Suasana politik negara semakin panas dan cukup meruncingkan mutakhir ini. Jika sebelum ini puak-puak UMNO dan BN heboh mencanangkan bahawa Pakatan Rakyat semakin retak menanti belah. Namun kini, segalanya bagai terkena atas batang hidung sendiri. Pakatan karat biru Barisan Nasional dijangka bakal karam dan terkubur layu dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang.
Ia berdasarkan kepada senario politik semasa yang dilihat semakin menjurus ke arah itu. Malah, telahan semua pihak bahawa kerajaan pusat pimpinan UMNO hanya "tinggal nyawa-nyawa ikan" dan amat bergantung kepada "sokong rakyat di Sabah dan Sarawak" baik secara ikhlas atau pun menipu. Ini terbukti bila mereka hanya menang satu daripada lapan kerusi yang dipertandingkan dalam pilihanraya kecil selepas pilihanraya umum ke-12 lalu. Malah, sokongan rakyat yang dikatakan semakn menurun kepada pakatan pembangkang nampaknya kian terhakis kini.
Rakyat dari pelbagai lapisan agama dan kaum kini jelas lebih memberikan sokongan padu kepada parti yang ingin membawa perubahan iaitu PKR, PAS dan DAP. Mereka sudah bosan dan jemu dengan retorik politik yang dibawa oleh UMNO dan BN selama lebih 50 tahun ini. Kemerdekaan yang bakal disambut pada 31 Ogos ini (esok) tidak memberikan sebarang makna dan erti kemerdekaan langsung buat rakyat, selagi jiwa dan raga mereka terus terbelenggu dalam kerangka besi ciptaan pemerintah zalim seperti BN ini sejak sekian lama. Oleh itu, angin perubahan kian terasa kini. Tsunami pilihanraya bakal berlaku dan lebih banyak negeri yang diperintah BN pasti akan tumbang dalam pilihanraya umum akan datang.
Dua Ahli Parlimen BN Johor Bakal Sertai PKR
Kekuatan Pakatan Rakyat terutamanya PKR kini nampaknya semakin bertambah. Ia berikutan semakin ramai pemimpin BN bertindak menyertai parti itu. Terbaru, bekas Menteri Kesihatan dan Ahli Parlimen Bakri (Johor) iaitu Datuk Chua Jui Meng. Kemasukan Chua ke dalam PKR memberi tekanan dan tamparan yang cukup hebat buat BN. Tambahan pula Chua dilihat salah seorang pemimpin MCA dan kerajaan yang lebih neutral dalam menangani isu-isu rakyat.
Malah, beliau juga mempunyai wawasan yang jelas terhadap rakyat, hingga ditendang dari pemilihan agung MCA baru-baru ini. Kekalahan beliau, merupakan satu tekanan buat MCA dan keretakan jelas terlihat di sana sini. Kekuatan Chua Jui Meng terus menyemarakkan api perjuangan rakyat terutamanya kaum Cina di negara ini. Parti terbesar kaum Cina itu kembali dikejutkan dengan berita panas baru-baru ini. Ia berikutan tindakan lembaga displin parti memecat Timbalan Presidennya iaitu Datuk Chua Soi Lek .
Pemecatan Chua yang juga bekas Menteri Kesihatan itu jelas sekali bakal mengundah padah yang besar buat parti tersebut. Ini kerana terdapat laporan yang bertiup kencang di Johor sekarang ini, bahawa terdapat dua orang Ahli Parlimen BN dari negeri itu bakal meninggal pakatan karat biru itu dan bertindak menyertai Pakatan Rakyat.
Soalnya sekarang siapakah ahli parlimen terbabit?. Buat masa ini terdapat tujuh orang Ahli Parlimen BN dari MCA di Johor yang dikatakan bakal keluar dari pakatan karat itu. Mereka ialah anak kepada Chua Soi Lek sendiri iaitu YB Chua Tee Yong - foto (Labis), YB Goh Tee Tee (Tangkak), YB Wee Sa Siong (Ayer Hitam), YB Ng See Tiong (Parit Yaani), YB Koh Chee Chai (Penggaram) dan YB Hou Chee Chung (Kluang).
Terdapat kebimbangan yang ketara pada Kerajaan BN Johor tentang perkara ini. Malah terdapat maklumat bahawa Ketua Umum PKR sendiri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengumumkan perkara itu dalam sessi lawatannya ke negeri itu pada 6 September 2009 ini.
Beliau dijangka mengadakan Pidato Ramadan di Pekan Parit Sulong, Batu Pahat bersama dengan Datuk Chua Jui Meng dan Saudara Hasmi Hashim. Sementara itu, kebimbangan tentang perkara ini menyebabkan BN Johor kini bagai "cacing kepanasan". Tambahan pula Timbalan Perdana Menteri iaitu Muhyiddin Yassin sendiri adalah dari negeri Johor. Apakah perkara ini tercetus hasil ketidakpuasan hati pihak terbabit terhadap pemecatan Chua Soi Lek itu. Mungkinkah Ahli Parlimen pertama yang bakal membuat keputusan drastik itu adalah anak beliau sendiri Chua Tee Yong agaknya. Kebimbangan jelas dapat dirasakan oleh puak-puak UMNO dan BN Johor, malah terdapat satu laporan yang mengulas perkara di blog umno Johor iaitu :-
"Terdapat beberapa sumber menyatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melawat sebuah daerah di utara Johor pada akhir bulan ini atau awal bulan hadapan. Lebih menggusarkan daerah terbabit terdapat 2 ahli parlimen yang kedua-duanya bukan daripada Umno. Salah seorang daripadanya anak kepada seorang pemimpin tertinggi yang baru di pecat dari parti komponen BN Ada kemungkinan Anwar akan mengumumkan sesuatu pada lawatannya itu.
Adakah negeri Johor mula membuka ruang kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR)? Sepertimana kebimbangan yang dinyatakan Datuk Seri Najib Razak, pergolakan dalaman parti komponen BN memungkinkan menjejaskan BN. Tentunya parti komponen BN boleh beralih arah menyertai parti pembangkang pada bila-bila masa. Namun Umno sebagai tunjang komponen BN yang berjuang selama ini untuk mengekalkan BN sebagai parti pemerintah. Dalam masa Umno sudah membuat pelbagai transformasi untuk menarik hati rakyat, janganlah pula sikap parti komponen mengagalkan usaha tersebut!"
[Sekiranya apa yang dilaporkan ini ada kebenarannya, maka sudah pasti kem UMNO BN pasti akan "meraung sendirian" selepas ini. Nampaknya, kini satu persatu rakan pemimpin komponen BN meninggalkan pakatan karat itu. Kemungkinan besar hanya pemimpin UMNO sahaja yang akan menjadi yang terakhir meninggalkan BN selepas ini. Ternyata BN sudah tidak relevan lagi untuk politik negara pada masa akan datang. Justeru itu, adalah diseru supaya para penyokong BN peringkat akar umbi untuk membuat keputusan yang pantas bagi menyertai Pakatan Rakyat dalam hala tuju perjuangan mereka pada masa yang akan datang. Nasib dan masa depan mereka adalah lebih terjamin dengan Pakatan Rakyat. BN tidak lagi mampu untuk mengembalikan kepercayaan majoriti rakyat. Malahan rakyat bertambah bosan dan meluat melihat logo BN sejak akhir-akhir ini].
31 August 2009
Benarkah BN Semakin Menuju Kehancuran
Rakyat Perlu Tolak Provokasi Umno/BN
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas tindakan sekumpulan orang yang mengadakan tunjuk perasaan dengan berarak membawa dan memijak kepala lembu Jumaat lalu.
Datuk Seri Anwar berkata tindakan melampau kumpulan terbabit dengan sengaja menghina simbol suci penganut Hindu ini di khuatiri boleh menjejaskan hubungan antara kaum.
Beliau menegaskan setiap rakyat Malaysia perlu menghormati sensitiviti anutan agama setiap individu di negara ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan demi menjamin kesejahteraan semua pihak.
"Saya ingin tegaskan prinsip kita menghormati agama Persekutuan dan agama rasmi di negeri Selangor. Kita tetap memartabatkan, menghormati dan mengangkat martabat Islam, tetapi perlu hormati juga penganut agama lain," kata Anwar.
Dalam kejadian itu, sekumpulan 50 orang berhimpun di luar bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam sebagai membantah pemindahan sebuah kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 Shah Alam.
Mereka mengheret kepala seekor lembu ke pintu masuk bangunan SUK Selangor selepas solat Jumaat.
Pimpinan Pakatan Rakyat berkata Umno mendalangi tunjuk perasaan tersebut, yang bertujuan menghasut orang Melayu untuk membantah pemindahan kuil itu dari Seksyen 19 ke seksyen 23.
Tapak baru itu adalah kira-kira 200 meter jauh dari kawasan perumahan. Tapak lama kuil itu di seksyen 19 adalah hanya 20 meter dari kawasan perumahan.
Sambil melaung-laungkan kata-kata berbentuk ugutan dan hasutan, penunjuk perasaan terbabit memijak dan meludah kepala lembu berkenaan. Unit Simpanan Persekutuan yang dikerah ke sini tidak mengambil sebarang tindakan.
Menyuarakan kehampaan beliau, Anwar menyifatkan tunjuk perasaan ini tidak bertamadun dan condong kepada provokasi.
Ketua Pembangkang itu juga melahirkan rasa kesalnya apabila UMNO Barisan Nasional tidak henti- hanti melancarkan siri merampas Selangor, menggunakan cara kotor.
"Matlamat merampas Selangor dibuat dengan pelbagai cara. Sebelum ini mereka menggunakan institusi kerajaan, polis dan suruhanjaya pencegahan rasuah malaysia. Kononnya untuk bebaskan negeri dari rasuah. Rasuah besar boleh ditutup walaupun boleh dihidu, tetapi hal-hal membabitkan wakil rakyat Pakatan Rakyat diperbesarkan," kata Anwar.
Sehubungan itu, beliau berharap rakyat negeri Selangor bersikap rasional dan menilai dengan cara yang matang.
Anwar merayu rakyat Selangor untuk menolak politik yang mengapi-apikan sentimen keagamaan dan perkauman.-tva
Dakwaan penjenayah kuasai polis: Sikap KPN dipertikai
Sikap Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan yang enggan mengulas tuduhan bahawa beliau mengizinkan penjenayah menguasai pasukan polis menimbulkan persoalan besar terhadap kredibilitinya, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
Malah, katanya lagi, ia juga menyebabkan kredibiliti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein lebih dipertikaikan.
"Mengapa selepas mengambil alih kerajaan April lalu, Najib dan Hishammuddin terus mengekalkan seorang KPN yang telah begitu lama dipertikaikan kredibilitinya?
"Sama seperti kita mahukan seorang Perdana Menteri yang bersih dan dilihat bersih sejak dari mula Najib menyandang jawatan itu, kita juga mahukan seorang KPN yang bukan sahaja bersih tetapi dilihat bersih.
"Amat mengecewakan apabila hendak melantik KPN yang bersih dan dilihat bersih pun tidak mampu dilakukan oleh kerajaan Najib," kata Salahuddin.
Mengulas lanjut keengganan Musa mengulas pelbagai tuduhan terhadapnya itu, beliau berkata, "itu bukan sifat seorang KPN".
Sepatutnya, kata Salahuddin, Musa berdiri tegak untuk menangkis pelbagai tuduhan terhadapnya.
"Umno tidak henti-henti memperlekehkan kenyataan-kenyataan bersumpah yang disiarkan oleh Raja Petra (Kamarudin) sebagai tidak ada nilai, bohong dan sebagainya.
"Kenapa Musa tidak matikan sama sekali pendedahan Raja Petra kalau pendedahannya tidak ada nilai dan bohong?
"Bukankah orang kita terkenal dengan pepatah berani kerana benar?" kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.
Dalam laman web kelolaannya, Malaysia Today, Raja Petra semalam menyiarkan kenyataan bersumpah yang mengandungi pelbagai tuduhan terhadap Musa.
Malaysiakini melaporkan, Musa enggan mengulas tuduhan-tuduhan itu.
Walaupun dipadamkan identiti dan beberapa maklumat lain dalam kenyataan bersumpah itu, Raja Petra berjanji akan menyiarkan kesemuanya jika perkhidmatan Musa sebagai KPN disambung semula.
Dalam kenyataan bersumpah yang dikatakan dibuat oleh seorang pegawai polis yang pernah menjadi pembantu peribadinya (aide-de-camp atau ADC), Musa dituduh menyebabkan pasukan polis dikuasai penjenayah berikutan hubungannya dengan kumpulan itu.
Pegawai polis itu menuduh Musa membiarkan kepala-kepala penjenayah memanipulasi kenaikan pangkat anggota polis dan penentuan jawatan mereka.
Sebagai ADC kepada Musa, kata pegawai polis itu, beliau diarahkan untuk "menyelaraskan arahan mengenai pangkat dan jawatan para pegawai polis berdasarkan draf dan cadangan yang dibuat oleh BK Tan".
Laporan sebelum ini mendakwa Tan adalah kepala sindiket jenayah terancang yang menguasai dadah, persundalan, ceti haram dan rangkaian perjudian haram di seluruh Malaysia. Beliau juga didakwa menguasai sistem maklumat berkomputer polis.
Pegaawai polis itu juga mendakwa bahawa sesetengah arahan pertukaran dibuat dengan tujuan untuk memerangkap pegawai yang diarahkan berpindah itu.
Sesetengah arahan pertukaran pula dibuat untuk memperlihatkan seolah-olah Musa melakukannya dengan tujuan menghapuskan rasuah.
Musa juga dituduh mengarahkan supaya diwujudkan blog tanpa nama pemiliknya untuk menuduh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Johari Baharum menerima rasuah RM5.5 juta dari tiga kepala penjenayah.
Johari pada masa itu ialah Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan dikatakan tidak mempunyai hubungan baik dengan Musa.
Kenyataan bersumpah pegawai polis yang mendakwa pernah menjadi ADC kepada Musa itu juga mengulangi tuduhan bahawa Musa berada di sebalik pakatan jahat ke atas bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Ramli Yusof dan lain-lain pegawai yang terlibat menyiasat beberapa kepala penjenayah.
Ramli dan pegawai-pegawai tersebut sebelum ini menghadapi tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ketika itu dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR).
Pegawai polis tersebut juga menyatakan beliau pernah memaklum dan mengadukan perkara itu kepada begitu ramai pembesar termasuk Johari sendiri dan bekas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad.
"Bagaimanapun, tidak banyak yang dapat dilakukan bila perkhidmatan Musa (sebagai KPN) dilanjutkan dua tahun lagi pada Julai 2007 lalu oleh Perdana Menteri sebelum ini, (Tun) Abdullah Ahmad Badawi yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri ketika itu.
"Ia menjadi pengesahan yang sangat kuat bahawa kerajaan berada di belakang Musa sepenuhnya," kata pegawai polis itu dalam kenyataan bersumpahnya.
Menurut Raja Petra, terdapat tanda-tanda bahawa kerajaan mahu menyambung lagi perkhidmatan Musa untuk kali ketiga apabila tempoh perkhidmatannya kini tamat pada 14 September akan datang.
"Ini bermakna kumpulan kongsi gelap Cina akan terus menguasai pasukan polis dan menentukan siapa yang ditukarkan, dinaikkan pangkat, diturunkan pangkat dan dicampak ke dalam penjara.
"Ya, mereka bertindak sehingga ke peringkat mencampakkan pegawai-pegawai polis yang enggan 'berkerjasama' ke dalam penjara. Dan, hari ini, kami mengemukakan bukti mengenainya," kata Raja Petra._
Ibrahim Katak @ Lembu Terlebih Umno Dari Umno
Sivakumar layak kena ESCAR - Perkasa
Tindakan tegas menggunakan peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan Perlu (Kes-kes Keselamatan) 1975 (ESCAR) adalah selayaknya bagi bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, perbuatan Sivakumar dengan mengeluarkan arahan untuk mengadakan sidang DUN Perak Rabu ini tanpa perkenan jelas merupakan penderhakaan terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Tegas beliau, kerajaan Barisan Nasional (BN) Perak termasuk Speaker barunya, Datuk R. Ganesan adalah sah secara demokrasi setelah diputuskan oleh baginda dan mahkamah.
"Ini bermakna perbuatan Sivakumar itu selain mencabar dan menderhaka kepada Sultan Azlan Shah kerana tidak terlebih dahulu mendapat perkenan baginda, beliau juga telah mencabar keputusan mahkamah itu.
"Selayaknya Sivakumar dikenakan tindakan mengikut ESCAR atau mana-mana peruntukan yang sewajarnya kerana perbuatan beliau itu jelas akan menghuru-harakan negeri serta tidak menghormati keluhuran Perlembagaan," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas tindakan Sivakumar yang masih menganggap dirinya sebagai 'speaker' apabila menghantar surat kepada semua ADUN untuk memanggil sidang DUN Rabu ini.
Sehubungan itu, Ganesan telah membuat laporan polis meminta pihak berkenaan menyiasat segera dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap Sivakumar.
Peruntukan di bawah Artikel 36 (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak menyebut kuasa memanggil sidang DUN adalah merupakan kuasa mutlak Sultan Perak.
Sementara itu, Peruntukan ESCAR pernah digunakan untuk mendakwa 29 anggota Al-Maunah pada 2000 yang merancang untuk mengkhianati negara dengan menentang kerajaan yang dipilih secara demokrasi.
Bagaimanapun dalam kes itu, pendakwaan dibuat secara terbuka mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melancarkan serangan terhadap Yang di-Pertuan Agong atau pemerintah atau Yang Dipertua Negeri yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup.
Bekas Peguam Negara pada masa itu, Allahyarham Tan Sri Mohtar Abdullah memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa berperang dalam konteks Kanun Keseksaan hanya merupakan istilah teknikal perundangan yang bermaksud perbuatan khianat terhadap sebuah kerajaan yang dipilih secara demokrasi.
Dalam pada itu, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Datuk Reezal Merican Naina Merican menyifatkan Sivakumar sebagai 'bidak' kepada kepentingan politik pihak lain.
"Sebagai bidak, Sivakumar hanya bergerak di atas arahan dan keuntungan politik sempit pihak tertentu. Kita tidak boleh tunduk dengan individu 'hilang akal' begini.
"Sekiranya Sivakumar seorang yang bertanggungjawab, dia perlu berhenti daripada terus diperbudakkan demi kepentingan politik orang tertentu.
"Kita percaya majoriti rakyat Perak sudah bosan dengan 'permainan politik murahan' seperti ini." katanya.
Tambah Reezal Merican, polis perlu mengambil tindakan tegas sekiranya sidang DUN Rabu ini tetap diteruskan mengikut Akta Polis yang membenarkan tangkapan dibuat apabila perhimpunan secara haram tanpa permit dilaksanakan.
Mengulas isu sama, Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, perbuatan Sivakumar amat melampau dan melepasi had kesabaran orang Melayu di negara ini.
Tegas beliau, perbuatan itu bukan sahaja telah menghina institusi beraja di negara ini tetapi telah meninggalkan titik hitam kepada ketaatan dan kedaulatan institusi Raja Berperlembagaan.
"Seharusnya hukuman berat harus diambil terhadap penderhaka ini," katanya.
Satu Malaysia Kena Tipu.. Kompom Minyak Naik 20 Sen
Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga petrol RON97 daripada RM1.80 kepada RM2.05 mulai esok.
Manakala harga petrol RON95 yang dilancarkan hari ini - bagi menggantikan RON92 - dijual pada harga RM1.80 seliter.
Kerajaan sebelum ini telah menyatakan bahawa harga petrol akan dinaikan pada 1 September.
Mei lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata harga petrol gred premium RON97 akan naik 20 sen kepada RM2 seliter, manakala petrol gred rendah RON95 akan dijual pada harga RM1.75 seliter.
Bagaimanapun, kerajaan telah menambah lima sen lagi bagi harga kedua-dua gred tersebut.
Hari ini, Ismail yang melancarkan petrol RON95 berkata, harga RON95 terpaksa dinaikkan lima sen berbanding RM1.75 seliter seperti yang diumumkan Mei lalu kerana harga pasaran minyak dunia yang berubah kini.
"Bagaimanapun harga ini adalah sama dengan harga minyak yang biasa dipakai pengguna sekarang iaitu RON97 (RM1.80 seliter).
"Sepatutnya harga RON95 jika mengikut pasaran dunia ialah RM1.89 seliter, tetapi kerajaan tak mahu rakyat rasa ada kenaikan jadi ditetapkan kepada RM1.80 sahaja," katanya, lapor Bernama.
Ismail Sabri berkata kerajaan menganggar akan dapat mengurangkan tanggungan subsidi sebanyak RM420 juta setahun dengan pelaksanaan RON95 memandangkan harga subsidinya lebih rendah iaitu 38.81 sen seliter berbanding subsidi RON97 sebelum ini iaitu 42.72 sen seliter.
Menurutnya lagi, petrol RON97 pula masih dikekalkan dalam pasaran sebagai produk premium memandangkan ada kenderaan yang memerlukannya terutama kenderaan berkuasa tinggi.
Kemelut Terengganu - Ahmad Said Ikat Adun Dengan Wang
Meneliti beberapa perkembangan mutakahir ini dalam senario politik Terengganu yang tak kesudahan khususnya melibatkan pertembungan kem Menteri Besar dan Bekas Menteri Besar Terengganu.
Pertembungan itu sememangnya 'real', tidak siapa boleh menafikan. Tindakan Najib menghantar sepupunya Hishamuddin untuk menyelesaikan isu tersebut dengan memangku Ketua Perhubungan Umno Terengganu nampaknya bukan bergerak ke arah menyelesaikan tetapi lebih menserabutkan.
Sebenarnya usaha rundingan memang wujud, bukan pancing tetapi beberapa ADUN tersebut yang mulakan rundingan kerana katanya apa guna berada dalam Umno yang tidak mahu mendengar 'rintihan orang bawah'. Mereka mendesak tukar MB atau mereka akan keluar parti.
Cuma mereka ADUN - ADUN ini tak berapa berani apabila Menteri Dalam Negeri yang menjadi pemangku Pengerusi Perhubungan Terengganu membuat pujuk ugut ke atas mereka.
Apapun kemelut politik di Terengganu terus memangsakan rakyat.
Perkembangan terbaru dalam sidang DUN Terengganu yang bermula 26 Ogos lepas membuktikan betapa ADUN Bn tidak serius dan kurang keberanian khususnya bila berdepan dengan isu ugut dan wang.
Menteri Besar sedia ada melalui usul oleh ADUN Seberang Takir, Ahmad Razif Abdul Rahman telah 'memberikan' buget tambahan sebanyak RM361, 267, 300.00
Ramai pemerhati politik menyifatkan ini usaha Menteri Besar sedia ada untuk mengikat semua ADUN - ADUN Bn terus setia dibawahnya. Tentunya RM361 juta akan dicairkan melalui projek kroni Bn akan menyebabkan ADUNJ - ADUN Bn terliur.
Dari RM361, 27,300.00 itu, sebanyak RM80, 453, 300.00 adalah tambahan bagi perbelanjaan mengurus dan selebihnya sebanyak RM280, 814,000.00, adalah untuk perbelanjaan pembangunan.
Sokongan penuh dalam meluluskan baget tambahan ini telah digunakan oleh Menteri Besar sedia ada sebagai gambaran semua setia padanya padahal ADUN - ADUN bersetuju meluluskan kerana nilai wang tersebut bukan nilai sokongan.
Melalui buget tambahan ini juag jumlah yang besar turut di perolehi oleh Syarikat yang punya kaitan dengan bekas Ahli Parlimen Marang, Dato’ Abdul Rahman Bakar, sebagai ’upah’ tindakan berdiam diri, apabila tidak dicalonkan untuk bertanding dalam pilihanraya itu.
http://chegubard.blogspot.com/
Kota Siputeh : SPR nak sangat kuasa Speaker, Nah!! Ambiklah!
Muhammad Sanusi Md Nor (Setpol MB Kedah)
Kenyataan Ketua Polis Selangor Satu Penipuan Nyata..!!!
Kerajaan Rakyat mengucapkan syabas dan tahniah kepada Polis Selangor, kepada Ketua Polis Selongor, Datuk Khalid Abu Bakar khasnya. Tahniah kerana kali ini beliau cuba bertindak mengikut prosedur siasatan. Kononnya….!!!!
“Kita tidak boleh menangkap orang begitu sahaja dan mendakwa mereka di bawah Akta Hasutan,” kata Datuk Khalid seperti yang dilaporkan oleh MalaysiaKini.
Polis berharap dapat menyiapkan siasatan berhubung protes pemindahan kuil Hindu ke Seksyen 23 dan perarakan kepala lembu menjelang Selasa depan, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar hari ini.
Hello Datuk Khalid, benar saudara adalah Ketua Polis Selangor. Benar uniform saudara perlu dihormati. Benar pangkat kamu wajar diakui. Tetapi, pembohongan, penipuan, pendustaan, kecuaian dan putarbelit kamu perlu disepak ke longkang..!!!
Kata-kata kamu “Kita tidak boleh menangkap orang begitu sahaja dan mendakwa mereka di bawah Akta Hasutan,” adalah satu pendustaan. Saya ulangi, satu pendustaan..!!!
Kamu berdusta kerana, kalau benar menangkap orang begitu sahaja bukan amalan kamu serta anggota bawahan kamu, maka atas alasan apa Polis bukan hanya menangkap rakyat yang berhimpun semasa ‘Perhimpunan Bersih’, ‘Perhimpunan Mansuh PPSMI’ dan beberapa perhimpunan aman yang lain malahan pihak Polis dengan segala kezalimannya telah turut mencederakan rakyat yang berhimpun secara aman semasa perhimpunan tersebut?
Bohong sekiranya pihak Polis mengatakan mereka tidak bersedia terhadap perancangan perhimpunan haram yang dianjurkan oleh pengkhianat agama, bangsa dan negara yang ditaja oleh umno. Lama sebelum perhimpunan tersebut diadakan beberapa blog dan laman web pro UMNO telah menyiarkan dan mengajak orang ramai untuk menyertai perhimpunan tersebut.
Rumusan saya, Polis hanya bertindak terhadap mana-mana perhimpunan yang diusahakan oleh mereka yang tidak sehaluan dengan parti UMNO/BN. Gambaran yang cuba dipaparkan ialah tindakan hanya dilakukan dan dilakukan dengan penuh kekerasan terhadap sesiapa sahaja yang menentang UMNO/BN.
Persoalan yang timbul, apakah tugas Polis tertakluk kepada menjaga kepentingan politik UMNO/BN atau menjaga keselamatan dan membantu memartabatkan kedaulatan serta kesejateraan RAKYAT?
Saya amat yakin kiranya yang melakukan demonstrasi itu terdiri daripada penyokong Pakatan Rakyat, maka belum sempat kepala lembu itu diarak, berpuluh orang yang akan disiram dengan air asid atau ditembak dengan gas pemedih mata.
Maka itu, tidak keterlaluan jika rakyat kerap mengatakan polis bertindak menurut telunjuk pemimpin UMNO/BN demi kepentingan politik kepartian mereka dan bukan atas kesedaran menjaga kesejahteraan rakyat.
Walau bagaimanapun kira benar Polis telah insaf, (saya kurang yakin) maka Alhamdulillah, bersyukur kita kepada ALLAH SWT.
Salam Takzim dan Salaam Ramadhan kepada seluruh anggota Polis yang beragama Islam. Bertugas dan bertegaslah demi Agama, Bangsa dan Negara, jangan bertugas dan bertegas demi UMNO kerana UMNO/BN akan pupus dan lupus selepas pru-13 nanti, InsyaALLAH.
Kepada Ketua Polis Selongor, Datuk Khalid Abu Bakar, maaf saya pohon kira saudara sakit hati membaca titipan saya ini. Walau apapun di bulan Ramadhan yang mulia ini saya doakan saudara dilimpahi taufik dan hidayah dari ALLAH SWT.
kerajaan rakyat
Baru aku faham kenapa UMNO nak sangat Selangor dan Kedah
Assalamualaikum,,
Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,..
UMNO/BN sejak dari permulaan kalah di PRU 12 lalu sehingga sekarang masih terus berusaha untuk mendapatkan semula Selangor dan kedah sesudah mereka berjaya merampas Perak.Kenapa nampak sangat kerakusan mereka untuk merampas Selangor dan Kedah?Berbagai bagai cara dan taktik digunakan oleh UMNO untuk merampas kembali kedua negeri tersebut.Sebagaimana mereka berjaya menawan Perak dengan kerjasama Sultan, begitulah harapan mereka untuk mendapatkan kedua dua negeri ini tetapi ternyata formula yang digunakan di kedua negeri ini tidak menjadi seperti mana di Perak.Sesungguhnya amat menghairankan kalau diperhati gelagat UMNO semenjak PRU 12 yang lalu.Namun dengan pengamatan yang teliti, baru aku faham kenapa UMNO nak sangat Selangor dan Kedah.
Aku teringat ketika Terengganu jatuh ke tangan PAS, UMNO Terengganu mengelabah kerana mereka sudah hilang sumber kewangan yang lumayan dari royalti minyak.Lantaran berangkatlah wakil wakil mereka menemui Mahadir ketika itu merayu supaya royalti minyak diserahkan kepada UMNO untuk diagihkan(dipelahap oleh biawak biawak UMNO) kepada rakyat.Rayuan UMNO Terengganu kepada mahadir yang cukup "power" ketika itu adalah atas alasan bahawa UMNO Terengganu akan berkubur tanpa royalti minyak.UMNO Terengganu mesti dibantu oleh UMNO Malaysia kalau royalti minyak tidak diserahkan kepada mereka.Menyedari kemungkinan ini, mahadir tanpa segan silu merampas royalti minyak dari kerajaan PAS Terengganu atas nama wang Ehsan dan diserahkan kepada UMNO Terengganu seolah royalti itu harta bapak dia.
Kini, kemungkinan pupusnya UMNO Kedah,Perak dan Selangor menjadi igauan UMNO.Tanpa wang mereka pasti berkubur.Wang bagi UMNO samalah seperti telur kuning makanan pelesit.UMNO Malaysia tidak akan mampu untuk terus membantu UMNO di ketiga tiga negeri ini kerana mereka terpaksa menanggung UMNO Kelantan dan Penang(Dua negeri yang mereka tidak mempunyai peluang untuk merampas secara haram).
Kini sesudah Perak berjaya diambil, Masalah kewangan UMNO Perak masih lagi belum berakhir apabila Sidang DUN masih lagi tergantung dan ada kemungkinan belanjawan 2010 tidak dapat dibentang.Oleh itu,kemungkinan untuk menggunakan wang rakyat masih lagi tidak menentu dan ini cukup menakutkan UMNO Perak ditengah tengah ketidakmampuan UMNO Malaysia membantu mereka.
Itu masalah di Perak, sementara di Selangor Kedudukan UMNO semakin tenat.Khir toyo sudah menjadi toyol yang ditinggalkan tuan dan tidak makan hampir setahun.Kerana itu, di Selangor mereka mengubah taktik, daripada cuba mempengaruhi Sultan,mereka mengubah rancangan kepada cubaan menimbulkan ketegangan kaum dan huru hara dan dari situ mereka berharap darurat dapat dikuatkuasakan di Selangor bagi membolehkan mereka merampas hak rakyat seperti UMNO Terengganu merampas royalti minyak dulu.
Di Kedah, UMNO sudah sampai tahap hilang akal apabila MK gagal menggunakan Mat Radhi untuk "melompatkan" bilangan ADUN PKR yang mencukupi bagi mengambil alih kerajaan.Kini cita cita mendapatkan kuasa secara haram semakin tertutup dan dalam masa yang sama kedudukan UMNO dan ahlinya semakin miskin dan kemungkinan ini bakal menyaksikan UMNO akan berkubur di Kedah kalau UMNO Malaysia tidak mampu menyelamatkan mereka.Suasana kini berbeza ketika PAS menang di Terengganu dulu, suasana kini menyaksikan ketidakmampuan UMNO Malaysia untuk menanggung UMNO Kedah, Selangor,Kelantan dan Penang sekaligus dan kedudukan UMNO Perak juga masih tergugat.
Kini, segalanya terbongkar.UMNO tidak akan mampu bertahan tanpa wang dan seandainya mereka menjadi pembangkang, kemungkinan umur UMNO akan tamat kerana sebagai pembangkang, UMNO sudah tidak punya wang seperti sekarang dan UMNO juga tidak tahu macam mana nak cari wang sebagai pembangkang.
notan
Perhimpunan aman mendesak ADUN BEBAS LUNAS meletakkan jawatan sebagai ADUN
Tarikh: 31 Ogos 2009
Hari: Isnin
Waktu: 9 pagi
Tempat: Di hadapan pusat khidmat Adun Lunas (Paya Besar)
POLIS DAN FRU DIJEMPUT SAMA BERAMAI-RAMAI...
KAMI TAK BAWA KEPALA LEMBU..
Tanya la orang POS Malaysia dia ni macam mana dulu. Mesti depa cakap macam ni, kaki perabih duit syarikat (contoh: belanja yang bukan-bukan waktu keluar kursus, buat tuntutan melebih-lebih dll).
Kalau ada YB-YB dari PR nak backing dia sangat, elok la pi terjun dengan dia sekali.
dari Rakyat LUNAS...
MUSA AMAN PEMIMPIN 'BERUANG'?
MUNGKIN tidak keterlaluan jika dikatakan 99.99 peratus rakyat Sabah tahu bahawa Michael Chia Tien Foh, Edmund Looh, Nasir Yeo dan John Nip antara individu paling rapat dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman. Mustahil Musa Aman tidak kenal pada kroni sendiri terutama Michael Chia, semata-mata kerana Michael Chia terlibat dengan Skandal ‘Money Laundering’ di Hong Kong?.
Di dalam kem Badan Perhubungan UMNO Sabah, di kalangan para pemimpin nombor dua hinggalah ke bawah, cerita ini bukanlah rahsia lagi melainkan mereka buta IT atau tidak pernah membaca akhbar portal. Kalau baca akhbar arus perdana, susah mahu mencari nama Michael Chia dan rakannya. Semua pemimpin Sabah tahu cerita menarik tentang diri Datuk Seri Musa Aman dan kroni tetapi semua tutup mulut dan hanya berani menggunjing di belakang Musa kerana takut kedudukan mereka terancam sebagaimana nasib yang menimpa Tan sri Chong Kah Kiat dengan Dewi Laut Ma Tzu.
Bila suku Bajau Kota Belud sudah ribut-ribut tahu cerita Datuk Musa Aman, sibuk urus kayu balak kroni- kroni sahaja dengan tidak mengambil tahu pembangunan yang dijanjikan pada pilihanraya umum lalu di Kota Belud, Ketua Bahagian UMNO Kota Belud merangkap Timban Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Mohd. Salleh Tun Said pun meredakan keadaan dengan menasihati mereka agar tidak mendengar cerita kosong atau tuduhan tanpa bukti.
Bukan sahaja suku Bajau marah, tapi suku Berunai pun marah selama Datuk Musa jadi Ketua Menteri Sabah tidak ada apa apa pembangunan yang diberi di Papar, Kimanis, Bongawan, Membakut walau pun sudah 43 tahun Sabah merdeka bersama Malaysia.
Pengangguran banyak di daerah Papar, seperti Kimanis, Bongawan dan Membakut. Miskin tegar juga melambak tidak pernah diambil peduli. Nelayan, peladang dan penternakan tidak dipermodenkan sama seperti 43 tahun dahulu, kalau pun ada hanya segelintir dan tidak menyeluruh.
Dulu suku Berunai ada satu Menteri Penuh iaitu Datuk Rahim Ismail dan satu Pembantu Menteri iaitu Datuk Karim Bujang. Namun kedua-dua mereka digugurkan dari senarai ahli kabinet kerana tidak bersafahaman dengan cara Datuk Musa Aman mentadbirkan Kerajaan Sabah.
Di daerah Papar hingga Bongawan ada empat ADUN dan dua ahli Parlimen. Sepatutnya Datuk Musa mesti menjaga hati suku Brunei di daerah Papar dengan melantik sekurang-kurangnya seorang Menteri Penuh dan seorang Pembantu Menteri. Apa ruginya pada Datuk Musa kalau berbuat demikian? Kalau mahu menjaga UMNO supaya jadi kuat maka Datuk Musa Aman mesti melantik Datuk Rahim Ismail kembali ke dalam kabinet.
Para pengundi suka Datuk Rahim Ismail kerana pengalamannya dalam politik kerana beliau bukan orang baru dalam politik UMNO dan beliau juga sangat berpengaruh di kalangan suku kaum Brunei dan beliau ramai keluarga dari suku Dusun Papar. Jasa beliau di daerah Papar bukan sedikit dan ia tetap dikenang oleh rakyat daerah Papar.
Ada orang pernah bertanya dengan Datuk Rahim Ismail kenapa Datuk Seri Musa gugurkan beliau dari senarai kabinet, kata Rahim Ismail dalam bahasa Brunei;
"Malastah akuani ingau bekurapak kadi si Musa atu bah, semuamua kurapaknya saja banar, kitani bekurapak semuamua salah. Bisai lagi bah akuani jaga kawasan saja, jadi Mantri pun kalu disuruh mengangguk saja, kuhapa. Kambang liurku maliat muanya, eh mambari galibah".
Mengambil kesimpulan di atas, para pemimpin UMNO Sabah sendiri pun tidak cocok dengan cara Datuk Seri Musa Aman melayan Ahli-Ahli Yang Berhormat UMNO (melainkan menantunya, Datuk Ariffin Ariff) Di antara Yang Berhormat UMNO sendiri juga bukannya semua suka dengan Datuk Seri Musa Aman tapi apa boleh buat terpaksa taat pada pemimpin atasan, kerana pemimpin atasan sukakan Datuk Seri Musa Aman yang digelar “Pemimpin Beruang” (bahasa Indonesia), tetapi dalam bahasa Malaysia disebut sebagai ‘Pemimpin Berwang’ .
Dari Kacamata: HALIK ZAMAN
http://www.sabahkini.net/v1/
30 August 2009
Kerajaan Selangor Patut Siasat Penglibatan Hassan Ali
Demo Kepala Lembu: Kenyataan BODOH... Khir & Hassan Ali Terlibat..?
* Pengerusi jawatankuasa bertindak penduduk Seksyen 23 Shah Alam, Mahyuddin Manaf berkata kehadiran kepala lembu sewaktu protes membantah pembinaan kuil di kawasan tersebut semalam, masih merupakan satu misteri.
* "Kami melakukan bedahsiasat (terhadap protes tersebut) tetapi kami tidak dapat mengesan orang yang membawanya,” katanya kepada Malaysiakini.
* Mahyuddin juga tidak pasti sama ada sesetengah daripada mereka yang menyertai protes itu adalah penduduk sebenar Seksyen 23.
1 - Bukan masalah misteri atau tak misteri, masalahnya, kau ada dekat situ, masalahnya kau salah sorang yang pijak kepala lembu tu... masalahnya sekarang ni masalah dah besar sebab keBODOHan kau... BODOH..!
2 - Lagi 1, kau tak layak jadi Pengerusi jawatankuasa bertindak penduduk Seksyen 23 Shah Alam... sebab... orang setempat dekat kawasan kau pun kau tak kenal... BODOH..!
3 - "Beliau yang mengaku seorang ahli PAS, bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan berkata beliau tidak mahu isu tersebut diperbesar-besarkan." - pimpinan PAS khususnya Dr Hassan Ali kena ambik tindakan. kalau Hassan Ali tak ambil tindakan, PAS kena siasat penglibatan Dr Hassan Ali disebalik demo ni.
Kita dah banyak dengar ceriat-cerita tak baik pasal pimpinan PAS sorang ni, dan banyak kali juga Hassan Ali buat kerja BODOH. tolong siasat siapa dalang disebalik demo kepala lembu ni.
Adakah gabungan Dr Hassan Ali dan Khir Toyo terlibat..?
Topeng Perak®
29 August 2009
Majlis Fatwa Dan Harussani Patut Keluarkan Fatwa
Mufti perlu betulkan ajaran sesat di Shah Alam
Para mufti sepatutnya bertindak segera untuk membetulan ajaran sesat yang menghina Islam serta memalukan umatnya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
"Sebarang perbuatan yang mencetuskan provokasi supaya orang lain menghina Islam serta memberikan gambaran yang sangat buruk kepada Islam hakikatnya adalah perbuatan menghina Islam.
"Adakah para pemimpin Umno Selangor tidak terlibat dengan perarakan ajaran sesat yang memberikan gambaran buruk terhadap Islam itu?" soal beliau ketika mengulas penunjuk perasaan yang mengarak dan memijak kepala lembu di Shah Alam.
Beberapa NGO Melayu mengarak kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah cadangan pemindahan sebuah kuil Hindu ke Seksyen 23 Shah Alam..
Dari sepanduk-sepanduk bantahan mereka, adalah jelas mereka adalah penyokong Umno kerana melaungkan slogan yang sama dengan slogan yang dilaungkan oleh para pemimpin Umno.
Mereka turut disertai oleh beberapa orang yang mendakwa penduduk kawasan berkenaan.
Mahfuz menyifatkan perbuatan itu sebagai provokasi untuk mencetuskan api perkauman yang bertujuan menutup kelemahan dan keburukan Umno.
"Jika pemimpin Umno mendalangi perarakan ajaran sesat itu, mereka sepatutnya merujuk kepada mufti terlebih dahulu sebelum melakukan perbuatan yang akan menyebabkan pihak lain memburukkan Islam dan umatnya," katanya.
Bagi Ahli Parlimen Pokok Sena itu, mana-mana pihak sekalipun boleh membantah apa yang tidak mereka setujui.
"Tetapi, bantahlah secara bertamadun," kata beliau.
Perbuatan menghina agama lain, kata Mahfuz, adalah bertentangan dengan ajaran Islam kerana terdapat nas yang jelas mengenainya,
Di dalam surah al-An'am ayat 108, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Janganlah kamu mencela atau memaki hamun sembahan mereka selain Allah, nanti mereka juga akan memaki hamun Tuhan kamu kerana marah tanpa sebarang ilmu pengetahuan".
Malaysiakini melaporkan, polis hanya memerhati sahaja perbuatan kumpulan itu.
Mengulas kejadian tersebut dalam blognya, Datin Paduka Marina Mahathir menulis posting yang bertajuk "Barbarians at the gate".
Beliau menyifatkan perbuatan kumpulan itu mencemarkan agama mereka sendiri.-hrkh
NOTA UNTUK ANWAR IBRAHIM : BUBAR DUN SEMUA NEGERI PR
PUCUK PIMPINAN KENE SEPAKAT...SATU HATI...KALAU BN TAKNAK BUBAR DUN PERAK....KITE BUBAR SEMUA DUN NEGERI2 PR YANG BERMASALAH SEPERTI KEDAH,PENANG DAN SELANGOR...KELANTAN MASIH LAGI SELAMAT DAN KUAT..BIAR MENGGELUPUR SEMUA YB2 YANG TERINGIN NAK JADI KATAK..KITE BUAT RE-ELECT CALON..BERSIHKAN SEMUA CALON2 ESPECIALLY DARI PKR DAN DAP....APA NAK TAKUT..GELOMBANG KEBANGKITAN RAKYAT MENYEBELAHI KITA...BIAR KITE MENANG DGN MAJORITI YANG LEBIH BESAR....
KEPADA YB2 YANG DIKENALPASTI PRO PERPADUAN DGN UMNO,TEIRNGIN NAK JADI KATAK,GILA KUASA,GILA DUIT KIT CANTAS AWAL2...PILIH CALON YANG LEBIH BERKALIBER,BAIK DAN WARAK..PKR HARUS BELAJAR DARI PAS...
KITE TAK BOLEH NAK PEJAM MATA LAGI....
PERAK DAH JAHANAM...KEDAH SEKOR2 BUAT HAL...SIAP PANCING ADUN LAIN SUH JADI KATAK
SELANGOR PUN ADA KONSPIRASI LAIN PULAK....JGN TUNGGU NASIK JADI BUBUR...YERR..BERDEMO ITU SALAH SATU CARA TAPI PUAK2 UMNO BN NI AWAL2 DAH TONGGANG POLIS FRU..KITE KENE LANYAK SAJA..DAH PENAT KENE LANYAK DAH...KITE KENE BERTINDAK DGN PINTAR..WORK SMART ORG CKP...
UMNO ADA STRATEGI JAHAT MEREKA,KITE KALIH DGN BUBAR DUN..SURE MEREKA AKAN TERPERANJAT DAN MENGGELUPURRRR....
PULANGKAN KUASA KEPADA RAKYAT
KEMBALIKAN HAK RAKYAT
RAKYAT TIDAK RELA DIPERMAINKAN OLEH YB2 SPESIS KATAK SIAL INI...
DEMI RAKYAT..MINTAK DATO SERI FIKIRKAN
Mrkolumpo
Kepala Lembu: Hasil Agenda Utusan Malaysia
Setelah sekian lama Utusan Malaysia mengasak isu perkauman, akhirnya lahirlah apa yang berlaku di Shah Alam selepas sembahyang Jumaat semalam, apabila sekumpulan umat Melayu membawa kepala lembu ke pejabat SUK Selangor.
Anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Ahmad menyifatkan apa yang berlaku itu adalah penerusan dari siri-siri laporan dan tulisan dari akhbar berkenaan yang bersifat berkauman.
Bagi beliau, apa yang berlaku juga akibat dari pengaruh akhbar Umno itu terhadap pembaca mereka khasnya di kalangan ahli Umno yang memiliki akhbar berkenaan.
Dr Dzul mengulas tindakan sekumpulan yang memperkenalkan diri mereka sebagai penduduk Seksyen 23 Shah Alam yang membantah keputusan kerajaan negeri memindahkan sebuah kuil Hindu di Seksyen 19 ke Seksyen 23, kawasan kejiranan mereka.
Mereka telah membuat demostrasi dengan membawa kepala lembu yang masih berdarah dan diletak di depan pintu pagar pejabat Sultan Salahudin yang menempatkan pejabat SUK dan MB Selangor.
Tindakan mereka ini dikira satu penghinaan kepada orang Hindu yang menjadikan lembu sebagai tuhan mereka.
Seorang pembaca The Malaysian Insider menyifatkan langkah ini bertentangan dengan Islam kerana Islam melarang mana-mana umatnya menghina tuhan-tuhan orang lain kerana dibimbangi mereka akan membalasnya dengan menghina tuhan orang Islam iaitu Allah.
Bagi Dr Dzul yang juga AJK PAS Pusat, mereka hanya menyambung apa yang telah disiar dan ditulis dalam akhbar mereka sahaja.
Sejak kebelakangan ini, akhbar berkenaan banyak menyiarkan tulisan yang disifatkan sebagai bersifat perkauman dan dilihat cuba membangkitkan semangat Melayu.
Antaranya tulisan bertajuk "Sedarlahh wahai Melayu" dan sebagainya. Penulis akhbar itu membayangkan seolah-olah Melayu dalam tertekan. Padahal, bagi kebanyakan pemimpin Pakatan, bukan Melayu yang tertekan tetapi Umno.
Atas sebab itulah pelbagai usaha dibuat untuk menarik PAS bersama mereka atas kepentingan Melayu dan Islam. Namun, ianya ditolak oleh PAS.
Sebahagian penyokong dan ahli PAS juga dikatakan ada yang terpengaruh dengan pendekatan perkauman dan agama sempit di Seksyen 23 Shah Alam ini. Atas dasar itulah juga dikatakan ada yang mengaku ahli PAS menyokong tindakan itu.
Sebelum ini, anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad memaklumkan, pihaknya akan membuat dialog dengan penduduk Seksyen 23 tentang rancangan kerajaan negeri Selangor itu.
Menurutnya, apa yang berlaku adalah, Kuil Mariaman di Seksyen 19 itu dibina di atas tanah PKNS berhampiran dengan rumah penduduk di situ. Ia menyebabkan sering berlaku kesesakan di situ dan menyusahkan banyak pihak.
"Mereka telah 25 tahun membuat bantahan," kata Khalid.
Atas dasar itu, kerajaan negeri dengan persetujuan JK Kuil telah bersetuju memindahkan kuil itu ke seksyen 23 untuk kegunaan penganut Hindu di situ serta Seksyen 19 dan 20.
Tanah tapak industri milik PKNS di Seksyen 23 Shah Alam telah dipilih oleh kerajaan sebagai tapak baru kuil itu. Majlis Bandaraya Shah Alam juga telah bersetuju mengenainya.
"Selepas semua pihak setuju, barulah kita akan bincang dan terangkan kepada penduduk," kata Khalid yang juga YDP PAS Shah Alam.-tva
Umno Selangor Lempar Batu Sembunyi Tangan Pula..
Penganjur: Kehadiran kepala lembu satu misteri
Pengerusi jawatankuasa bertindak penduduk Seksyen 23 Shah Alam, Mahyuddin Manaf berkata kehadiran kepala lembu sewaktu protes membantah pembinaan kuil di kawasan tersebut semalam, masih merupakan satu misteri.
"Kami melakukan bedahsiasat (terhadap protes tersebut) tetapi kami tidak dapat mengesan orang yang membawanya,” katanya kepada Malaysiakini.
Mahyuddin juga tidak pasti sama ada sesetengah daripada mereka yang menyertai protes itu adalah penduduk sebenar Seksyen 23.
Katanya, terdapat beberapa pemimpin NGO yang turut hadir semalam, tetapi beliau tidak mengenali mereka secara peribadi.
Beliau juga menegaskan bahawa protes tersebut tidak berniat untuk mencetuskan ketegangan kaum tetapi sebaliknya untuk menyelesaikan apa jua masalah yang berkaitan dengannya.
Beliau yang mengaku seorang ahli PAS, bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan berkata beliau tidak mahu isu tersebut diperbesar-besarkan.
Menurutnya, apa yang dihasratkan ialah untuk mengadakan satu protes secara aman.
Pada mulanya, jelas Mahyuddin, ahli jawatankuasa berkenaan merancang untuk mengadakan demonstrasi yang disertai kira-kira 3,000 orang tetapi beliau membantah idea itu kerana mahu protes itu diadakan secara aman.
Mahyuddin juga menegaskan bahawa beliau bukan seorang yang rasis.
Dari awal lagi, tegasnya, beliau mementingkan sensitiviti agama dan mahukan perpaduan.
Katanya, mereka bukan menolak kuil, tetapi tidak mahu ia dibina di kawasan yang majoriti penduduknya beragama Islam.-mkini
Pelakon Amatur Dalam Drama Kepala Lembu Arahan UMNO Selangor
Sejak DS Najib Tun Razak menjadi PM, kita menyaksikan pelbagai drama yang ‘diterbitkan’ oleh beliau hasil lakonan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan dalam kes DS Nizar Jamaludin, SPRM dan surat misterinya yang melibatkan Khir Toyo dalam kes Teoh Bend Hock, Polis dalam terlalu banyak kes menyerang rakyat yang menunjuk rasa di jalanan, SPR dalam kes dakwaan 2000 pengundi hantu oleh Khairy Jamaluddin di Permatang Pasir pada 23 Ogos lalu, dan terkini ialah lakonan beberapa orang pencacai UMNO (melayu) yang mendapat upah beberapa puluh atau ratusan ringgit dengan mengarak kepala lembu ke Pejabat MB Selangor.
Bacalah sedutan berita di bawah ini dan manusia yang waras akan dapat menyimpulkan bahawa ia adalah skrip mudah yang digubah oleh UMNO untuk mencari glamour mereka yang sudah hilang.
“Sekumpulan penduduk Seksyen 23 Shah Alam dengan beberapa NGO Melayu mengarakkan kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke kawasan mereka. Kira-kira 50 orang yang membentuk jawatankuasa bertindak penduduk seksyen itu berkumpul di masjid negeri, beberapa ratus meter dari bangunan tersebut di Shah Alam, selepas solat Jumaat tadi. Mereka juga mensasarkan kemarahan mereka kepada ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Kira-kira 10 anggota polis hanya memerhati dan mengawal keadaan sekitar kawasan tersebut.” (28/08/09 - Malaysiakini)
“I challenge YB Khalid, YB Rodziah and Xavier Jeyakumar to go on with the temple construction. I guarantee bloodshed and racial tension will happen if this goes on, and the state will be held responsible,” shouted Ibrahim Haji Sabri amid strong chants of “Allahu Akbar!” (Malaysian Insider)Pemuda Umno, BN kutuk perarakan kepala lembu
"Pemuda Umno dan BN mengutuk sekeras-kerasnya perarakan kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor, dalam demonstrasi membantah cadangan pembinaan kuil Hindu dekat Seksyen 23, Shah Alam, petang tadi."
Apa yang ganjilnya dalam laporan ini? Kenapa kita boleh agak UMNO adalah dalang yang menaja semua kerja kotor ini? Sebab dan rasionalnya mudah sahaja. Jika kita lihat dalam gambar, kita dapat menyatakan bahawa:
1. UMNO lupa untuk mengarahkan pelakonnya supaya tidak memakai songkok, mencukur misai dan menyimpan janggut (atau pakai janggut palsu).
2. Polis sebagaimana biasa menjadi penonton sahaja malah mungkin bertindak bagi memastikan perarakan itu tidak diganggu dan berjalan lancar. Jika ia dilakukan oleh PAS, sudah pasti polis akan menyepak atau menginjak-injak para demonstran tersebut.
3. Contengan kata-kata kesat ke atas Khalid Samad (MP Shah Alam) amat jelas menunjukkan perkataan-perkataan kesat UMNO yang tipikal kepada PAS.
4. Polis buat tak tahu sahaja kepada kata-kata provokasi yang boleh menjerumuskan seseorang ditahan di bawah ISA atau Akta Hasutan seperti yang dilaungkan oleh makhluk yang bernama Ibrahim Hj Sabri yang mengugut untuk melakukan suatu peristiwa pertumpahan darah????...
5. Sepertimana biasa juga, Khairy Jamaluddin terus mengeluarkan kenyataan sepantas kilat mengutuk perarakan tersebut. Sungguh cepat beliau tahu perkara itu. Macamana beliau boleh tahu begitu pantas ya??!!...
6. Kenapa UMNO sibuk membela dan memperjuangkan masjid? Bukankah mereka yang pakar dalam merobohkan masjid dan membataskan aktiviti masjid seperti aktiviti gereja Kristian?
Sepatutnya UMNO perlu meminta nasihat dari pengarah-pengarah drama yang veteran seperti Yusuf Haslam, Prof Madya Maidin atau dari Steven Spielberg sendiri. Kalau tidak, lakonan drama mereka akan kaku, tidak realistic, canggung, banyak kelemahan dan cacat. Cuma penonton yang kolot minda, terencat akal, dungu dan baru keluar dari hutan sahaja yang akan percaya dan terpengaruh kepada drama pandir arahan UMNO Selangor ini.
Oleh: umnopenipu
Selepas Usung Kepala Lembu, Take Beer Pulak?
Kesian lembu bodoh dua ekor nie yang diperbodohkan umno di bulan Ramadan pulak tu..
Perkataan TAKBIR dalam Islam, takrifnya adalah kalimat Allahuakbar yang diucapkan kerana mengagungkan Allah, perkataan itu hanya ada pada PENGANUT Islam saja dan tidak salah ugama lain menyebutnya, berbeza dengan ISLAM HADHARI.
Blog2 ubnRM banyak mempersendakan perkataan itu, mereka takut untuk menulis dengan perkataan “Takbir” lalu diolah menjadi TAKE BEER, semua orang tahu KRAjaan ubnRM menyediakan KILANG KILANG ARAK yang mana antara TOKEI nya orang ISLAM HADHARI, apabila mereka mengolahkan perkataan Takbir menjadi TAKE BEER, seolah mereka mempromosikan CECAIR HARAM bagi orang ISLAM yang yakin berulang ulang kali.
Kesian orang ISLAM HADHARI, rupa rupanya tiada perkataan TAKBIR dalam ISLAM HADHARI ye ?, begitu asing bagi mereka rupanya perkataan itu.
* The takbīr or takbeer (تَكْبِير) is the Arabic name for the phrase Allāhu Akbar, الله أكبر. Usually translated "God is great" or "God is [the] greatest," it is a common Arabic expression, used as both an informal expression of faith and as a formal declaration, similar to the statement "In God we trust.".
Dan korang cari lah pulak dalam kitab2 Arab makna perkataan TAKBIR, kalau dalam encyclopedia mat saleh ada, mustahil kitab Arab takada, hanya KITAB ISLAM HADHARI wangM’SIAL jah tak ada, sebab itu mereka mempermain mainkan.
* Note that takbīr (تَكْبِير) is only the name of the expression, while the phrase itself is "Allahu Akbar". In the Islamic world, instead of applause, often someone will shout "takbir" and the crowd will respond "Allahu Akbar" in chorus.
Murai Anak Emas
Lepas Buat Kerja Bodoh, Kena Basuh La Pulak...
UMNO Perlu Basuh Dinding Yang Diconteng
SHAH ALAM – “Kalau UMNO tahu malu, basuh sendiri dinding yang diconteng,” demikian kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang mengecam tindakan pihak yang menconteng dinding dan saluran paip dengan perkataan ‘Khalid Rodziah Pengkhianat Bangsa’ di sekitar kawasan pejabat Ahli Dewan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail di Seksyen 23, semalam.
Menurut beliau, ini menunjukkan sikap yang tidak menghormati undang-undang, menghormati hak orang lain malah perbuatan tersebut menzahirkan kebodohan serta keburukan keperibadian pemimpin UMNO di bahagian Shah Alam.
Kata Khalid, beliau percaya UMNO adalah dalang utama dalam kegiatan ini walaupun ada juga orang Pas yang terbabit kerana diapi-apikan UMNO.
“Walaupun mereka (UMNO) menafikan tetapi saya tahu ini kerja mereka. Ini semua permainan politik UMNO.
“Kalau mereka memahami soal undang-undang, sistem demokrasi dan sebagainya mereka tidak akan bertindak sedemikian. Saya juga meminta MBSA dan PKNS biarkan sahaja tulisan itu di situ kerana kita tidak ada masa untuk membuang dan membersihkan kerja bodoh yang dilakukan mereka,” katanya.
Difahamkan contengan itu berikutan penduduk yang tidak berpuas hati dengan isu pembinaan kuil di Seksyen 23.
Bagaimanapun katanya, beliau akan mengadakan pertemuan dengan penduduk Seksyen 23 untuk membincangkan isu ini yang dijangka diadakan pada 7 September di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
“Kalau tidak silap saya surat jemputan akan diedarkan oleh pihak MBSA di mana kita akan bertemu dan berbincang bersama. Penduduk tidak akan diketepikan dalam hal ini.
“Kedudukan kuil itu yang dicadangkan bagi pandangan saya cukup munasabah. Kita ingin bertemu dengan penduduk untuk menjelaskan bahawa kita akan berusaha menentukan sekiranya dibina di situ ia tidak akan mengganggu mereka dan tidak akan menimbulkan masalah,” katanya.
Beliau juga memohon dan merayu supaya penduduk bersikap terbuka dan mendengar segala penjelasan sebelum membuat keputusan.
Kata Khalid, kuil yang hendak dibina ini akan memenuhi keperluan penduduk kaum Hindu di Seksyen 19, 20 dan 23 yang dianggarkan melebihi 1,000 orang.
Katanya, isu tersebut telah dipolitikkan UMNO yang bersikap baling batu sembunyi tangan pada hal semua orang sudah tahu siapa yang bertanggungjawab.
Cerdiknya Khir Toyo Dan Umno Selangor
Umno Selangor dilihat cuba membangkitkan sentimen orang-orang Melayu Selangor dengan memainkan isu kuil Hindu namun nampaknya tindakan bodoh tersebut kini kelihatan memakan diri sendiri. Cubaan beberapa kerat balaci umno dengan dibantu beberapa NGO pengampu ternyata mengundang kemarahan parti komponen BN sendiri apabila masyarakat penganut agama Hindu sendiri berasa marah dengan tindakan membawa kepala lembu yang menjadi binatang suci penganut agama Hindu. Satu lagi usaha Bodoh Tak Boleh Diajar Dan Pandai Tak Boleh Diikut dari Khir Toyo dan Umno Selangor..
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kesal dengan tindakan penduduk mengarak kepala lembu sebagai membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke kawasan mereka, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam.
Beliau yang juga setiausaha agung MIC memberitahu Malaysiakini bahawa Najib telah menyuarakan kekesalannya itu apabila beliau menghubungi perdana menteri untuk melaporkan kejadian tersebut.
Subramaniam berkata perdana menteri teramat kesal dan berjanji perkara itu akan disiasat secara terperinci.
"Kira-kira 15 minit kemudian, perdana menteri menelefon balik dan berkata beliau telah bercakap dengan Ketua Polis Negara (Tan Sri Musa Hassan) dan mengarahkan beliau mengambil tindakan segera," tambahnya.
28 August 2009
Perayu Undi - Sepinya tanpa dirimu...
"Teman masih teringat semasa berkempen merayu undi di PRK Parlimen Bukit Gantang untuk memenangkan calon PR-PAS Dato’ Seri Haji Ir. Nizar. Teman bersama rakan-rakan dari Hulu Selangor ditugaskan di UPU SK Tun Johan, Trong Barat.
Antara tugasan kami adalah merayu undi di sepanjang jalan hadapan UPU tersebut.
Teman terus mengambil papan lapis (berbentuk kotak) dan tertampal poster calon terus mengambil tempat di hadapan sekali. Makna kata, setiap kenderaan yang lalu pasti akan nampak muka teman dulu.. Tugas teman mudah.. dengan seikhlas mungkin menunjukkan tanda ‘bagus’ dan menunjukkan wajah calon di papan tadi, kemudian menantikan respons daripada pemandu dan penghuni kenderaan yang lalu-lalang.Alhamdulillah, boleh teman katakan dari 100 biji kereta, hamper 90 buah yang membalas dengan positif sama ada menunjukkan tanda bagus kembali atau tersenyum dan mengangkat tangan! Malahan ada jugak yang kelam-kabut menaikkan bendera PAS yang sedia tersimpan di dalam kereta mereka!! Dan jika dipecahkan melalui kaum pula hampir 100% kaum Cina & India membalas dengan sangat-sangat positif!! Hampir-hampir teman menitiskan airmata apabila melihat mereka(cina & India) mengangkat poster wajah DS Nizar dari dalam kereta mereka!
Ada juga yang menunjukkan penumbuk kepada teman!! (confirmed!! UMNO piaw!!) Justeru itu, teman tak heran apabila SPR mengaplikasikan undang-undang paling bodoh dan tak pernah berlaku sepanjang sejarah pilihanraya Malaysia!!
‘Tidak boleh ada perayu undi”.
Ini adalah kerana sebenarnya UMNO-BN dapat merasakan betapa berkesannya jentera perayu undi PAS-PR dihari pengundian dan mampu membuatkan ‘faktor saat akhir’ bagi pengundi mengubah hati mereka lalu memilih calon PR.Cuba bayangkan wajah-wajah bengis dan gelap wanita-puteri-pemuda UMNO merayu undi?? Adakah mampu mereka mencairkan hati para pengundi dengan wajah-wajah mereka itu? Sebelum teman menyertai politik Islam secara serius pun teman sering melihat petugas-petugas UMNO bertugas merayu undi dan ikhlas teman katakan mereka majoritinya bekerja kerana duit!! Mustahil keikhlasan dapat dicipta oleh wajah apabila hanya duit berada dalam fikiran!
Sebenarnya aktiviti merayu undi ini adalah antara faktor yang menarik minat rakyat di hari ‘Pesta Demokrasi’. Di hari inilah rakyat menjadi Hakim!! Bukan Perdana Menteri bukan Presiden UMNO!! Tetapi rakyat!! Dihari tersebut rakyat boleh menjatuhkan dan rakyat mampu menaikkan (dengan izin Allah SWT).
Apalah ertinya apabila rakyat dihalang merayu undi? Pernahkah parti-parti Pembangkang memohon agar perayu undi diharamkan? Mengapa apabila UMNO-BN asyik kalah dalam PRK, baru undang-undang ‘rubbish’ ini dilaksanakan? Penakut? UMNO memang terkenal dengan sifat penakut mereka kerana kurangnya keyakinan mereka dengan bantuan Allah SWT!!
(Sedih dapat berita dari sahabat yang bertugas dihari pengundian PRK Permatang Pasir, sticker PAS kat kereta pun Polis suruh tanggal!! Inikan pula perayu undi!)
InsyaAllah, segala apa yang berlaku kini sebenarnya adalah tanda-tanda kehancuran sebuah kerajaan yang telah terlalu lama menzalimi rakyat Malaysia ini.
Buat semua rakyat Malaysia yang sedih menyaksikan kezaliman demi kezaliman oleh kerajaan UMNO-BN, bersabarlah.. dengan sepenuh hati kita panjatkan doa dan usaha.. Pasti ada sinar harapan baru buat rakyat Malaysia.. InsyaAllah..
Takbir!! Allahuakbar!!
sunsnake
Terdesak Dan Buruknya Perangai Umno
Umno upah,latih pelajar sekolah bencikan Pakatan Rakyat
Dibayar antara RM20-30 setiap seorang. Diberikan baju 'T' yang bertulisan Pemuda Umno Kepala Batas. Dihantar ke Pahang menghadiri program bencikan PAS, DAP dan KeADILan.
Demikian antara penemuan Harakahdaily dalam siri kempen Barisan Nasional (BN) yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah baru-baru ini.
Setelah disiasat rupa-rupanya Umno mempergunakan murid-murid sekolah yang dipilih daripada beberapa buah sekolah di kawasan Parlimen Kepala Batas untuk tujuan menjadi 'pasukan sorak' bagi Barisan Nasional (BN) di hari pembuangan undi Dewan Undangan Negeri (Dun) N11 Permatang Pasir pada 25 Ogos lalu.
Pasukan itu dibentuk oleh Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kepala Batas merangkap Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Dato' Seri Reezal Merican Naina Merican supaya jentera Umno dan BN nampak ramai sekaligus membuktikan sokongan pemuda terhadap parti itu telah kembali sepertimana yang terjadi di Pilihan raya Kecil Manik Urai, Kelantan.
Murid sekolah yang dikesan itu diberikan baju 'T' yang bertulisan Pemuda Umno Kepala Batas. Mereka ini menaiki motor berkonvoi ke sana ke mari menyesakkan lagi lalu lintas dan bila sampai ke pondok PAS mereka akan melaungkan berbagai slogan provokasi untuk membangkitkan kemarahan jentera Pakatan Rakyat.
Manakala ada yang berbaju biru kehitaman dan tertera perkataan 'Pemuda Satria' merupakan sebahagian daripadanya tetapi mereka ini hanya berkumpul di Unit Peti Undi (IUPU) tertentu sahaja contohnya di Kampung Pelet, Bukit Indera Muda dan Kubang Semang bagi menyemarakkan lagi sokongan pada BN dengan melaungkan slogan ciptaan Umno.Sekiranya sesiapa berada di sekitar UPU berkenaan pastinya terdengar slogan, 'pangkah PAS dapat apa jawapannya neraka', 'siapa barua DAP jawapannya PAS', dan berbagai lagi sehinggakan ada yang termakan provokasi itu membuatkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) hadir dengan bantuan polis bagi menjaga keselamatan di kawasan terbabit.
Namun, apa pun cubaan Umno dan BN untuk mencetuskan pergaduhan, jentera Pakatan Rakyat tidak berganjak daripada kawasan yang dikhaskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) berbanding dengan jentera BN terutamanya Wanita Umno yang memakai pakaian bertemakan kemerah-merahan dan Puteri Umno yang dilihat lebih suka berteduh di rumah penduduk atau di bawah rimbunan pokok di kiri kanan bahu jalan bahkan kereta pengangkut undi BN juga berehat awal.
Inilah perbezaan antara jentera Pakatan Rakyat dan BN mereka sanggup berpanas dan berhujan kerana perjuangan untuk menegakan keadilan dan kebenaran tambahan lagi pilihanraya kecil itu diadakan pada awal Bulan Ramadhan.
Tentunya tekak terasa pahit dan dahaga tetapi kerana memartabatkan perjuangan Islam yang dibawa PAS jentera Pakatan Rakyat tanpa mengira kaum dan agama terus berdiri teguh sambil melaungkan perkataan membesarkan Allah SWT dan sekali sekala mengajak orang ramai yang melalui hadapan mereka supaya memberikan sokongan pada calon PAS, Ustaz Saleh Man.
Pelajar sekolah itu dikatakan diberi upah RM20.00 - RM30.00 seorang dan pernah dihantar ke Pahang menghadiri program bencikan PAS, DAP dan KeADILan.
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Yusni Mat Piah ketika ditanya pandangannya berkata, Umno dan BN kini telah hilang kewarasan apabila menggunakan pelajar sekolah dalam kempen di hari pencalonan.
"Sepatutnya, Umno dan BN bersikap matang untuk berhadapan dengan jentera Pakatan Rakyat, tetapi apa boleh buat pemuda sekarang lebih bijak memilih perjuangan Pakatan Rakyat yang nampak lebih ketrampilan memerintah berbanding BN yang penuh dengan penyelewengan dan penipuan.
"Golongan muda sudah hilang kepercayaan pada Umno menyebabkan mereka terpaksa mengimpot pelajar sekolah untuk meramaikan sokongan, " ujarnya.
Ketua Dewan Muslimat PAS Permatang Pauh,Suraiya Saat pula menegaskan, BN jelas melatih golongan muda dengan duit.
"Pelajar dibayar upah dengan duit dan tidak mustahil memperbanyakkan lagi budaya sogok, " ujarnya lagi. - mks. _
Samy Vellu kecam arak kepala lembu
Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu mengecam tindakan sekumpulan penduduk Seksyen 23 Shah Alam dengan beberapa NGO Melayu mengarak kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah idea membina kuil baru Hindu.
Katanya, lembu merupakan binatang suci kepada penganut Hindu, dan tindakan kumpulan tersebut tidak boleh diterima dan dianggap mencabar kebebasan beragama yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Ia menjadi hak rakyat pelbagai agama, termasuk penganut Hindu untuk membina kuil dan tempat-tempat ibadat.
"Saya amat sedih kerana kumpulan ini telah mengarak kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (Selangor)," katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, tiada sesiapa pun yang harus dibenarkan untuk mencabar atau mempersendakan sebarang agama di negara ini.
Beliau bimbang tindakan tersebut boleh mengundang tindak balas dari masyarakat Hindu.
"Bagaimanapun, saya menggesa penganut Hindu khususnya supaya bertenang dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan," tambahnya.
Samy Vellu berkata, MIC mahu kerajaan dan pihak polis mengambil tindakan terhadap penganjur protes tersebut.
Katanya, mereka mesti dikenakan tindakan mengikut undang-undang kerana membahayakan keharmonian kaum di negara ini.
Keganasan SPRM Akan Didedahkan
Aduan berhubung saksi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didera dengan ditampar beberapa kali, dibogel dan dipukul dengan batang besi, bakal didedahkan dalam prosiding inkues kematian Teoh Beng Hock.
Peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo, berkata beliau akan mendedahkan laporan polis yang telah dibuat oleh saksi SPRM berhubung dakwaan itu bersama-sama bukti gambar kecederaan dialami mangsa ketika disoal siasat di pejabat SPRM Selangor di Tingkat 14, Plaza Masalam di Shah Alami.
Gobind mendakwa antara pegawai SPRM yang terlibat melakukan penderaan fizikal itu ialah saksi ke-19, Penolong Penguasa SPRM Selangor Mohd Ashraf Mohd Yunus, yang memberi keterangan dalam prosiding hari ini.
Peguam itu juga bercadang untuk mengemukakan beberapa soalan kepada Mohd Ashraf berhubung laporan polis itu yang mengaitkannya dengan dakwaan melakukan penderaan terhadap saksi tersebut.
Berikutan itu, koroner Azmil Muntapha Abas menangguhkan prosiding ke 8 September bagi membolehkan Mohd Ashraf untuk melantik peguam kerana soalan yang bakal ditanya Gobind boleh mendedahkan beliau kepada pertuduhan jenayah.
Gobind berkata laporan polis itu menerangkan secara terperinci bagaimana saksi berkenaan didera oleh pegawai SPRM di Tingkat 14, pejabat SPRM Selangor.
"Antaranya ialah pegawai bergilir-gilir menampar saksi, menutup mata saksi dan menyuruhnya berbogel, membalut batang besi dengan surat khabar dan menggunakannya untuk memukul perut, punggung, tangan dan kaki saksi, menendang di bahagian perut serta merotan untuk membelasah kemaluan dan tapak khaki sehingga saksi hampir pengsan.
"Ini bukan satu-satunya laporan polis yang ada pada kami, banyak lagi yang akan kami kemukakan," kata Gobind, yang enggan mendedahkan identiti pengadu buat masa ini.
Berhubung dakwaan itu, peguam pemerhati SPRM, Datuk Abdul Razak Musa berkata: "Itu sudah menjadi amalan biasa, itulah kerja mereka (untuk membuat tuduhan) selepas keluar dari pejabat SPRM atau balai polis.
"Kita tidak boleh menerima dakwaan itu begitu sahaja, sehingga ia dibuktikan kerana kes ini masih dalam siasatan," kata Abdul Razak.
Beliau berpendapat laporan polis itu tidak relevan untuk dikemukakan dalam prosiding itu kerana kejadian penderaan yang didakwa pengadu tidak ada kena-mengena dengan kes kematian Teoh.
Peguam yang dilantik bagi pihak kerajaan Tan Hock Chuan turut bersetuju bahawa kes penderaan yang didakwa itu tidak bersangkutan dengan prosiding inkues, malah nama Mohd Ashraf juga tidak dinyatakan dalam laporan polis itu.
Beliau berkata Mohd Ashraf berhak diwakili peguam jika mahkamah memutuskan untuk membenarkan Gobind melakukan pemeriksaan balas terhadap saksi itu (Mohd Ashraf) berhubung laporan polis berkenaan.
"Saksi (Mohd Ashraf) juga perlu diterangkan mengenai haknya untuk menjawab atau berdiam diri terhadap soalan yang akan dikemukakan oleh Gobind kerana ia boleh mendedahkannya kepada satu pertuduhan jenayah," kata peguam itu.
Ketika ditanya koroner sama ada beliau faham mengenai kesan dan akibat jika menjawab soalan Gobind kelak, Mohd Ashraf, yang kelihatan tenang di dalam kandang saksi berkata: "Saya faham."
"Kamu ada pilihan untuk menjawab atau tidak soalan itu. Jika kamu rasa soalan itu boleh menyebabkan kamu dituduh (atas satu pertuduhan jenayah), kamu ada hak untuk tidak menjawabnya," jelas koroner kepada Mohd Ashraf.
Beliau juga memberi tempoh masa kepada peguam SPRM untuk menyediakan soalan balas serta membuat penjelasan terhadap dakwaan penderaan dalam laporan polis itu, yang masih di peringkat siasatan.
Teoh, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di Tingkat Lima, Plaza Masalam pada 16 Julai lepas, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor di plaza itu.
Mahathir, Jangan Tambah Dosa..
Sebat Kartika, Mahathir, You Shut Up....
Orang komen pasal Kartika, you pun nak tumpoang semangkuk. Masa you jadi PM bolehlah you pecat saesiapa yang you tak suka. You boleh humban sesiapa saja ke penjara kerana you tak suka.
You sekarang Cuma bekas PM, remember?
The word is bekas PM. Only Bekas. Badawi pun Bekas PM macam you jugak, tapi X banyak mulut macam you ni? Kalau zaman you, you bolehlah redah dan putuskan ikut suka you saja keputusan hakim.
Tapi sekarang ni, you bukan saja pertikai keputusan hakim, you jugak pertikai soal kredibiliti hakim tu pulak.
You ingat you ni sape? Cuma Bekas remember? Please remember that.
Tindakan you ni bukan sahaja menghina mahkamah serta hakim-hakimnya, you sebenarnya menghinna seluruh perundangan Negara, you tau tak? Sendiri mau ingatlah you tu Cuma bekas saja. Remember? Let me remind you again on this.
You boleh guna ayat Quran pulak nak kuatkan hujah you. Quran yang pernah you tukar dulu, you remember?
Remember di Sekolah Tun Telanai Kuala Berang, Terengganu di Konvensyen Bersama Rakyat Barisan Nasional. You remember ke you kata,
“Iman orang Umno ini, jauh lebih kuat daripada orang Pas. Sebab itu dalam Quran disebut…. kita baca ayat-ayat Quran yang bermula dengan Ya…Ayyuhallazina’aa Manu” .
You berani pulak terjemah, “Wahai orang-orang yang beriman, Orang-orang yang beriman berada di dalam Umno, Sebab itu disebut dalam Quran” ulangi surah… Tak ada sebut Ya… Ayyuhallazina’aa..Naa Pas”.
KedahLaNie
Sebat - Siapa Yang Bebohong?
Tangguh hukum Kartika hingga ada tukang sebat syariah - Hishammuddin
Hukuman sebat terhadap model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno kerana kesalahan minum arak akan ditangguhkan sehingga Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempunyai kepakaran untuk melaksanakan hukuman itu mengikut undang-undang syariah.
Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Jabatan Penjara tidak mempunyai tukang sebat yang berkemahiran untuk melaksanakan hukuman mengikut cara dan kaedah syariah.
"Saya kena akui kita tak ada pengalaman dalam kes ini. Dari segi tanggungjawab saya difahamkan bahawa di bawah akta negara, kita (KDN) dipertanggungjawabkan tapi tak mungkin akan saya benarkan kita laksanakan hukuman itu sekiranya tidak mempunyai kemahiran, kepakaran dan tidak ikut hukum dan cara yang ditetapkan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Kepimpinan Petunjuk Bidang Keberhasilan Utama Negara di KDN.
Tidak benar tiada tukang sebat - PGSM
Tidak benar negara ini tidak mempunyai kemahiran melaksanakan hukuman sebat seperti kehendak syariah kerana ia pernah dilaksanakan di Kelantan, kata Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) hari ini.
"Pada April lalu, satu persidangan anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mendengar makluman daripada pegawai-pegawai penjara yang menyatakan bahawa mereka telah dilatih untuk melakukan hukuman sebatan ini dan bersedia sekiranya ada apa-apa hukuman dan mereka akan laksanakan," kata Presiden PGSM Mohamad Isa Abdul Ralip dalam satu sidang media.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein kelmarin yang menyebut bahawa hukuman ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno tidak dapat dijalankan kerana tiada jurusebat untuk menjalankan hukuman berkenaan.
Mohamad Isa menambah, kegagalan melaksanakan hukuman tersebut berpunca daripada "kelemahan" Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana enakmen syariah Pahang telah lama berkuatkuasa dan mahkamah tentu mengetahui wujudnya kepakaran itu.
"Pihak mahkamah syariah Kuantan pula mengeluarkan perintah tersebut, mereka tentu sudah tahu (ada tukang sebat). Takkanlah lepas jatuh hukuman baru nak cari tukang sebat?" katanya.
Tukang Sebab Masih Belum Ada Mungkinkah Kerana Sebab Ini, Apa Agaknya Komen Dato' Nazri Aziz Pula? .jpg)
Apa yang aku tahu ,maksiat yang dilakukan secara terbuka lagi besar dosanya dari dosa yang dilakukan secara sembunyi.Budak ni dah la minum arak,siap ambik gambar lagi.
27 August 2009
Ustaz Ismail Kamus sihat wal afiat

KUALA LUMPUR 27 Ogos – Keluarga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Ustaz Ismail Kamus mengesahkan beliau sihat dan kini berada di Mekah mengerjakan umrah.
Justeru adiknya, Mohamad Kamus yang dihubungi petang ini menolak khabar angin yang tersebar luas melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) konon abangnya itu kembali ke Rahmatullah.
Cerita Katak Kulim
Semalam hujan lebat, yang lebat tu masa tengah dok sembahyang tarawikh belum pun lapan rakaat. Lama dah tak dengar katak berbunyi, almaklumla sebelum puasa dulu kan musim kemarau. Musim kemarau katak pi rehat di Dubai kot. Musim hujan macam ni musim katak mengawan. Lepas hujan bunyi katak bersahut-sahutan sana sini.
Dah jadi tradisi katak. Sahut menyahut dari kalangan katak. Kalau burung yang berbunyi, katak tak akan sahut. Bila katak yang relek dalam longkang berbunyi, katak yang dalam kolam pun mula menyampuk. Hanya katak yang akan menyampuk katak, sebab ada kesamaan dalam kejadian, rupa, keinginan dan cintakan fulus. Jenis spesis yang sama.
Agak bising juga bunyi katak di Kulim ni. Sahut menyahut bila dengar katak kat Lunas berbunyi. Katak Kulim berbunyi dengan nada membela katak Lunas. Tapi katak Kulim ni pandai menyamar, walaupun hati katak tapi body masih cover, orang tak sangka dia tu katak.
Mai kita pakat tengok lepas ni, katak Kulim nak buat apa. Aku rasa kalau ada offer fulus tebal katak Kulim akan lompat, lompatan yang lebih tinggi dari katak Lunas. Ada caya ka?
ADIOS....... alamak katak pun padai cakap sepanyol la.
http://junjungan.blogspot.com/
Samy Mengeluh Ditikam Anak Didik Sendiri
Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu berkata, beliau telah memutuskan hubungan dengan anak didiknya, Datuk S Sothinathan yang akan bertanding merebut jawatan timbalan presiden parti itu pada 12 September ini.
"Saya tidak akan menerima beliau kerana beliau telah membelakangkan hasrat saya (dengan bertanding jawatan nombor dua)," katanya yang sekaligus menamatkan spekulasi beliau kemungkinan akan menerima Sothinathan selepas pemilihan parti.
"Saya tidak pernah mengiktiraf atau menyokong beliau. Saya meminta beliau supaya menyokong penyandang jawatan timbalan presiden Datuk G Palanivel, tapi beliau tidak dengar cakap saya," katanya.
Samy Vellu berkata, Sothinathan telah mengelirukan perwakilan dengan memberitahu cerita yang berlainan kepada orang yang berlainan bagi meraih undi.
"Saya yang membawa beliau ke dalam parti ketika beliau hanyalah kakitangan Koperasi Pekerja Jaya.
"Beliau telah lupa dan sekarang, apabila beliau berjumpa dengan orang-orang yang tidak menyukai saya, beliau memberitahu mereka supaya mengelak daripada saya.
"Tapi apabila beliau bertemu dengan penyokong saya, beliau memberitahu mereka yang saya seperti bapanya dan oleh itu, mereka (penyokong saya) perlu mengundi beliau," katanya.
Sothinathan, 49, penyandang jawatan naib presiden akan mencabar Palanivel dan bekas timbalan presiden, Datuk S Subramaniam bagi jawatan timbalan presiden.
Samy Vellu, yang mengiktiraf Palanivel untuk terus memegang jawatan itu berkata, politik bukan satu permainan.
"Tidak ada ruang untuk orang yang tidak serius dan memandang mudah ahli-ahli yang lain," katanya.
Samy Vellu berkata, beliau adalah orang yang melantik Sothinathan sebagai setiausaha agung parti yang membolehkannya berhubung rapat dengan perwakilan dan pengerusi cawangan.
"Saya tidak harap beliau (Sothinathan) menghargai tetapi saya tidak mahu beliau memperdaya perwakilan dan ahli-ahli parti dengan mempercayai yang beliau adalah orang Samy Vellu.
"Beliau adalah beliau yang sekarang kerana saya. Tanpa saya, beliau tidak akan menjadi Ahli Parlimen Teluk Kemang, seorang Setiausaha Parlimen dan Timbalan Menteri.
"Beliau menjadi seseorang hari ini kerana saya dan hari ini, beliau menggunakannya (kedudukan) untuk mencemarkan nama dan kerja-kerja yang saya lakukan untuk parti," katanya.
Samy Vellu berkata, beliau mahu membina ahli-ahli pasukan dalam MIC namun Sothinathan ingin menjadi bekerja sendirian.
"Apa yang saya tahu, apabila orang yang saya didik menipu saya, saya akan menyingkirkannya dari fikiran saya dan ramai ahli-ahli MIC dan pengerusi cawangan tahu tentang ini," katanya.
MCA Yang Semakin Parah
Sejurus selepas dimaklumkan beliau akan dipecat, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyeru ahli MCA bangkit dan melawan apa yang beliau sebutkan sebagai usaha dalaman menghancurkan parti perkauman itu.
Chua dilaporkan sebagai berkata beliau yakin MCA akan mati sekiranya akar umbi parti itu tidak menzahirkan bantahan mereka kepada pimpinan tertinggi.
Timbalan Presiden MCA Dr Chua Soi Lek dilucutkan keahliannya malam semalam atas tuduhan mencemar imej parti dengan skandal seks beliau. Chua dalam blognya mempersoalkan tindakan jawatankuasa displin yang menghukumnya selepas 21 bulan skandal itu berlalu.
Chua berkata tindakannya memikul tanggungjawab perbuatan itu dengan melepaskan semua jawatan parti dan jawatan kerajaan adalah tidak mencukupi buat jawatankuasa displin parti. Namun bagi Chua, pemecatan beliau bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana Presiden MCA Ong Tee Keat mahu kerjaya politik beliau ditamatkan.
Chua, yang berkhidmat sebagai pengerusi bahagian MCA sejak 1985, dilucutkan keahlian selepas jawatankuasa displin parti perkauman itu menyorot kembali rakaman sulit perselingkuhan beliau dengan seorang wanita pada penghujung tahun 2007.
Pada Januari 2008, Chua melepaskan semua jawatan yang disandang sebagai hukuman kepada perbuatan beliau. Namun pemilihan parti MCA Oktober tahun lalu menyaksikan Chua di lantik ke Timbalan Presiden MCA selepas meraih sokongan kuat dari akar umbi.
Perseteruan antara Chua dan Presiden Ong Tee Keat bermula sejak itu, dan Ong dilihat sebagai dalang kepada pemecatan ini.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Dr Lee Boon Chye berkata perpecahan dalaman MCA semakin parah dengan pemecatan Chua Soi Lek. Ahli Parlimen Gopeng itu menambah beliau tidak yakin kemelut dalaman ini akan surut dalam masa singkat.
"Apa yang berlaku menunjukkan perpecahan yang serius dalam MCA. Pasca PRU12 sehingga ke hari ini, MCA masih bercelaru dalam keadaan berpecah-belah. Dengan kemelut ekonomi, wabak H1N1, skandal itu dan ini, MCA dilihat tidak mampu menumpukan perhatian dan sumbernya kepada memajukan hasrat rakyat. Sebaliknya, mereka bercakaran dan berebut kuasa," kata Dr Lee.
"Perpecahan ini juga di dorong oleh keputusan PRU12 sehingga ke PRK Permatang Pasir baru-baru ini, yang menunjukkan masyarakat Cina menolak MCA," kata Dr Lee.
Ong menafikan sebarang hubung-kait dengan pemecatan ini, namun persepsi rakyat adalah Ong telah mendorong jawatankuasa displin untuk menyiasat semula Chua meskipun si pengadu telah menarik-balik aduannya.
Chua dalam jawab balasnya berkata pertelingkahan antara beliau dan Ong tidak boleh lagi dilihat sebagai isu peribadi. Chua dalam blognya menulis Ong telah gagal memulihkan kedudukan MCA yang hilang hala-tujuan dan hilang sokongan masyarakat Cina pasca PRU12 lalu.
Chua menambah keputusan PRK Permatang Pasir menunjukkan bagaimana masyarakat Cina telah menyisihkan MCA. Beliau berkata sekiranya akar umbi MCA bangkit, maka kejatuhan parti perkauman itu dapat diselamatkan.
Seolah-olah menyahut seruan Chua itu, akar umbi MCA mula menggerakan kempen memanggil persidangan tahunan tergempar, atau EGM, untuk menyingkirkan Ong.
Dikepalai Pengerusi pro-tem Kempen Selamatkan MCA, Datuk Theng Book, matlamat EGM ini adalah untuk membatalkan pemecatan Chua, serta mengadakan undi tidak percaya terhadap Ong selaku Presiden.
Dalam masa yang sama, lima bahagian MCA Perak menyeru supaya Ong digantung atas dakwaan menerima sumbangan RM10 juta ringgit dari Pengerusi Kelab Penyokong BN, Tiong King Sing.-tva
YB Zul Kulim, Kawan Baik Hang Sedang Dipinang Umno (2)
Exco Baru Sudah Diperkenan Baginda Tuanku...Selamat Jalan "Romeo"..
Assalamualaikum kepada semua, selamat berpuasa dan menjalani tarbiyyah tahunan, semoga dihujung Ramadhan kita mendapat Taqwa, tunduk dan patuh kepada segala perintah Allah s.w.t. Kalau dihujung Ramadhan ini kita rasa semakin dekat dengan Allah, menyerah diri kepadaNya dan makin merasai perlunya bergantung harap kepadaNya, maka bolehlah kita berhari raya sakan, kalau tidak, fikir semulalah, layak raya ka tidak!
Tengahari tadi berlakulah apa yang tidak diharap terjadi oleh YB Lunas. KDYMM Tuanku Sultan telah memperkenankan perlucutan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri daripada YB Mohamad Radzi Salleh dan diganti dengan YB Kulim, sepertiyang diminta dalam surat Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Surat pekenan Tuanku Sultan dalam fail yang diminitkan oleh Baginda disampaikan kepada YAB MB lebih kurang jam 12.30 tengahari, dengan tulisan jawi (tulisan tangan) Tuanku sendiri. YAB MB dan Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Kedah, YB Ahmd Kasim membuat sidang akhbar pada jam 2 petang memaklumkan hal itu.
Malam tadi, Majlis berbuka puasa YAB MB dengan Kakitangan Kerajaan Negeri, Persekutuan dan pegawai GLC, dijemput juga Ahli2 Majlis PBT. HAdir juga tadi ialah Sdr Aziz, PA YB Lunas yang diarahkan bertugas di kawasan Lunas 2 bulan dulu. Aziz sebelum ini bertugas di Wisma. Kata Aziz, YB Lunas tak bagi apa-apa isyarat pun untuk buat kerja bodoh itu. Cuma hari Rabu lepas, dia mengangkut semua barang-barang cenderamata dari pejabatnya di wisma dengan alasan nanti orang akan bagi lagi kepadanya.
Aziz pun terpalit juga dengan isu lompat kerana ada orang tuduh dia pun dapat habuan. Esok dia akan panggil sidang akhbar untuk membersihkan namanya. Memang antara tugas Aziz sebelum ini ialah memerhatikan gerak geri bosnya. Bila dia diarah bertugas di kawasan, dia belum syak apa-apa, tapi sentiasa berwaspada. Dalam isu claim dulu pun, dia sudah tak sedap hati, dan dia sudah memberi ingatan kepada bosnya supaya berhati-hati, takut melampaui had. Akhirnya kena juga!
Aziz kata dalam sebulan kebelakangan ini bekas bosnya tidak buat apa-apa kerja, ditinggalkan melambak fail yang tak terurus atas mejanya. Ada beberapa fail yang sudah diambil seperti minit2 mesyuarat Exco, apa nak dibuat dengan minit2 tu pun belum diketahui lagi. Tapi dia terikat dengan sumpah kerahsiaan jawatan Exco.
Saya mengesyorkan Aziz diambil bertugas dengan Exco baru nanti, dia sudah ada pengalaman dan dia staf yang cekap. Hatinya tulus, maka tindakan bekas bosnya itu adalah satu kesilapan besar yang tidak dijangka sama sekali. Kalau YB Zulkifli Noordin berpeluang berbual dengan Aziz, dia akan rasa tulisannya membela YB Lunas 2 hari lalu adalah satu kesilapan.
Muhammad Sanusi Md Nor



