ketegangan jelas tidak mencerminkan objektif dan falsafah penubuhan SELCAT. Akibat kaedah ini maruah dan harga diri para pegawai kanan kerajaan telah teruk tercalar dan moral mereka menurun.



Sepatutnya siasatan SELCAT yang berkisar sekitar perbelanjaan peruntukkan ADUN-ADUN BN dalam kerajaan dahulu tidak sekadar memanggil pegawai-pegawai daerah untuk memberikan keterangan tetapi juga memanggil ADUN-ADUN yang berkenaan. Dengan cara ini SELCAT akan memperolehi maklumat yang seimbang tanpa menyalahkan satu pihak semata-mata.



Oleh itu dalam hal ini, saya ingin mencadangkan agar segera diadakan petemuan antara Menteri Besar dan ahli-ahli EXCO dengan SELCAT bagi membincangkan segala pandangan, hujah dan dakwaan terhadap para pegawai kanan kerajaan negeri yang telah dipanggil SELCAT. Selepas itu perlu disusuli dengan rundingan tiga penjuru antara Menteri Besar dan ahli-ahli EXCO serta SELCAT dan pegawai-pegawai kanan kerajaan yang terbabit demi menjernihkan suasana.



Sesungguhnya pentadbiran negeri tidak mampu berfungsi dengan baik seandainya tidak wujud suasana harmoni antara ketiga-tiga pihak ini.



Sesuai dengan semangat Hari Raya Idul Fitri saya merasakan sangat molek diadakan satu majlis ramah mesra dalam susana yang informal untuk membolehkan ketiga-tiga pihak ini berinteraksi dan berkomunikasi dalam susana kesetiakawanan dan mahabah.



Saya juga ingin menegaskan bahawa saya tidak sekali-kali berniat untuk menjejaskan pentadbiran kerajann negeri, sebaliknya pandangan yang diberikan adalah demi memperbaiki dan mengukuhkan pentadbiran kerajaan negeri bagi menjamin kerjasama erat diantara penggubal dasar dan pihak yg melaksanakannya. Saya yakin dengan pandangan jujur dan ikhlas yang diberikan ini, insyallah kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, akan menjadi bertambah kukuh dan dihormati rakyat.



Sehubungan dengan itu saya juga ingin menjelaskan bahawa saya tidak pernah mencadangkan agar keanggotaan SELCAT dirombak dan dilantik dari kalangan bekas-bekas hakim, penjawat awam dan individu yang berpengaruh sebagaimana yang dilaporkan. Sebaliknya apa yang saya cadangkan adalah supaya keanggotaannya dipilih dari kalangan ahli-ahli dewan negeri Selangor yang berwibawa, dan memiliki kepakaran dan kebijaksanaan setaraf dengan keanggotaan Surhanjaya Di Raja, demi memilhara kehormatan institusi SELCAT itu sendiri.

Read More...

RINDUKAN USTAZ FADZIL NOOR



Setiap kali krisis yang melibatkan PAS berlaku, pasti mengingatkanku kepada tokoh politik yang hebat ; ustaz Fadzil Noor. Pak Subki pernah bercerita, ketika krisis tuduhan Khalwat yang melibatkan Mat Sabu, sesuatu keputusan cepat-cepat dilakukan, agar tidak melahirkan krisis yang berlanjutan. Perdebatan secara ilmiyyah dilayan oleh ustaz Fadzil Noor sedemikian rupa, demi mencari penyelesaian yang jitu dan tuntas.

Ketika itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Ustaz Harun Taib berbeda pendapat dan hujjah dalam menentukan, apakah Mat Sabu patut dikenakan tindakan disiplin ataupun tidak. Segala hujjah-hujjah yang dikemukakan oleh dua tokoh ulama ini, didengari rapi oleh Ustaz Fadzil Noor, yang akhirnya pendapat Ustaz Harun Taib diterima, disamping memberi penghormatan terhadap hujjah Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Aku pernah diceritakan oleh salah seorang kawan yang agak rapat dengan Ustaz Fadzil Noor, malah berjawatan ketika itu bahawa beliau amat berani ‘sound tepat’ kepada mana-mana ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat yang mengantuk dalam mesyuarat PAS Pusat.

”kalau hang nak tidoq, hang pi balik. Hang mai sini nak Tidoq ka, hang nak meeting ?” Sound tepat Ustaz Fadzil Noor kepada salah seorang Ahli JawatanKuasa PAS dari negeri kedah yang kelihatan seperti terlentok dalam satu mesyuarat PAS Pusat ketika itu.

Diceritakan juga, waimma Ahli jawatankuasa itu di ’Sound tepat’ sekalipun, ternyata dengan gaya kepimpinan ustaz Fadzil Noor, Ahli jawatankuasa itu tidak pernah merasa marah atau terasa hati, malah tetap menyayangi Ustaz Fadzil Noor.

Apabila kita melihat keberadaan Ustaz Fadzil Noor ini, tidak hairanlah ramai yang menghormati beliau, malah amat ’respek’ dengan gaya kepimpinan beliau. Justeru, tidak hairanlah, sebarang kemelut dalaman berjaya diselesaikan dengan baik dan jitu.

Keberanian beliau dari sudut mengemukakan satu tindakan politik yang luar jangka, amat mengkagumkan. Jika kita menyusuli sejarah perjuangan PAS pimpinan Ustaz Fadzil Noor, beliau adalah antara orang-orang penting dalam penubuhan Angkatan perpaduan Ummah (APU) yang melibatkan beberapa parti-parti yang tidak sebulu dengan UMNO; antaranya adalah Semangat 46. Dengan kerjasama politik itu menyebabkan PAS berjaya merampas Kelantan dari tangan barisan Nasional pada tahun 1990 dan kekal sehingga hari ini.

Pun begitu, disebabkan ketidakikhlasan semangat 46 dalam kerjasama APU, menyebabkan mereka dengan sendirinya keluar dari APU, seterusnya ramailah pimpinan semangat 46 ketika itu menyertai PAS.

Begitujuga di kala Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipecat dari UMNO, seterusnya ditangkap. Sekali lagi Ijtihad berani telah dikemukakan oleh ustaz Fadzil Noor; iaitu dengan menubuhkan GERAK yang merupakan satu badan yang dengannya lahir Barisan Alternatif (BA).

Ketika itu, pimpinan parti Keadilan Nasional (PKN) agak kelam kabut dengan kejadian yang menimpa, menyebabkan Ustaz Fadzil Noor sendiri melancarkan GERAK di Markaz Tarbiyyah PAS, Taman Melewar pada 27 September 1998 yang disertai ribuan rakyat.

Hasil dari kebijaksanaan ini, masakan masalah dalaman PAS, masalah luaran PAS pun dapat diselesaikan dengan tuntas, menyebabkan PAS mendapat kemenangan yang agak dibanggakan juga dengan berjaya mempertahankan kerusi PAS di kelantan, dan merampas Terengganu dari tangan Barisan nasional pada PRU tahun 1999.

Malah, menurut sebahagian penganalisa politik, ramai dari kalangan mereka beranggapan, kejayaan PAS, DAP dan PKR dalam tsunami politik 8 mac 2008 sehingga terlahirnya pakatan Rakyat pada hari ini, merupakan kesan dari pemikiran ustaz Fadzil Noor.

Inilah Ustaz Fadzil Noor yang amat dibanggakan. Kebijaksanaan beliau dalam berpolitik tidak dapat disanggah lagi. Beliau disegani kawan dan lawan, malah berjaya menyelesaikan sesuatu kemelut dengan segera.

Pemergian beliau ditangisi ramai pejuang islam di dunia. Waimma beliau meninggalkan kita, tetapi perjuangan beliau tetap diteruskan oleh ramai anak-anak didik beliau.

Apakan daya. Beliau sudah meninggalkan kita. Siapakah lagi yang dapat menggantikan beliau selepas ini? kita masih menunggu...

Sekian

Wallahu ’Alam


Al-Bakistani

Read More...

25 September 2009

Hassan Ali Sudah Semakin Meroyan

Yang tergedik-gedik sangat nak tinggalkan Pakatan ialah Hassan Ali dan dua tiga kerat balaci-balacinya ini sahaja.. Yang sudah tidak sabar-sabar hendak jadi MB ialah Hassan anak lelaki Ali ini sahaja.. Yang lain-lain dalam Pas Selangor ok saja.. Cuba tanya penyokong-penyokong Pas Gombak Setia kalau hendak tahu pandangan mereka tentang manusia bernama Hassan Ali ini..

Pas Selangor sedia meneliti secara terperinci saranan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) supaya parti itu mengkaji semula kedudukannya dalam PR di negeri ini berikutan pendirian Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang mahu Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) dirombak.

PAS tiada niat tinggalkan Pakatan: NP

PAS tidak bercadang meninggalkan Pakatan Rakyat seperti dilaporkan hari ini susulan perselisihan terbuka antara pemimpin parti itu dengan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) di Selangor.

Naib presidennya Salahuddin Ayub berkata PAS tidak pernah membuat keputusan untuk mengkaji semula kedudukannya dalam gabungan tiga parti pembangkang utama itu di semua peringkat, lapor media rasmi parti Harakahdaily.net.

"Oleh kerana PAS tidak pernah membuat keputusan sedemikian, perkara itu tidak timbul sama sekali dan tidak harus ditimbulkan sama sekali," ahli parlimen itu dipetik berkata hari ini.

"Jika ada masalah yang berlaku, ia adalah perkara biasa. Dalam keluarga dua tiga orang pun ada masalah, apa lagi pakatan yang besar."

Read More...

Dangkal Sungguhkah Pemikiran Hassan Ali?

Dato Hasan Melindungi Mereka Yang Telah Menentang PAS Sewaktu PRU 2008

Selepas pendedahan dan pengakuan yang dibuat oleh DO Kelang, iaitu mereka dengan jelas telah membantu kempen Barisan Nasional serta berusaha diluar keupayaan mereka untuk memenangkan Barisan Nasional dengan wang rakyat, maka Dato Hasan Ali tiba-tiba datang untuk mempertahankan tindakan DO ini?

Tidakkah Dato Hasan Ali sedar bahawa tindakan2 DO ini telah menyebabkan calon-calon PAS terpaksa berhadapan dengan jentera BN yang dibiayai oleh wang rakyat? Tidakkah Dato Hasan menyedari bahawa DO2 ini telah bertindak menentang serta menyukarkan keseluruhan jentera2 PAS di seluruh negeri Selangor?

Tidakkah Dato Hasan sedar bahawa mempertahankan tindakan DO2 ini adalah mengkhianati keseluruhan jentera-jentera piliharnraya seluruh Selangor yang terpaksa berhadapan dengan jentera kerajaan di dalam kempen-kempen mereka?

Soalnya sekarang mengapa Dato Hasan mempertahankan para pegawai yang bertanggungjawab meluluskan wang dalam jumlah juta-jutaan bagi tujuan kempen Barisan Nasional dan bagi tujuan mengalahkan PAS? Bukankah PAS telah kalah hampir di semua kerusi UMNO?

Bayangkan sekiranya kesemua DO2 ini TIDAK MELULUSKAN PERUNTUKAN SEGERA sebelum pilihanraya, tidakkah mungkin PAS menang sekurang-kurangnya 10 dari 19 kerusi yang UMNO telah menangi dalam PRU 2008?

Apa penyakit Dato Hasan mempertahankan mereka yang telah menguntungkan UMNO dan menyebabkan ramai calon PAS kalah tersunggkur dalam PRU 2008?
Mengapa Perlu Takut Menjawab Soalan Dari SELCAT?

Dato Hasan member alasan kononnya sessi soaljawab SELCAT itu memalukan para pegawai kerajaan. Diberitkan Dato Hasan berkata:

“Dr Hasan said the district officers, council presidents and top administrative officers in the states administration complained that they were being questioned for decisions made by ex-politicians and treated like school kids.
“We must not victimise the district officers in our quest to find the truth for they have served the government of the day and now most of them are aligned to Selangor-led Pakatan government.
“We must not create bad blood that will have a ripple effect with 23,000 other civil servants in the state,” he said.”
Apa mudah sekali Dato’ Hasan mempercayai mereka2 yang jelas telah mengkhianati PAS dan rakyat Selangor? Apa bukti yang pegawai2 ini telah menyokong Pakatan Rakyat?
Kalau benar pegawai2 Kerajan Selangor sudah menyokong Pakatan, mengapa Najib Tun Razak dapat menggunakan Masjid Selayang untuk program berbuka puasa anjuran UMNO baru2 ini? Mengapa Majlis Perbandaran Selayang dengan sewenang-wenangnya merobohkan persiapan sambutan 10 tahun Parti Keadilan Nasional baru-baru ini?

Ini bererti pegawai-pegawai Selangor ini masih lagi balachi UMNO. Mereka tahu yang mereka akan terpaksa mendedahkan kebobrokan serta perangai korupsi UMNO kelak sekiranya sessi soal-jawab SELCAT ini berterusan. Oleh sebab itu, mereka telah berjumpa dengan Dato Hasan untuk meminta SELCAT ini dibubarkan supaya integriti dan maruah UMNO dapat dipertahankan. Mereka sebenarnya sudah pun berbuat berbagai perkara untuk memenangkan semula UMNO di Selangor.

Hakikatnya, para DO ini telah meluluskan peruntukan tersebut kerana mereka sendiri adalah penyokong dan pendokong UMNO dan Barisan Nasional. Mereka melakukan demikian tempohari kerana mereka sendiri mahu melihat UMNO dan Barisan Nasional menang. Mana mungkin mereka boleh mudah berubah fahaman politik mereka dalam hanya setahun setengah?

Dangkal sungguhkan pemikiran Hasan Ali?

Read More...

Hassan Ali Yang Saya Kenal

Apakah prinsip 5 cinta yang bilangkali dijeritkan oleh Hassan Ali dihadapan penuntut yang membayar ratusan ringgit setiap orang untuk menghadiri "Summer Camp"nya seiring dengan semangat dan perjuangan beliau sendiri? Jawapan saya. Saya kurang yakin!!!


Terus kepada kepada fakta. Tiada bunga bahasa kerana itu lebih sesuai dititipkan buat manusia yang hadirnya tidak menambah, hilangnya tiada yang susut.

Pernah saya titipkan dalam lelaman saya - kerajaanrakyat.com yang telah digodam, Dr Hassan Ali, yang sekarang ini adalah seorang EXCO Kerajaan Negeri Selangor pernah dibayar lebih RM12,000 hanya untuk berceramah kurang daripada 2 jam di Mersing, Johor. Ini berlaku sekitar tahun 1994!!!. Nah, tu dia bayar lebih RM12,000 untuk berceramah tidak sampai 2 jam. Perbelanjaan ini tidak termasuk kos pengangkutan, penginapan dan makan minum yang semuanya dibiayai oleh pihak penganjur. Ceramah apa? Ceramah agama..!!!!

Saya bersama ayahanda saya (Allahyarham) dan beberapa rakan termasuk Abdul Latiff Ahmad (Datuk, Timbalan Menteri) terlibat secara langsung dalam program ini dan melihat bagaimana ilmu agama diperdagangkan!!!! Oleh siapa?. Oleh orang yang mendakwa dirinya seorang tokoh perjuang anak bangsa. Oleh seorang yang mendakwa dirinya telah mendisplinkan ribuan manusia melalui "Summer Camp"nya.

Tidak dinafikan kesinoniman manusia bernama Hassan Ali dengan "Summer Camp"nya di Hulu Langat. Ceramahnya gah dengan selinggan bahasa 'mat saleh'. Malahan bahasa 'mat saleh' lebih kerap tersembur daripada mulutnya jika dibandingkan dengan Nas Al Quran atau hadith Nabi.

Saya sempat berjumpa Dr. Hassan di Hulu Langat sebulan selepas kemenangannya dalam pru-12 lalu. Ceritanya (jika off politik}, tiada kisah lain selain WANG. WANG. WANG..!!! Itulah manusia Hassan Ali yang saya kenal.

Hati kecil ini selalu bermonolog, "Apakah sebenarnya tujuan Hassan Ali sertai PAS? Apakah ini landasan mudah untuk berniaga dakwah? Dakwah pun diperniagakan?"


Read More...

Dr M says Hassan Ali unwelcome in Umno

As far as Tun Dr Mahathir Mohamad is concerned, Datuk Dr Hassan Ali is not welcome in Umno although the embattled Selangor PAS commissioner is facing calls to step down as executive councillor and resign from Pakatan Rakyat (PR).

“Not Hassan Ali,” was Dr Mahathir response today when asked by reporters if Umno was ready to embrace its former member who is now a senior figure in the party's Islamist rival.

Hassan has repeatedly crossed swords with his coalition partners and calls for him to leave PR are growing louder after his latest move to criticise the special select committee for competency, accountability and transparency (Selcat) which he claimed bullied civil servants at a recent public inquiry.

Hassan once boasted the government spent RM1 million on him so he could get his doctorate but "he repaid us by turning against us", said Dr Mahathir.

“That’s political gratitude and the problem with our political leaders, you bring them up and they hit you in the head.”

The former prime minister also said he did not see a problem with Selcat and the ongoing public inquiry into the misused of state allocations by former Barisan Nasional state assemblymen who had spent their annual allocation for small projects in just two months ahead of the general election last year.

“It’s the right thing to do.”

He said inquiries are good because if the wrongdoings of old leaders are not exposed, new leaders may think they can get away with doing the same.

“I was also investigated after I stepped down but they found nothing so they held an inquiry which claimed that I listened to Vincent Tan on the appointment of judges,” he said, referring to the royal panel which investigated the VK Lingam tape issue that pointed to fixing judicial appointments.

Dr Mahathir said he could have gone to court to clear his name if he wanted to but has not done so.

He also said the conflicts within PR were an indication of the marriage of convenience between the coalition partners which were moving in different directions.

“It would be a disaster for the country if they came to power,” he noted.

Neville Spykerman

Read More...

Bagan Pinang: Umno cari kiblat moral, PAS cari calon MB

Ketika para pemimpin Umno di Teluk Kemang dan di pusat sedang dilihat berbeza pendapat tentang calon pilihan raya kecil Bagan Pinang, PAS juga berhadapan dengan dilema pemilihan calonnya.

Bagi Umno pemilihan bekas Menteri Besar Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menjanjikan kemenangan mudah di Bagan Pinang, tetapi memberikan implikasi besar di peringkat nasional seperti yang telah dijelaskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah, kerana rekod salah laku ketua bahagian Umno Teluk Kemang itu.

PAS pula yang dijangka tewas di kawasan Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan itu pula berhadapan dengan pelbagai faktor yang perlu diambil kira dalam pertimbangan politik sebelum memilih calonnya.

Negeri Sembilan dilihat para pendukung Pakatan Rakyat (PR) sebagai negeri keenam yang akan ditawan mereka.

Barisan Nasional (BN) kini memerintah tanpa majoriti dua pertiga buat kali pertama selepas memenangi hanya 21 daripada 36 kerusi negeri pada pilihan raya umum lalu.

DAP menang 10, sementara PKR 4 dan PAS hanya mendapat satu walaupun bertanding 13 kerusi — terbanyak antara tiga parti PR.

Maka Bagan Pinang menjadi medan untuk PAS — yang dalam semua pilihan raya kecil sebelum ini menunjukkan kehebatan jenteranya — membuktikan bahawa parti itu yang paling layak mengepalai PR di Negeri Sembilan dan mempunyai bakat-bakat yang boleh diketengahkan untuk kepimpinan negeri dan menjadi menteri besar.

DAP walaupun sudah tentu akan mendominasi pentadbiran Negeri Sembilan jika PR mengambil alih, belum tentu dapat menawarkan calon menteri besar kerana perlembagaan negeri itu juga meletakkan syarat jawatan itu hanya untuk orang Melayu dan Islam kecuali dikehendaki sebaliknya oleh Yang DiPertuan Besar.

PAS Negeri Sembilan telah mencadangkan tiga nama kepada jawatankuasa pusat — pengerusi negeri Zulkefli Omar, ketua PAS Teluk Kemang Ramli Ismail dan bekas ketua Dewan Ulama PAS negeri Kassim Tahir.

Ramli adalah seorang pesara tentera yang pernah berkhidmat di Port Dickson sehingga tahun 1990 dan pengaruhnya diharap dapat membantu kempen PAS di Bagan Pinang yang mengandungi hampir 5,000 pengundi pos yang kebanyakannya anggota tentera.

Kassim pula adalah penduduk asal Kampung Si Rusa di pesisir pantai Port Dickson dan berpengaruh di kampung sekitarnya kerana latar belakangnya sebagai guru agama dan pada usia 69 tahun, masih lagi aktif memberikan kuliah agama di kawasannya.

“Jika bercakap soal calon menteri besar, maka Zulkefli Omar adalah orang yang boleh dipersiapkan, dia juga adalah ahli politik sepenuh masa,” kata ahli strategi PAS Dr Zulkefly Ahmad kepada The Malaysian Insider tetapi menambah soal calon menteri besar belum difikirkan oleh parti itu lagi.

Zulkefli, 45, adalah seorang pemegang ijazah sarjana dan telah tewas tiga kali dalam pilihan raya sebelum ini — beliau dikatakan mempunyai peluang paling cerah menjadi calon di Bagan Pinang.

Pada pilihan raya umum lalu, beliau tewas di kerusi Lenggeng dengan majoriti 1,285.

Bagaimanapun di kalangan pemimpin PAS ada juga yang bimbang pencalonan Zulkefli akan membawa kesan buruk kepada parti itu.

“Tidak baik untuk parti sekiranya seorang pesuruhjaya negeri tewas dengan teruk dalam pilihan raya kecil,” kata seorang lagi pemimpin PAS yang bimbang dengan kewujudan pengundi pos yang tinggi —kira-kira 30 peratus daripada jumlah pemilih.

Jawatankuasa PAS pusat akan bermesyuarat pada 29 September ini di Port Dickson untuk menetapkan nama calonnya dan pengumuman akan dibuat dalam satu ceramah pada malam itu juga.

Jika Zulkefli dicalonkan, ia menjadi isyarat paling jelas bahawa parti itu sedang mempersiapkan diri untuk mentadbir Negeri Sembilan.

Adib Zalkapli

Read More...

24 September 2009

Sultan Pahang Sokong Barisan Nasional

Sultan Pahang mahu rakyat terus sokong kerajaan Barisan Nasional

KUALA KRAU: Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah mahu rakyat negeri itu terus menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) agar lebih banyak pembangunan sosial, ekonomi dan pendidikan dapat dilaksanakan untuk faedah mereka.

Baginda bertitah, rakyat perlu terus bersama kerajaan kerana agenda pembangunan yang dirancang dalam jangka pendek dan panjang bakal memberi manfaat berterusan kepada mereka.

Sambil memberi contoh pembinaan jambatan Kuala Krau merentangi Sungai Pahang yang berharga RM64 juta, baginda bertitah usaha itu merupakan agenda pembangunan mampan bagi memberi keselesaan kepada penduduk yang tinggal di kedua-dua belah sungai berkenaan.

"Jambatan Kuala Krau berfungsi memendekkan perjalanan di antara Bandar Tun Razak, Jengka dengan Kuala Krau 20 minit berbanding satu jam sebelum ini yang jaraknya sejauh 55 kilometer.

"Di samping itu, jambatan ini juga akan menjadi pemangkin kemajuan ekonomi kepada penduduk di sekitar Bandar Tun Razak, Jerantut dan Temerloh di mana ia memendekkan perjalanan menjadi 22 kilometer sahaja dengan memberi manfaat kepada 60,000 orang penduduk dari daerah Jerantut, Temerloh dan Maran," titahnya kepada pemberita selepas melawat tapak jambatan Kuala Krau di sini hari ini.

Read More...

Untuk Tajuk Ini, Gua Sokong Mahathir

Naikkan gaji demi majukan ekonomi

Ekonomi negara akan mampu berkembang dengan lebih pesat lagi jika ganjaran atau gaji pekerja di Malaysia dapat ditingkatkan agar golongan ini dapat menyumbang dengan menambah produktiviti masing-masing, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Kita lihat pendapatan semua peringkat daripada pekerja sehinggalah yang lain amatlah rendah walaupun pengurus-pengurus GLC (syarikat berkaitan kerajaan) mendapat gaji yang besar tapi yang lain semua dapat gaji yang kecil," katanya semasa melawat limbungan kapal NGV Tech Sdn Bhd di Sijangkang dekat Banting hari ini.

Tanpa gaji yang lebih tinggi, negara tidak akan dapat mencapai pertumbuhan yang pesat, kata Dr Mahathir dan menambah bahawa peningkatan gaji perlu seimbang dengan kerja yang dilakukan.

Beliau berkata apabila produktiviti pekerja meningkat, syarikat akan mendapat keuntungan yang lebih dan majikan tentunya akan membalasnya dengan memberi pendapatan yang lebih kepada pekerja.

Pada masa yang sama, Dr Mahathir juga menuntut para pekerja supaya mempunyai kesetiaan kepada syarikat masing-masing seperti pekerja di Jepun yang secara tidak langsung kesetiaan mereka menyumbang kepada kemajuan negara itu.

Dr Mahathir berkata banyak pengimpal dari Malaysia kini "dipancing" oleh syarikat dari Timur Tengah yang menawarkan gaji tiga hingga empat kali ganda daripada gaji mereka sekarang yang tidak mampu ditawarkan oleh majikan di negara ini.

Beliau berkata Malaysia tidak lagi boleh bersaing di peringkat antarabangsa dengan kos buruh yang murah kerana ada di antara negara-negara tertentu yang mempunyai kos buruh yang rendah tetapi memiliki produktiviti yang lebih tinggi di mana seorang pekerja boleh melakukan kerja yang dilakukan oleh dua tiga orang pekerja.

Read More...

Dakwah berkesan dengan fahami jiwa remaja

Dalam kita miniti kehidupan sehari, dari soal membuat keputusan mahupun bersuara kita sering terlepas pandang soal pokok dalam menyatakan sesuatu. Kita seolah fokus dan terlalu obses dalam mempercayai setiap tindakan kita adalah benar tanpa mengambil kira pandangan lain.

Diantara kontradiksi yang berlaku sejak kebelakangan ini benar-benar mencetus suatu paradigma yang menyumbang kepada perspektif yang ingin saya rungkaikan. Keputusan Pemuda Pas yang menggesa pembatalan konsert Beyonce juga saya kira suatu arahan yang tidak bermatlamat. Adakah cuma ini sahaja jalan yang difikir releven untuk menyingkirkan pengaruh negatif dinegara kita ini? Bagaimanakah pula konsert artis tempatan kita, adakah mereka berpakaian jauh lebih baik dari Beyonce?

Jangan salah faham, saya juga bukan menyokong acara tersebut, tapi sekadar memberi pandangan.

Mungkin ramai yang memberi rasional bahawasanya pengamalan agama perlu pendekatan yang holistik, tetapi yang pasti bukan dalam keadaan yang drastik sebegini. Tarbiah Nabi juga pada para sahabat juga dengan kaedah berperingkat. Tuhan faham limitasi manusia dalam membuat perubahan lantas tidak menurunkan perintah agama secara keseluruhan contohnya pembentukan iman, perintah solat, larangan meminum arak dan sebagainya. Tetapi kita pula makhluk ciptaan memilih tarbiah yang drastik sedangkan kita sendiri dapat jangkakan penolakkan bakal berlaku.

Memang sesungguhnya fundemental dalam Islam tidak mengkompromi dalam soal urusan akidah dan hukum hakam, namun realitinya kita sedar negara kita sendiri telah tersasar jauh dari konsep sebagai negara islam, jadi perlu ada hikmah dalam setiap keputusan diambil. Saya bukan ingin menggalakkan taqiyya, tetapi terkadang dengan menggunakkan kaedah prinsip lesser evil itu perlu. Mungkin kita dapat cadangkan kepada kerajaan, jika artis tersebut ingin membuat persembahan, beri mereka kod etika pemakaian dalam membuat persembahan dan pastikan garis panduan itu juga perlu ditetapkan kepada semua artis dinegara ini dan barulah tiada sebarang kontradiksi dan pertikaian akan berlaku.

Kita tidak mahu anak muda dan rakyat membenci serta mereka lari jauh dari kita dan akhirnya sukar untuk kita mendekati mereka kerana hati mereka telah tertutup untuk melakukan perubahan kerana tiada ruang persefahaman.

Yang pasti saya selaku anak muda memang menginginkan perubahan tetapi bukan dalam suasana yang begini, saya juga faham manusia itu adalah mahluk yang paling fleksibel namun walaubagaiman pun mereka juga memerlukan waktu untuk beradaptasi dengan sesuatu yang baru. Naif bila kita fikirkan dengan perkataan dan perbuatan kita dapat mengubah seseorang sedangkan perubahan itu sendiri adalah dengan izin Tuhan.

Demokrazi-Papaya (Dikirim melalui e-mail)

Read More...

Pro UG Sokong Hassan Ali

SELCET : CADANGAN SIASATAN TERTUTUP?

Roslan SMS dan Iskandar Samad telah membela Dato’ Hasan Ali. Ternyata, cara pembelaan mereka agak tidak mengemukakan hujjah yang menarik; malah kemukakan hujjah yang tidak mempunyai kerasionalan.

Hari ini, sahabatku Saudara Khairuddin Osman yang merupakan Setiausaha Perhubungan PAS negeri yang baru dilantik dalam dua, tiga bulan lepas telah mengeluarkan kenyataan menyokong dan membela kenyataan Dato’ Hasan Ali.

Ternyata, hujjah beliau boleh diterima, kerana mengandungi kerasionalannya tersendiri. Beliau menyatakan, jawatankuasa DUN negeri itu wajar belajar daripada insiden anugerah penyapu kepada pemimpin pihak berkuasa tempatan (PBT) oleh menteri besar waktu itu Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang dianggap memalukan. (sila klik)

Jika difikir sekali imbas, mungkin kita akan terima hujjah yang dikemukakan. Tetapi, dua dan tiga kali imbas, aku terfikir sesuatu yang tidak kena disebalik kenyataan tersebut.

Isu sekarang adalah, pendedahan yang dilakukan dalam siasatan Selcat membuktikan banyak penyelewengan wang rakyat- dana kerajaan yang telah diluluskan oleh para pegawai daerah yang melibatkan para YB-YB BN terdahulu, malah mungkin YB-YB PR sekarang.

Apabila disebut dana kerajaan – wang rakyat, sudah pasti ia adalah wang bayaran cukai yang dilakukan oleh rakyat yang tinggal di negeri Selangor.

Kalau ditanya kepadaku, cukai pintu, cukai tanah, cukai itu, cukai ini yang aku bayar kepada pihak kerajaan negeri, sudah pasti aku ingin mengetahui ke mana perginya. Apakah benar-benar sampai ke tangan rakyat, ataupun hanya sampai kepada individu-individu tertentu? Aku berkeyakinan, apa yang aku mahu ini, tidak sekadar wujud pada diri aku sendiri, malah wujud pada diri setiap rakyat Selangor.

Justeru, apabila dilakukan siasatan ini secara tertutup, bukankah ini akan mengundang satu penyembunyian rahsia kepada rakyat terhadap penyelewengan yang telah dilakukan; yang melibatkan wang rakyat negeri Selangor.

Apabila ini berlaku, dimanakah kebebasan yang diperjuangkan oleh PAS dan Pakatan Rakyat sebelum ini? Dengan siasatan tertutup ini, bukankah ia menutup banyak ruang kebebasan, bukan sekadar menutup kebebasan bersuara, tetapi menutup kebebasan untuk mengetahui penyelewengan wang rakyat yang telah dilakukan oleh para YB-YB yang tidak amanah?

Jika keadaan ini berlaku, bukankah ia akan mengundang kemarahan rakyat, seterusnya akan menolak kita dalam pilihanraya akan datang?

Bukankah kita sendiri pernah mengakui bahawa suara rakyat adalah suara keramat. Suara rakyat adalah suara yang menentukan kemenangan sesuatu parti dalam kerajaan. inilah hakikat demokrasi.

Memang islam meletakan keyakinan, bahawa Allah SWT yang menentukan kemenangan, tetapi dalam masa yang sama, adalah satu perkara yang bercanggah dengan Islam, malah sesat (aqidah Jabariyyah), apabila kita menafikan terus faktor usaha ikhtiyar manusia dalam berusaha untuk mencapai kemenangan.

Apa yang pasti, siasatan selcat itu bukanlah mengandungi unsur penghinaan sepertimana ”hadiah penyapu” yang dilakukan oleh Khir Toyo semasa menjadi kerajaan dahulu. Tetapi, selcat bertujuan untuk membuktikan penyelewengan yang telah dilakukan oleh para YB-YB BN terdahulu, yang melibatkan juga pihak yang meluluskan dana kerajaan, iaitu para pegawai daerah.

Cumanya, ada sebilangan pegawai daerah yang terasa seperti dihina. Sebenarnya, mereka bukan rasa dihina, tetapi mereka sebenarnya terkantoi dan tersepit, kerana terpaksa mendedahkan juga penyelewengan yang dilakukan oleh para YB BN terdahulu, yang sudah pasti melibatkan mereka secara tidak langsung.

Tidak timbul isu, dengan sebab siasatan secara terbuka ini, akan menyebabkan rakyat menolak pemerintahan PR, kerana siasatan secara terbuka ini, banyak disokong oleh rakyat, malah menggembirakan mereka kerana mereka tahu ke mana perginya wang mereka dihabiskan selama ini.

Justeru, cadangan diadakan siasatan selcat secara tertutup merupakan satu perkara yang boleh membawa musibah, kerana ia akan dipertikaikan oleh rakyat yang mengundi pakatan Rakyat dengan dakwaan, sudah tiada lagi ketelusan dalam kerajaan, waimma diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Yang peliknya, kenapa dipertahankan sangat agar tidak diketahui rakyat tentang penyelewengan yang telah dilakukan oleh para YB-YB BN terdahulu? Bukankah, sudah lama kita mahu mengetahui lebih lanjut, bagaimana penyelewengan yang dilakukan oleh YB-YB BN dikala mereka memerintah dahulu?

Sekian

p/s : PATIK MOHON SEMBAH DERHAKA

Wallahu ‘Alam


Al-Bakistani

Read More...

Simbah Cat - Tuduhan Bodoh Dari Adun Baghal

Puak-puak kerajaan haram ni sudah habis akal dah. Sudah tidak tahu hendak letak kesalahan kepada siapa. Padahal sebenarnya kerja-kerja menyimbah cat pada muka-muka haram itu adalah dilakukan oleh rakyat Perak sendiri yang meluat dan tidak dapat menerima apa yang telah dilakukan oleh kerajaan haram itu. Tak usah lah kira Pas atau Umno yang buat. Tidak mungkin rakyat dari Selangor atau Kedah yang nak buat kerja-kerja itu. Kerajaan haram tu bukan lah kerajaan negeri mereka. Logiknya rakyat peraklah sendiri yang buat.. Baghal..

Tuduh PAS dalang simbah cat adalah berniat jahat - PAS Perak

Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Lintang, Ahamad Pakeh Adam menuduh PAS sebagai dalang menyimbah cat pada poster Datuk Zambry Kadir dan pemimpin BN perak yang lain adalah berniat jahat dan dibuat tanpa usul periksa.

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussein berkata, sebagai seorang pemimpin masyarakat, Ahamad Pakeh sewajarnya memberikan hak menyiasat kepada pihak polis dan bukannya menuduh secara emosi tanpa sebarang bukti.

Tuduh tanpa bukti dalam Islam adalah fitnah dan dosa fitnah katanya lebih besar dari dosa membunuh.

"Tuduhan itu adalah berniat jahat, saya yakin itu bukan perbuatan orang PAS, itu protes dari ahli Umno itu sendiri.

"Kita orang PAS diajar cara beradab dan kita profesional dalam tindakan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Sebuah akhbar harian menyiarkan kenyataan Ahamad Pakeh yang mendakwa PAS dalang disebalik kejadian tersebut.

Beliau turut mendakwa tindakan tersebut menunjukkan PAS bukan sebuah parti Islamik.

Tuduhan PAS sebagai pelaku perbuatan tersebut juga disandarkan kepada andaianya sendiri setelah melihat hanya poster pemimpin BN diperlakukan sedemikian manakala tiada sebarang unsur khianat terhadap poster Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Menurut Ustaz Abu Bakar, beliau tidak menolak kemungkinan perbuatan tersebut adalah protes dari kumpulan Umno sendiri yang tidak senang dengan kepimpinan mereka.

"Sepatutnya dia buktikan tuduhan itu. Kita tak nak jadi seperti kes kepala lembu, PAS dituduh tapi sebenarnya orang lain yang buat. Saya rasa itu protes dari ahli Umno sendiri," ujarnya lagi.

Poster Zambry seperti disiar Harakahdaily sebelum ini disembur dengan cat merah dan hitam pada mukanya dan diconteng dengan perkataan 'MB Haram Jadah'.

Selain Zambry, poster Ahli Parliman Bagan Datoh, Datuk Seri Zahid Hamidi dan poster ADUN Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman turut menerima nasib sama.

"Kita mintak polis buat siasatan, kita pun tak suka tindakan seperti itu. Tapi kita lebih tak suka jika ada pihak main tuduh tanpa bukti," ujarnya.

Walaubagaimanapun, tinjawan wartawan Harakahdaily sejak semalam mendapati, kesemua poster yang disimbah cat berkenaan telahpun ditanggalkan. Ianya membabitkan dua kawasan utama iaitu Manjong dan juga di Batu Gajah. Tuduhan melulu Ahamad Pakeh itu juga dilihat tidak membantu malah memburukkan lagi keadaan krisis politik Perak. "Ini sebahagian kecil sahaja protes rakyat yang boleh dilihat, isu ini tak akan selesai selagi DUN tidak dibubarkan," katanya. _

Read More...

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas