BlogList Malaysia

14 December 2009

Lagi pendedahan Skandal MPKB-BRI

Salam Pencerahan!

1. Saya agak terkejut apabila mendapat tahu bahawa amalan kronisme dalam merompak hartanah perbendaharaan Kerajaan Negeri Kelantan.

2. Selepas saya sendiri turun ke Kota Bharu, Kelantan, saya mendapati Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandar Raya Islam (PMBK BRI) telah menjual beberapa bidang tanah Kerajaan Negeri Kelantan secara kormersial.

3. Saya minta pihak berwajib menyiasat pembelian Tanah Perkuburan Islam di Jalan Hamzah.

4. Saya minta pihak berwajib menyiasat misteri yang menempatkan Pasar Borong Baru Wakaf Che' Yeh yang asalnya merupakan rizab tanah wakaf untuk tujuan perkuburan. Sumber Korporat memberitahu, tanah tersebut dimiliki oleh Sensa Timur Sdn. Bhd. Selebihnya, sila dapatkan penjelasan dari Peguam Nordin Noor.

5. Sila siasat bersama pembelian sebidang tanah wakaf untuk rizab perkuburan Islam di belakang Hotel Perdana. Dipercayai Kelantan Trade Center (KTC) yang sekarang tersergam indah turut didirikan di atas sebahagian kecil tanah wakaf tersebut.

Cantik betul no plate MPV ni... PAS 17 *gambar sekadar haisan




6. Saya juga berharap pihak berwajib dapat menyiasat bagaimana 5 ekar tanah perkuburan di Telipot (Kg. Puteh) yang menempatkan Bengkel MPKB-BRI (hampir 20 tahun) akhirnya dirobohkan, semata-mata untuk dijual kepada seorang kronis EXCO.

7. Satu lagi, dilaporkan, kroni EXCO terbabit diminta membina pejabat "sementara" MPKB-BRI di atas tanah wakaf perkuburan di Panji, tetapi apa yang didapati ialah, pejabat "sementara" tersebut yang berupa "kontena" terus digunakan selama 19 tahun. MPKB-BRI dilaporkan menggadai sebidang tanah wakaf di Telipot (kontra) bernilai RM15 juta kepada kroni terbabit untuk membina prasarana sementara (kontena) yang dikhabarkan nilainya tidak sampai RM5 juta (keseluruhan projek termasuk tanah).

8. Saya tidak mahu menuduh Datuk Takiyyuddin Hassan terlibat kerana dia adalah EXCO yang menjaga MPKB-BRI. kerana dibimbangi ada orang Pas kata saya ini berniat jahat dan tidak ada adab berjemaah dalam Pas.

9. Kalau boleh ditanya, sila tanya siapa Peguam Nordin Noor di sisi Takiyyuddin dalam pemilikan beberapa harta MPKB-BRI secara penuh misteri. Kalau boleh ditanya kepada Nik Muhammad Abduh Nik Mat sekali, sebab dia ini dikenali sebagai orang bijak pandai agama di Kelantan.

* Firman Allah yang bermaksud, “Dan janganlah kamu cendurung kepada mereka yang melakukan kezaliman, kelak kamu boleh disambar api neraka…” (Surah Hud: 113)

KEFAHAMAN MENGASAK PERUBAHAN

Zainulfaqar Yaacob

1 Komen :

Anonymous ,  December 14, 2009 at 10:30 PM  

AKU

TANAH KUBUR YG DIMAKSUDKAN DI BELAKANG HOTEL PERDANA ITU, SETAHU SAYA ADALAH TELAH DIPINDAH DAN DIJADIKAN HOTEL MILIK PERBADANAN NASIONAL BERHAD, KENA TANYA LAH TS HAMAD KAMA PIAH. BUKANNYA KELANTAN TRADE CENTRE. KUBUR TU WUJUD SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA LAGI DAN TAK DIGUNAKAN. LAGI PUN BERHANTU. DAN AKU TINGGAL KAT DEPAN TU. DULU TANAH KUBUR TU TAK BOLEH DIUSIK. TP SEKARANG SELAMBA JER PNB KOREK TANAH. APA-APA PUN MAKLUMAT KAU TU SILAP, KALU SATU SILAP YANG PUN MERAGUKAN. T.KASIH

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas